Pengikut

Isnin, 10 September 2012

Gajet terbaru.

Salam semua.

Ini aku nak review satu gajet terbaru aku beli. Aku belinya minggu lepas.

Sebenarnya aku tak pandai review gajet-gajet ni memandang aku tak berapa mahir pun pasal android, apps banyak-banyak ni.. tapi aku hanya beri pandangan peribadi aku sahaja ya.

Samsung Galaxy Note 10.1.


Sebelum Note 10.1 keluar, ada Galaxy Note. Ada plan nak sambar Galaxy Note. Tapi keadaan tak mengizinkan. Tapi selepas surf-sirf internet, tertengok satu video tentang Galaxy Note 10.1 ni. Aku tertarik sebab ia macam Galaxy Note tapi saiz besar punya macam Tab 10.1. 

Siap ada S-pen. Bolehlah aku melukis atas tablet ni. 

Kemudian aku baca pula spec. Ada photoshop sekali. Waahhh.. makin menggila la aku nak sambar tablet ini jugak. Sejak dari saat itu aku nekad, aku nak beli Note 10.1 bila dah sampai kat Malaysia. 

Galaxy Note 10.1 sudah pun dijual di luar negara pertengahan bulan Ogos. Masuk pasaran Malaysia awal bulan September. Selama dua minggu aku menunggu berita bila la Note 10.1 masuk Malaysia. Lalu ada berita mengatakan ia akan dilancarkan di Malaysia pada 5 September. Punyalah tak sabar, aku pergi ke Low Yatt hari Isnin 3 September.

Dan.....

Note 10.1 sudah pun dijual. 

Apa lagi... aku sambarlah. hehehee...
 
Aku beli dengan harga RM2,170.



Pandangan aku tentang tablet ini...

Memang AUSEMMM!!!

Aku boleh melukis dalam Note 10.1 ni.


Ini contoh thumbnail yang aku lukis menggunakan Photoshop Touch.

Photoshop Touch hampir nak sama dengan Photoshop kat PC. Boleh edit... saturate... cut.. fill.. lasso tool... zoom in.. zoom out...

Perghhhhhh...!!

Ausem la...

Mungkin belum boleh sampai melukis komik sepenuhnya kat Note 10.1. Pressure S-Pen belum aku kuasai lagi. 
 
Tapi belum berlatih.. belum tahu kan... Hehehehe...

Antara yang best pasal Note 10.1 ini, ia boleh menjalankan dua Apps dalam satu screen. Contoh korang boleh tengok video sambil surf internet dengan mode Multiscreen


Di atas ni contoh aku tengok video sambil belek-belek galeri gambar tanpa mengganggu kelancaran video.

Jadi mata korang boleh lihat dua benda pada satu masa la. Sebelah mata tengok video, sebelah lagi surf internet. hahahahaa.

Pasal kamera pada aku ok la gambarnya. Kamera belakang dengan 5 megapixel dan kamera depan 1.9 megapixel.

Kemudian korang boleh edit terus video dengan apps VideoMaker dalam Note 10.1 ni.

Pasal lain-lain seperti prosessor 1.4 Ghz... RAM 2GB... mantap jugalah. 

Apps pun mungkin lebih kurang sama macam Galaxy Tab dan tablet lain.
 
Ini pandangan peribadi aku sahaja. 
 
Apa yang aku tertarik pada Note 10.1 ni, ia ada S-Pen. Itu sahaja. Mungkin budak lukis-lukis macam aku tertarik la dengan Note 10.1 ni.

Pada yang lain aku tak tahulah. Tak nak ambil tahu pun. hehehee

Korang boleh klik video di bawah untuk lihat lebih banyak kelebihan Note 10.1 ni.


Salam.

Jumpa lain masa. ^____^

Buku terbaru terbit.

Salam semua...

Adakah masih dalam mood raya. Rasanya tak lagi kan? Sekolah pun dah mula, mak ayah pun dah kerja semula. Tapi mode open house masih ada kan? Mesti dah bulat perut tu.. hahahaha..

Cakap pasal open house... tak ada sape-sape ke nak jemput aku ke open house? Huhuhuhu.. sedih aku tau... TT___TT

Sekarang aku nak umumkan yang.....

