Pengikut

Rabu, 28 September 2011

REJAKARTUN week 22



Preview REJAKARTUN week 22.....

Preview Shootz! #4

Salam...

Shootz! #4 sekarang dalam proses final editing. InsyaAllah minggu depan akan masuk printing.

Terima kasih pada semua yang terus menyokong Shootz! dan Komik-M..

Sini saya mahu berikan sedikit preview Shootz! #4.


Saya beri 10 mukasurat pertama komik ini untuk mengubat debaran korang. Muahmuahmuahmuahhhh....


Mana boleh lebih2... tak syiokkkk arrr...!!! heheeeee



















Namun... ini bukanlah layout sebenar komik ini. Beberapa dialog dan bubble dialog akan diubahsuai melalui proses editing yang dilakukan editor.

Terima kasih sekali lagi.. Harap korang enjoy bile baca komik keseluruhannya nanti...

Jumpa lagi...

Salam..

Jumaat, 23 September 2011

REJAKARTUN week 21


Preview REJAKARTUN week 21

Sangat gila...!! HUAARRRRGHH!!!!

Salam...

Sekali lagi dalam tahun ni aku tidak percaya dengan apa yang dah berlaku.

Setiap tahun ada satu pertandingan komik yang boleh dikatakan antara pertandingan komik terbesar dalam Malaysia kerana menawarkan hadiah wang yang agak lumayan. Pertandingan itu dinamakan Intellectual Property Creator Competition 2011 (IPCC 2011).

Ramai pekomik mengimpikan untuk memenangi pertandingan ini. Pelbagai benda boleh dilakukan dengan duit itu untuk membawa komik kita ke tahap yang lebih tinggi.

Untuk IPCC 2011 ini, saya team up dengan kawan, Shahrul Akram masuk. Untuk projek ini, komik ditulis oleh saya dan dilukis oleh Shahrul.

Setelah proposal dihantar, satu pitching diadakan untuk memilih 20 penyertaan daripada 40 finalis.

Semasa pitching yang diadakan, pitching kami pada aku tidaklah begitu meyakinkan. Banyak juga persoalan tentang konsep komik kami yang juri bangkitkan. Jadi aku tidak jangka akan menang. Rasa yakin nak menang... 0%.....setelah melihat banyak penyertaan lain yang lebih hebat.

Tapi....

Pengumuman hari ini...



KAMI BERJAYA!!!!!!!

Sangat tidak percaya. Tidak percaya kami yang masih rookie dalam bidang ni boleh terpilih antara 17 yang terpilih (kurang 3 kerana yang lain tidak mencapai standard... rasanyalah).

RM20,000.....

wouh.... besar juga jumlah ni...

Dapat duit ini bukan bermakna kami boleh enjoy. Banyak kerja harus dilakukan untuk mengesahkan kami mendapat RM20,000 itu.

Moga kami berjaya...

Alhamdulillah...



Khamis, 22 September 2011

Satu komik strip online baru



Salam...

Sekarang saya sedang usahakan satu komik strip terbaru. Komik ini hanya boleh dibaca secara maya. Laman webnya nanti akan diberitahu nanti bila ia sudah diterbitkan.

Konsepnya biasa sahaja. Romance komedi. Kisah percintaan dua insan yang sangat berbeza. Berbeza dari segi perwatakan, minat, perangai. Seperti warna hitam dan putih. Walaunpun zahirnya nampak tidak serasi walhal secara rohani mereka sangat menyayangi satu sama lain. Heheeee...

Harap enjoy bila bacanya nanti.

Jumpa lagi...
Salam...

Ahad, 18 September 2011

Rejakartun Week 20

Salam....

Rejakartun sudah kembali..

Maaf kerana sudah tertangguh lama sejak kali terakhir upload beberapa bulan lalu. Sibuk juga kebelakangan ini.

Saya akan cuba upload setiap minggu.



Preview Rejakartun Week 20

Rabu, 7 September 2011

Conteng-contengan...

Salam....

Tiada apa khabaran mahu diberi kali ni... hanya conteng-conteng mengisi masa lapang selepas menghabiskan sisa-sisa kuih raya... heheeee..






Jangan fikir saya buang masa conteng-conteng ini saya tiada job... sebenarnya ada sikit lagi job mahu dihabiskan... kemudian mahu buat persiapan untuk presentation yang sangat penting dalam karier komik saya... kemudian mahu mulakan 2 projek komik terbaru... huahuahuahahuah!!!!!!

Doakan yang terbaik untuk saya... ^_____^

Salam.. Jumpa lagi..