Pengikut

Isnin, 25 Januari 2010

Komik Young Aisyah #7 siap sepenuhnya...

Akhirnya..komik Young Aisyah #7 siap sepenuhnya..siap screentone dan dialog...Siri Young Aisyah kali ini berkisarkan tentang Aisyah Sofia dan kengkawan menyertai perkhemahan anjuran sekolahnya...pelbagai aktiviti dianjurkan dan pelbagai bakat terpendam Aisyah dan kengkawan terserlah sepanjang aktiviti perkhemahan kali ini...

Ini dia...seperti yang dijanjikan..aku akan preview sikit komik Young Aisyah pada setiap bab....

Bab 1...



Bab 2..



Bab 3..



Bab 4..



Bab 5..



Amacam...best tak? Jangan lupa dapatkannya nanti..insyaallah...mungkin dilancarkan pada Pesta Buku Antarabangsa nanti....

Ahad, 24 Januari 2010

Young Aisyah #7 siap dilukis....

Akhirnya pada petang semalam. selesai gak aku melukis komik untuk siri Young Aisyah yang terbaru....dengan berlatar belakangkan lintas langsung acara pemakaman Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor yang mangkat pada petang Jumaat....Takziah saya ucapkan kepada seluruh rakyat Johor atas kehilangan seorang raja yang berjiwa rakyat dan amat menyayangi serta mengambil berat atas kebajikan semua rakyat bawah jajahannya tanpa mengira kaum dan agama...Al-Fatihah...

Setakat ni je la dulu..nanti catatan akan datang saya akan sertakan sekali sedikit preview komik Young Aisyah ni ya....

Sabtu, 16 Januari 2010

Young Aisyah di Top 20 novel remaja PTS paling laris 2009...

Menurut blog pengerusi PTS di http://universitipts.com/, siri Young Aisyah berada dalam kelompok top 20 novel remaja PTS paling laris sepanjang 2009....

1. Sayalah Puteri Raja (10,795)

2. Buletin Sri Bangsar: Kini Berwajah Baru (10,705)

3. Young Aisyah: Buli (7,770)

4. Dunia Jam 10 (7,433)

5. Aku Mahu ke New York 1 (7,014)

6. Aku, Dia & Coklat (6,968)

7. Hai Suria! (6,810)

8. Aku Mahu ke Ney York 2 (6,764)

9. Melah Melia 3 (6,737)

10. Young Aisyah: Pindah Rumah (6,547)

11. Sarah & Senduk (6,529)

12. Aku Mahu Saiz S (6,371)

13. Young Aisyah: Juara Kampung Badak Berendam (6,317)

14. Young Aisyah: Sayang Cikgu (5,968)

15. Dear Yayah: Sejuknya Eau Claire! (5,923)

16. Aku Mahu Teman Tapi Mesra (5,781)

17. Tempat Ke-2 (5,714)

18. Aku Mahu Popular (5,680)

19. Adam Kecil: Terlebih Makan (5,341)

20. Sarah & Bunga Mawar (5,250)

Kalau dicampur jumlah naskah Young Aisyah dalam senarai ini, mahunya lebih 20,000 naskah...harapnya jumlah ini terjuallah...terima kasih kepada yang membeli dan menghargai siri novel...dikatakan novel remaja kini makin diterima para pembaca...

Terima kasih banyak-banyak....

Selasa, 12 Januari 2010

Trailer Iron Man 2....

Tahun 2010 ini, filem yang paling aku tunggu2kan ialah Iron Man 2....Trailer sudah aku tengok kat youtube...aku agak movie ini gempak punyalah....aku rasa dalam movie ini Iron Man akan melawan dua musuh...nama diorang aku tak berapa pasti..whirplash ke hape tah...tapi di akhir trailer ini akan muncul Iron Man kedua iaitu War Machine...yang dipandu oleh Rhodey..member Tony Stark....

Design suit Iron Man pun sudah hampir kepada design suit dalam komiknya...kalau dilihat pada akhir trailer...boleh nampak cahaya bulat pada dada suit Iron Man asal sudah jadi segitiga....

Apa-apa pun aku mesti tengok movie...

Sabtu, 2 Januari 2010

Komik bola #2...

Setelah menghantar komik bola hari itu...aku plan nak buat komik bola lagi...ingat dalam minggu depan nak hantar...wahhh..cam nak bolot semua slot aje aku ni...jangan sangka aku tamak lak ek...aku hanya nak mencari rezeki sikit-sikit..itu aje...sape suruh hantar lambat2...sape cepat dia dapat kan...