Dua buku terbaru sudah pun diterbitkan!!!!



Dapatkan segera!!!!

Sekarang mungkin belum sampai di kedai lagi. 

Tunggu sedikit masa lagi ya.... Nanti sampailah tu.

Kalau tak sabar... boleh sahaja beli secara online.

Klik sahaja www.bookcafe.com.my

Beli online ni dapat murah sikit dari beli di kedai.

Dapatkan segera ya...

Bawah ni link video sepintas lalu buku Young Aisyah:Hari Fesyen.


Ok la... 

Salam.. Jumpa lagi lain masa.

Khamis, 23 Ogos 2012

Akan terbit dalam masa terdekat.

Salam Aidilfitri.

Apa macam raya tahun ni...? Apa cerita collection duit raya? hahahaha...

Apa daaa... Mula-mula dah tanya pasal duit. Mata duitan sungguh... ^^

Raya ini bukan semata-mata untuk kumpul duit raya. Seperti yang dikuliahkan oleh ustaz-ustaz, hari raya ini adalah hari untuk meraikan kemenangan kita melawan hawa nafsu selama sebulan dan kembali kepada fitrah.

Juga hari raya ini juga hari untuk kita rapatkan silaturahim sesama saudara jauh yang setahun sekali inilah baru jumpa. Jadi bila dah jumpa jumpa saudara-saudara yang mak ayah kita je yang kenal, cubalah rapat-rapatkan. Hahahaaa

Duit raya ni rasanya hanyalah adat semata-mata. Kalau dah dibagi, jangan lupa ucapkan terima kasih.

Sudahlah cerita pasal hari raya. Di Facebook tak habis-habis cerita pasal raya. Raya hanya untuk budak-budak. hahahah..

Kali ini aku nak cerita pasal karya-karya aku yang akan terbit dalam masa terdekat. InsyaAllah akan terbit awal bulan September nanti.

Ada dua karya aku yang akan terbit itu.

1) Antologi: Aku, Kau dan Ibu
2) Young Aisyah: Hari Fesyen

Previem sikit komik Aku, Kau dan Ibu.





 Komik Ibu ini berkisarkan tentang kerja-kerja para Ibu seharian. Apa Ibu selalu buat? Bacalah nanti. 
Heheheee


Preview Young Aisyah: Hari Fesyen.










Young Aisyah: Hari Fesyen berkisarkan tentang fesyen terkini yang sesuai untuk seorang muslimah. Banyak ilustrasi fesyen terkini aku lukis.

Pening kepala tau.

Susahnya lukis baju. hahaha

Nanti belillah ya. Duit raya itu lepas simpan sikit dalam bank, apa salahnya beli buku. Kan membaca jambatan ilmu. Kan kan kan?

Ok la.

Jumpa lagi. 

Dah baca entry... pergilah sambung beraya. ^^

Salam.


Sabtu, 11 Ogos 2012

Kemusykilan saiz seluar

Salam semua....

Lagi seminggu nak raya..... Baju raya sudah ada beli.....? Warna apa........? Jenama apa....?

Aku...? Aku kemungkinan baju melayu pakai tahun lepas punya tahun lepas punya tahun lepas. Heeheheee. 

Selagi boleh pakai, pakai je la kan. Tak payah banyak-banyak. Lagipun baju melayu itu pakai masa sembahyang jumaat je. Sesekali pakai bila ada majlis tahlil arwah atau majlis doa selamat. 

Cuma yang dibeli adalah baju t-shirt dan seluar jalan. 

Bajunya belum beli lagi. Angan-angan nak beli baju yang stailo sikit. Tapi selera fashion aku sangat hampeh. Tak tahu nak beli baju apa. Nanti petang ni keluar la cari di Times Square. 

Seluar yang beli pun seluar jeans. Beli pun kat Carrefour je. Seluar jeans aku ada ini ada satu sahaja. Seluar itulah yang aku pakai bila keluar.  Miskin betulkan aku? Heehehehe

Dan sepasang kasut.



Cuma aku ada sedikit kemusykilan. 

Masa aku beli seluar jeans semalam, aku angkat seluar saiz 40(bukan saiz sebenar)..

