Pengikut

Ahad, 28 Ogos 2011

Nostalgia Aidilfitri...

Salam semua...

Waahhh... bangun tidor... bangun tidor... sudah masuk hari ke 28 Ramadan... InsyaAllah lusa atau esoknya raya...


Yipppiieeee....!!!XDDDD

Pasti ini yang kawan-kawan semua jeritkan bila dah hujung Ramadan ini.. kalau korang masih budak lagi la... Pada yang dewasa/tua... pasti ia hanya satu hari yang biasa je...

Yang bezanya... pakai baju melayu.. pakai baju baru... makan ketupat.. lemang... minum air gas...

Hehheeee

Hari ini.. mahu mengenang balik masa menyambut raya di kala badan ini masih kecil... heheee.. Sememangnya best la... Dapat balik kampung... jumpa sepupu sepapat... jumpa atuk nenek... uncle pakcik... auntie makcik...

dan semestinya.... DUIT RAYA!!!!

Itu item wajib dikutip masa Hari Raya... seperti Item Health semasa main games.. sangat diperlukan untuk habiskan game itu....

Seingat saya... jumlah duit raya paling banyak pernah dikutip... RM200 rasanya...

Dah penat-penat kumpul....pusing sekampung... setaman.. ketuk rumah orang.. kenal atau tidak... last2 simpan dalam bank... Bank yang aku tahu masa tu hanya BSN (Bank Simpanan Nasional)...

Apakah simpan2 duit..?!! Dah dapat duit banyak... enjoy la...!!!

Haahahaha...!! Dah ibu suruh simpan... simpan je la.. heheee... untuk masa depan... kekeeee...

Jika diingat balik... tiada apa pun peristiwa yang istimewa masa menyambut raya dulu-dulu... mungkin ada tapi aku tak ingat la... kekeee...




Kedua-dua gambar di atas raya tahun 1991-92(rasanya)di Melaka



Ini raya tahun 1994-95(rasanya lagi) di Ampang



Raya tahun sama(rasanya jugak) di Melaka




Saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI pada semua penyokong2 saya yang setia membeli dan membaca semua karya saya. Ampun maaf dipinta sepanjang perkenalan kita... zahir dan batin...

SELAMAT HARI RAYA!!!!!

Huuuhuhuhuhuhu!!!



Jumpa lagi lepas raya!!!!

Selasa, 23 Ogos 2011

Komik yang sangat istimewa!!!!

Salam...

Sini mahu heboh-heboh satu berita yang sangat mengeboommmkan..




Mempersembahkan!!!!!





Jenggg jenggg!!! Opss...satu lagi.... jengggg!!!





Komik-M Raya #3 : Misi Menyelamatkan Puan Ainon (MMPA)...




Komik ini sangat istimewa. Antara beberapa sebab daripada 1000 sebab:

1) Dilukis oleh 5 orang pelukis Komik-M... Salah seorang daripadanya SAYA la.... nak tahu lagi 4.. kena belilah... heheheeeeee

2) Memaparkan pelbagai watak2 Komik-M dalam satu komik... Best kan...!!? Best kan!!!?

3) Turut memaparkan wajah2 kacak dan jelita pekomik-pekomik Komik-M, warga kerja PTS dan seangkatannya.... Best kan!!? Best kan..!!!?

4) Juga memberikan nasihat yang berguna pada pekomik-pekomik baru diluar sana... Best kan..!? Best kan..?!

5) Mahu tahu lagi 996 sebab.. kena belilah komik ni.... Best kan!!? Best kan..!!?


Komik ini bakal menggegarkan perut anda yang sarat dengan kuih2 raya dan juga lemang dan juga ketupat dan juga dodol dan juga air oren bikarbonat.







Sedikit adegan yang menarik dalam komik MMPA

A: Kurang asam boi betul si budak C ini.
B: Hai semua!
C: Ya! Hai, peminat-peminatku yang terdiri daripada gadis-gadis comel!

Peminat-peminat menjerit memekik nama C.

A: [fikir] Tidak adil betul. Tiada orang pun memanggil nama aku pun. Tidak cukup kacakkah aku?
A: Hei, C. Kenapa tidak pakai baju Melayu.
C: Ini identiti saya. Nanti senang orang mahu kenal.
A: Ahhh! Tidak boleh. Kena pakai baju Melayu. Nanti tidak boleh masuk.
C: Tidak mahu... neh neh nehhh!! bueekkk!



