Pengikut

Ahad, 15 November 2009

2012..beshhh....

jumaat hari tu aku p tgnok filem 2012....best giler....tgnok diorang musnahkan bumi membuatkan aku rasa yang bumi betul-betul nak musnah...sampai aku terbayang masa tngok wayang tu tiba-tiba bumi bergegar...

sebelum aku tngok...aku fikir yang crita ini mengisahkan tentang hari kiamat...hari kiamat betul-betul....camne manusia berusaha untuk menyelamatkan diri daripada kemusnahan bumi....aku ingat pada ending crita ini bumi betul-betul musnah dan manusia terbang ke angkasa lepas untuk mencari planet yang baru untuk mulakan tamadun baru...rupa2nya ia kisah bencana alam yang kira biasa juga...kisah bencana alam yang disebabkan oleh kerakusan manusia....

Filem ini boleh dikatakan hampir 80% menggunakan teknologi CGI...bila tengok CGI tu..nampak betul2 real...boleh dilihat runtuhnya pencakar2 langit di Amerika, Paris,Vegas menyembah bumi...

apa-apapun crita memang besh...aku bagi bintang 4/5....

Komik kedua dah terbit....

Komik kedua aku SHOOTZ! 2 dah siap terbit....kali ni cepat lak...masa aku hantar SHOOTZ! 1 dulu dalam 3 bulan baru terbit...kali ini tak sampai dua bulan dah terbit....syabas komik-m atas kerja keras anda....dapatkan di pasaran sekarang..belilah kedua-dua buku sekali hihihi....

Khamis, 12 November 2009

Young Aisyah 6

Siri baru Young Aisyah akan diterbitkan.Kali ni cerita berkisar tentang cuti sekolah...maklumlah dah akhir tahunkan...exam final dah habis...kecuali budak2 yang amik SPM...Ganbatte untuk sesiapa yang amik SPM..teringat aku dulu masa amik SPM...gabra ooo...macam2 aku fikir masa tu....last-last soalannya boleh aku jawab...berkat latihan berterusan yang aku buat...SPM aku kira cemerlang jugak la....

dah la crita pasal aku...aku nak bagi sikit preview untuk Siri Young Aisyah ke-6 ni...crita pasal cuti sekolah...bagi budak lelaki yang belum 'potong'..bersedialah....inilah masa ramai budak2 laki di'potong'....tapi jangan risau...tak sakit (bagi yang 'potong' pakai doktorlah..tapi malu sebab ada jururawat perempuan...eeeee)..bagi yang 'potong' pakai tok mudim...entahlah camne sebab aku 'potong' dulu pakai doktor...entah dibius ke tak..wallahualam....rasanya tok mudim tak macam tok mudim dulu...mesti ada teknologi yang dia pakai....sakit mesti cam digigit semut je....

Ok la...harap anda semua dapatkan Young Aisyah siri 6 ini dipasaran kelak....

Khamis, 5 November 2009

Young Aisyah terbang ke Indonesia....

Daripada sumber yang dipercayai...khabarnya siri Young Aisyah akan dilesenkan oelh penerbit buku Indonesia...namun selepas membaca blog penulis siri ini...siri Young Aisyah akan dilesenkan oleh syarikat penerbitan, Gramedia...Adakah Gramedia ini syarikat buku besar kat sana ek..? Agaknya ya la kot..kalau tak, takkan diorang nak lesen buku dari luar negara kalau diorang tak da ongkosnya...eheh..terindon plak aku...apa-apa pun aku rasa bangga dan happy gak la sebab komik-komik aku dalam siri Young Aisyah ini akan dibaca oleh pembaca-pembaca di sana....Tahniah gak kpada Kak Idah sebab buku tulisan Kak Idah berjaya masuk ke pasaran Indonesia....

untuk cerita lebih lanjut...korang boleh klik ke blog ini....
aisyahsofia-sah.blogspot.com