Eleehhhh~~ nak cover-cover pula. Cakap je la memang kau angkat saiz 40. 

Diam laa!!!!!

Aku pun pergi test la. 

Tapi... errrrgghhhhh!!!!

Ketat nak mampus. 

Eihhhh... tak kan la aku makin besar? Aku tengok cermin badan aku tak de perubahan banyak pun. Makin tough ada la. Hahahahaha.. Seluar tahun lepas pun masih muat lagi. Saiz 38 pula tu.

Pelik betul aku. Pastu aku angkat saiz 44. (Amik kau.)

Erggghhhh~~~

Ketat juga. Aihhhh... ini makin pelik ni. Saiz 44 pun ketat. What ta hell?

Tak kan aku ambil seluar saiz 44 versi perempuan punya?

Ni yang aku frust. Ni yang rasa nak pekena SDII ni.

Kemudian aku try angkat seluar jean saiz 40 yang jenama lain.

Haaa... boleh pun pakai. 

So... apa ke hal saiz 40 jenama INI boleh pakai saiz 40 jenama ITU tak boleh pakai? 

Tak kan la salah ukur...?

Tak kan jahit seluar JANJI SIAP?

Alaaaa... beli pun kat Carrefour. Jenama pun entah apa-apa entah.  

Lain kali aku hiraukan je saiz ukuran itu. Aku beli janji boleh pakai sudah. Selagi aku yakin saiz aku tak berubah.... aku happy dengan badan aku.

So.. korang kalau beli baju seluar kat supermarket... jangan kisah sangat no. saiz tu. Kalau seluar lama masih boleh pakai... maknanya badan korang tak berubah la tu. Beli je mana yang muat dipakai. 

Ini pengalaman aku je semata-mata. Mungkin di supermarket lain memang ikut ukuran betul.

Jumpa lagi.

Salam.
 


Jumaat, 10 Ogos 2012

Akhirnya... ada entry baru.


Salam semua... Nampak semakin bersawang blog ini. Tengok tarikh terakhir entry, bulan April lalu. Perghh.. hampir 4 bulan blog bersawang.

Sebenarnya sudah lama tidak mengusik blog bukan apa. Nak kata sibuk... tak juga.. sebenarnya sekarang ni aku sangat lapang. Tiada apa kerja setakat ini melainkan mencari idea untuk komik My E-Comic untuk isu depan. Dan satu lagi.. maklumlah tengah puasa. Lapar..... Otak agak beku nak melukis. Tapi aku ada 2 projek yang sedang menunggu kelulusan. 2 projek itu ialah:

1) Shootz! #5 
2) Young Aisyah the comic 

InsyaAllah jika diluluskan bulan ini, maka bulan depan dan seterusnya sibuklah. Target mahu siapkan kedua-dua projek ini sebelum penghujung tahun 2012. Tahun depan sebelum pesta buku mesti terbit kedua-duanya.

Shootz! #5 ini korang tahulah komik apa kan. Ia sambungan Shootz! #4 terdahulu. Maaflah kalau aku mula sambung Shootz! #5 ini lambat sangat. Kalau tidak disebabkan projek special tu.. mesti dah siap sekarang ini.

Young Aisyah the comic pula ialah aku ambil watak dari novel Young Aisyah karya Saridah Hamid dan aku buatkan komik sepenuhnya. Alaaa... macam siri Dear Yayah. Mula-mula novel.. lepas itu terbit Dear Yayah the comic. Dalam perancangan, Young Aisyah the comic adalah kompilasi komik-komik pendek. Cerita-cerita ringan yang disasarkan kepada pembaca lingkungan 7-12 tahun. Sebelum ini aku ada terfikir nak buat cerita panjang. Tapi payah benar nak cari cerita. Huhuuuu TT___TT

Tapi aku akan berusaha untuk fikirkan satu cerita panjang one-shot. Itu dah menjadi antara target aku. Selain Shootz!, aku juga mahu buat siri komik lain.


Ohh ya,

Juga ingin nak kongsi kegembiraan bercampur kedebaran. Senarai ranking penerima royalti sudah keluar.

Alhamdulillah.

Nama aku tersenarai lagi untuk tahun ini. Aku di tangga ke 25.

