Pengikut

Isnin, 31 Mei 2010

Siri Young Aisyah Indonesia dan Shootz! #3 updated..

Salam semua. Pada entri lepas agak emo sikit...sekarang dada aku dah lapang macam lapangan bola sepak...ALAMAK!!! World Cup tinggal 11 hari je lagi...korang sume camne...?Camne persiapan nak tonton World Cup pagi-pagi buta nnti?

Aik..pahal aku kisah sangat tentang World Cup ni...aku bukan tengok sangat pun....hehe...tak larat nak bangun 3-4 pagi...nanti TV yang tengok aku...bapak aku dah bising2 pasal tertidur masa tgk TV...

Ahhh...merepek lebih-lebih lak aku ni......entri kali aku nak kasi tahu yang siri Young Aisyah edisi Indonesia dah terbit...klu korang nak cari, maaf la..buku ni hanya ada di Indonesia jek...klu nak cari gak..cari edisi Malaysia punya...Akhirnya nama aku dah terpahat dalam laman web diorang...nama aku dah terbang ke luar negara...huhu..sedihnye...nama aje yang terbang je...badan ni bilalah bleh ke luar negara...apa pun, tahniah Kak Saridah kerana buku Kak Saridah berjaya tembusi pasaran Indonesia dan tahniah juga kepada editor Siri Young Aisyah ni,,Pn. Assyura kerana berjaya membawa buku ini ke luar negara...





Ni lah cover untuk Siri Young Aisyah Indonesia...Di indonesia bukan lagi Siri Young Aisyah tapi Seri Dunia Aisyah...ok tak...berbanding dengan versi Malaysia mana lagi cantik...terpulang pada korang la...

Sekarang aku nak cerita tentang perkembangan Shootz! #3 aku...sekarang sudah hampir separuh jalan nak siap...sebelum ni aku lukis satu hari satu page...sekarang ni bila dada dah lapang....tak benda lagi yang nak dirisaukan..aku akan cuba satu hari sekurang-kurangnya dua page...







Bye-bye setakat ni...Salam...

Khamis, 20 Mei 2010

Setel dah semua....

Hari ini adalah hari yang penuh dengan penyesalan dan kerugian yang telah aku lalui sepanjang hidup aku...Akibat kebodohan aku dan sikap sambil lewa aku...aku telah kerugian masa 2 tahun...tapi pada tahun ini akhirnya..segala kerunsingan yang aku hadapi sepanjang 2 tahun telah tertebus....Selama ini aku tidak sedar akan kekhilafan aku memyusahkan ramai pihak...dan selama ini aku sangka aku adalah manusia yang terbaik dalam dunia ini...sebenarnya pada mata orang lain..aku adalah manusia yang paling hina sekali....Ya Tuhan...ampunilah segala dosa aku...

Pada semua pihak yang telah aku sakiti...aku ingin meminta sejuta-juta maaf...aku akan cuba ubah diriku pada masa depan....segala nasihat yang telah dicurah aku akan cuba ikut...aku sedar bila orang marah...maknanya orang itu sebenarnya sayangkan dan ambil berat tentang kita...mereka hanya ingin kita menjadi insan yang sememangnya insan....bukan insan yang tidak berfikir panjang dalam membuat keputusan.....

Pada mereka yang tidak jemu mengambil berat tentang diriku yang hina ini...aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih banyak-banyak...aku tak tahu bagaimana aku nak balas jasa baik kalian...hanya Tuhan saja yang boleh membalas....

Maaf dan terima kasih sekali lagi....

Rabu, 5 Mei 2010

Top 50 Jualan buku-buku PTS...

Info daripada blog chairman PTS...www.universitipts.com...ini adalah top 50 jualan buku PTS bulan april...

1. Alexander Adalah Zulqarnain
2. Hidangan Terbaik Dunia - Jawa
3. Cita Rasa Malaysia - Kelantan
4, Projek Diet Ain Maisarah
5. Aminah: Bunga Kaum Quraisy
6. Law Of Connection - Edisi Bahasa Melayu
7. Senangnya Memasak Nasi
8. Senangnya Memasak Mi, Mihun & Kuetiau
9. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung
10. Aku Mahu Superbibik
11. Dahsyatnya Doa Ibu
12. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah
13. Urus Bisnes Dengan Google
14. The Magic Of Thinking Big - Edisi Bahasa Melayu
15. Tukar Sekolah Lagi!
16. Meja Runding: Dari Konflik Ke Solusi Strategik
17. Senangnya Memasak Ayam
18. Senangnya Memasak Daging
19. Cita Rasa Malaysia - Johor
20. Senangnya Memasak Ikan
21. Usahawan Cilik: Coklat Ataupun Strawberi?
22. Usahawan Cilik: Jutawan 3R
23. Senangnya Memasak Sayur
24. S Untuk...
25. Senangnya Memasak Kuih-Muih Minum Petang
26. Miss Epal
27. Young Aisyah: Summer Camp
28. Senangnya Memasak Sambal & Sos
29. Agenda Yahudi Menakluk Dunia
30. Senangnya Memasak Kerabu & Salad
31. Hidup Tenang Walaupun Berhutang - Edisi Kemas Kini
32. Keranamu Aku Cemburu
33. Kamus Al-Quran
34. Siapa Lebih Popular?
35. Buat Duit Dengan Tadika
36. Magnet Rezeki Dengan Solat Duha
37. Biografi Muhammad bin Abdullah - Hard Cover Edisi 2010
38. Buat Duit Dengan Jaga Budak
39. How To Win Friends & Influence People - Edisi Bahasa Melayu
40. Aku, Dia & Gosip
41. Menjadi Remaja Smart Studi: Belajar Saat Akhir
42. Usahawan: Kaya Wang Kaya Iman
43. Dahsyatnya Qiamullail
44. Koleksi 33 Kisah Sejarah Melayu
45. Si Monster Cilik
46. Travelog Cinta Abadi
47. Tip Jana Wang Dari Rumah
48. Diari Mat Despatch
49. Senangnya Memasak Makanan Barat
50. Geng Genius: Rakit Terpantas

Yang sendeng adalah buku2 yang aku penah terlibat melukis ilustrasi...alhamdullillah...semua buku yang ada ilustrasi daripada aku yang lastest termasuk dalam top 50...mungkin sebab kesemuanya adalah buku baru terbit...sebab ia laku keras....