XDDDDDD



Adegan 2

A: Berita gempar! Berita gempar!
B: Apa hal dengan kau ini? Dahulu semasa marathon kau menyorok dalam dorm. Malam-malam ini pula mahu marathon
A: Bahaya. Bahaya.
C: Yalah. Apa yang bahaya?
B: Ada bom mahu meletup?
A: Warden mahu buat spotcheck.

B dan C bertempiaran lari

B: Cepat! Selamatkan barang-barang kita!
C Ahhhh! Androidku sayang!

A: [fikir] Reaksinya memang seperti bom mahu meletup.




he heheheheeeee...



Cepat!! Jadilah pembaca terawal komik ini. Sangat tidak rugi...

Percayalaaaaaaaaaaahhh!!!

Salam... jumpa lagi.. ^____________________________________^v

Jumaat, 19 Ogos 2011

Cabaran... cabaran

Cabaran ini khas untuk semua kanak-kanak, awal remaja dan sapa-sapa yang tak reti lukis...

Mahu lukisan anda 'diterbitkan'..?

Lukiskan satu fesyen idaman anda.

Ciri fesyen mesti Syariah Compliant.

Lukisan berwarna colour pensel adalah sangat dialu-alukan.

Sertakan sekali keterangan mengenai fesyen anda. Ringkas2 sahaja. Contoh - dari mana timbul inspirasi untuk lukis fesyen ini.

Lukisan yang best akan masuk dalam satu adegan komik Young Aisyah terbaru. Saya akan pilih 2 lukisan fesyen wanita dan 2 lukisan fesyen lelaki terbaik.

Hantarkan lukisan anda ke emel rezarly@yahoo.com atau rezarly@gmail.com

Di sinilah lukisan2 anda akan terpapar nanti..



Pada yang terpilih nanti akan ada sesuatu untuk anda...

Ada berani ka..? ^____^

Ahad, 14 Ogos 2011

Reja muncul di TV9...!!! AAWWWW!!!!

Salam...

Tanggal 20 Julai lalu, saya mendapat emel daripada ketua editor kacak Komik-M.. Tuan Wanzu yang TV9 mahu buat temubual bersama pekomik-pekomik muda. Tuan Wanzu mencadangkan saya untuk masuk dalam temubual untuk satu rancangan TV di TV9 iaitu RemajaTV9.

Mula-mula rasa "Whattt!!! Apakah..?!!!"

Jadi timbullah rasa gemuruh dan takut... "Aku masuk TV?!!"

Kemudian... terfikir..."Masih remajakah aku? Umur dah 20+++++.. remaja lagikah. Kenapa tidak dipanggil Si ------- tu. Dia lagi remaja.."

hahaha... mungkin ini rezeki aku. Dan aku berazam untuk lakukan yang terbaik dan tidak memalukan diri bila keluar di TV nanti.

Tibalah tarikh yang dinantikan... 25 Julai....

Bersama dalam temubual ini juga adalah pekomik wanita Komik-M... Cik Jon Suraya... Sekarang karya beliau banyak tersiar dalam majalah G3... Di kesempatan ini juga beliau mempromosikan komik terbaru beliau di Komik-M, Amylea Si Penyelamat Anak Patung.



Aku tak de peluang pun nak promote Shootz! aku...T_______T



Shoot dilakukan di pejabat editorial PTS di ruang Komik-M...

Shoot dimulakan...

Mulalah aku mengarut tentang bagaimana boleh terlibat dalam bidang melukis komik ni.

Terkeluarlah dari mulut aku beberapa rancangan TV masa kecil aku seperti Ultraman Ace.. Ultraman Taro... Power Rangers dan juga komik paling feveret aku... DragonBall...

Akhirnya.. selesai Shoot...

Setelah 3 minggu... tersiarlah temubual itu dalam rancangan RemajaTV9 Jumaat lalu 12/8/2011...

Sangat terbaik....


KLIK SINI UNTUK TONTON TEMUBUAL ITU

Cool giler~~~

Moga dengan temubual ini para peminat komik Malaysia dapat pendedahan tentang PRODUK Komik-M ini....

Terima kasih TV9... ANDA TERBAIIKKK~~~~~

Khamis, 4 Ogos 2011

iKLan spe'sial'!!!!!


http://www.blogger.com/img/blank.gif
Marilah sama2 meng'enjoy'kan diri di kala menahan lapar di bulan puasa ni...

Jangan risau...

Menonton video ni tidak membatalkan puasa... just nak hiburkan hati.. ^___^

he he he..

Sila click SINI~~~ untuk menonton iKLan spe'sial' ni... kehkehkeh

HAHAHAHAHAHAXXXDDDDDD....SLP!!!!