TAK PERCAYA?




Terima kasih kepada korang semua kerana menyokong karya-karya aku. Sokongan kalian sangat bererti bagi aku. Hanya Allah yang dapat membalas. Aku mendoakan para penyokong karya-karya aku agar sentiasa dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat Allah.


Ehhh... lagi seminggu nak raya.

Nak komik raya?

Sekarang sudah terbit My E-Comic terbaru... 


Memandang hampir nak raya ini... nak buat ucapan sikit.

Aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada keluarga, sedara mara, sahabat handai, rakan-rakan pekomik, editor Komik-M, editor PTS Islamika, editor My-E-Comic dan para penyokong karya-karya aku. MAAF ZAHIR DAN BATIN.



Jumpa lagi.

Salam.

Isnin, 16 April 2012

E-Comic, komik interaktif dan Young Aisyah

Salam, Lama tak update. Mula-mula sekali aku mahu cakap yang isu terbaru E-Comic yang super-hebat dah terbit. Malangnya Hitam-Putih Cinta tiada dalam isu kali ini. Sempat hantar sebelum tarikh publish tapi tak sempat editor nak edit. Huuhuhuhuuu. Tak apa. Hitam Putih akan kembali pada isu depan. heheheee... Cover untuk isu ini sekali lagi dihasilkan oleh pekomik hebat Malaysia, Ben. Transformer Malaya tuu... Bila dah ada cover Transformers... mesti ada cerita transformers kan... KLIK LA SINI kalau nak baca.
Mesti korang tertanya kenapa isu ini komik aku tak sempat keluar? Sebenarnya aku sibuk sikit dengan 2 job penting. Kedua-dua job ini ada dateline yang sangat ketat. Pertamanya adalan komik untuk IPCC. Banyak woooo kena buat. Setelah dua kali story kena revise, alhamdulillah story ketiga diterima baik juri. Lepas siap komik, kena buat interaktif version pulak. Wouuhhh.. tertekannya. Sikit preview komik IPCC ni...
Alhamdulillah... kerja ini selesai. Job kedua adalah Young Aisyah 12: Fesyen Aisyah. Untuk pengetahuan, siri kali ini sangat berbeza dari yang sebelumnya. Kali ia penuh berwarna dan penuh warna-warni fesyen pakaian yang dipakai Aisyah Sofia n geng. heheeee.. Memandangkan sasaran tarikh terbit adalah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang akan berlangsung hujung bulan ini (27 April - 6 Mei), maka ia harus diselesaikan cepat. Sikit preview
Alhamdulillah, selesai juga. Harapnya sempatlah terbit di pesta buku nanti. Ok la.. Salam. Bye.

Jumaat, 16 Mac 2012

Isu baru E-Comic #19

Salam semua...

isu baru E-Comic #19 sudah diterbitkan di alam maya. Kali ini lebih istimewa bagi aku kerana isu kali diorang cover pasal aku. Kalau nak tahu sedikit sejarah penglibatan aku dalam bidang perkomikan... KLIK la di sini



Oleh kerana isu kali ini tentang aku... aku ada satu komik spesel untuk korang. Enjoy!!!!

Khamis, 26 Januari 2012

REJAKARTUN week 26



Preview Rejakartun week 26

Isnin, 16 Januari 2012

Wuuhuu isu #17...

Salam

http://www.blogger.com/img/blank.gif

Wuuhuuuuu!!!!

Isu baru sudah keluar wooooo.... Cover kali ini hasil dari pekomik tersohor Malaysia Bro Kromosom... sangat ohsemmm...

Enjoy!!

No penny or dime or nickel or quarter required. Free of charge except charge for internet.

Mahu baca?

Klik la SINI~~~~

Wuuuhhuuuuuuu!!!!!!!

Khamis, 15 Disember 2011

Wuuhuu isu #16...

Salam semua..

Isu terbaru majalah komik online percuma sudah keluar. Marilah baca bersama seishttp://www.blogger.com/img/blank.gifi keluarga... heeee

Kilk SINI untuk bacanya..

Enjoy.. ^____^

Selasa, 6 Disember 2011

SHOOTZ ! #4 sudah sedia untuk menemui kalian semua!!!



