Pengikut

Jumaat, 29 Oktober 2010

TERGEMPAR..!!! TERGEMPAR..!!!

Salam semua...

Akhirnya setelah hampir dua minggu hantar ilustrasi cover untuk komik solo ketiga aku..SHOOTZ! #3...terwarna juga akhirnya...




Sememang inilah cover terbaik dalam siri SHOOTZ! setakat ini...terima kasih yang teramat sangat buat saudara Zedd kerana sudi mewarna ilustrasi saya yang tidak seberapa ini. Melihat warnaan saudara pada ilustrasi ini...tiada perkataan yang keluar dari mulut..hanyalah mulut ternganga dan mata terbeliak gembira melihat ilustrasi cover yang sangat AWESOME...

Harapnya akan datang saudara sudi lagi mewarna cover SHOOTZ! akan datang...InsyaAllah dalam 2 minggu...buku akan siap keluar kilang...

Rabu, 20 Oktober 2010

Poster Shootz! #3...

Salam semua,

Sudah agak lama tidak update blog ini. Sebenarnya tidak ada apa pun yang hendak dituliskan, bak kata seniman agung negara, Allahyarham P.Ramlee...HANTAM SAJALAH...maklumlah..bulan ni astro ada kempen nak mengenang P.Ramlee...filem2 beliau memang tak lapuk dek zaman...dari zaman dulu sampai sekarang masih syok menonton... harap dah lepas tahun 2020.. rakyat Malaysia masih kenal siapa P.Ramlee...

Entry kali nak spoiler sikit lukisan poster untuk komik Shootz! #3 akan datang(wahhh...berposter plak..poyo je aku..hihihih...)..entry lalu ada trailer..kali ada poster plak....



Watak ini akan beri cabaran pada pasukan Sri Pangsun dalam perlawanan mereka nanti....dapatkan Shootz! #3 bila dah keluar nanti...

bye...salam..