Urusniaga bermula.

Panas!!!Panas!!! Barang panas!!!

Di sini saya ada 10 naskah Komik-M Shootz #4. Ada sesiapa mahu jadi 10 pembeli/pembaca pertama Shootz! #4 ni?

10 naskah Shootz! #4 ni boleh DIBELI SEKARANG melalui saya memandangkan sekarang Shootz! #4 belum sampai ke kedai buku lagi.

Jika berminat mahu beli, mohon berikan alamat E-MAIL anda di ruangan KOMEN di bawah entri ini.

Segala maklumat pembelian akan saya berikan melalui emel.

Jika permintaan memuaskan... saya akan cuba jual lagi di masa-masa akan datang.

Terima kasih.

Selasa, 15 November 2011

Mari baca komik percuma...

Salam..

mahu kongsi berita gembira...

Mahu baca komik percuma..?

Klik la sini

Ramai artis komik hebat menyumbangkan komik untuk majalah ini.

Ada Zamzami, Ashkun, Malik ehh.. AmanWan, Shark..ehh Bophairy, JonSuraya... dan tidak dilupa... AJIB!!!!! ehh.. heheheee.. Reja la....

Sila la klik jika tak malu mahu baca percuma... wahahahahah!!!!!!

Isnin, 31 Oktober 2011

REJAKARTUN week 25



Preview REJAKARTUN week 25

Jumaat, 28 Oktober 2011

Conteng-conteng

Salam...

Sebenarnya tiada apa yang special yang mahu dikongsikan. Hanya beberapa contengan je yang mahu dikongsi.



Di atas adalah Fan-art untuk Pekomik Bophairy untuk komik terbaru beliau, Opie dan Jaja. Opie dan Jaja ni sudah beberapa kali keluar dalam beberapa siri antologi Komik-M. Jadi untuk menambah koleksi portfolio beliau, beliau buat satu komik terus Opie dan Jaja ni dengan 50++ muka surat tambahan.

Tercoolest la, Bro....





Ini adalah Batman.

Sekarang sudah keluar game Batman terbaru, Batman: Arkham City, sequel kepada Batman: Arkham Asylum. Belum main lagi tapi sudah tengok walkthroughnya di Youtube.

Memang tercoolest.

Storynya sangat awesome. Enviromentnya pula makin besar. Twistnya sangat awesome. Korang tak kan sangka twisntnya sangat memeranjatkan. Gameplaynya sama seperti Batman: Arkham Asylum cuma ada beberapa penambahan yang awesome. Endingnya juga terbaik.

Dan ada beberapa hint aku dapat tengok untuk games sequelnya.

Terbaiklahhh....

Tak sabar menunggu game Batman ni versi PC.

Sekian.

Jumpa lagi.

Khamis, 20 Oktober 2011

Iklan Gangter mahu luaskan tanah jajahan..... Ampang mari.....!!!!!



Wahai penduduk-penduduk Ampang...

Ini satu amaran....

Tanggal 29hb Oktober ini...

Satu kejadian akan berlaku....

Satu kuasa besar dan menggerunkan akan menyerang tempat anda....

Mereka ni ganas.... gerun..... ghairah(?)... eh.... gorgeous.....

Mereka akan menyerang anda dengan sepuas hati mereka......

Takut....?

Datanglah menyelamatkan diri di Carrefour Ampang(dekat rumah aku je ni).....

WAAHAHAHAHAHAHAHA.....

Rabu, 19 Oktober 2011

REJAKARTUN week 24



Preview REJAKARTUN week 24..

Rabu, 5 Oktober 2011

Pengaruh manga.....

Salam semua....

Saja mahu kongsikan satu perkara yang bagi aku kira menariklah...

Dalam dunia komik, siapa yang tidak kenal gaya Manga. Manga yang asalnya dari negara matahari terbit Jepun, sudah tersebar ke seluruh dunia. Bukan sahaja manganya terjual seluruh dunia, bahkan gaya lukisan manga juga tersebar dan diambil dijadikan asas melukis komik oleh pekomik seluruh dunia.

Lebih menarik, pekomik Islam juga tertarik dengan gaya Manga ini dan ambil gaya ini sebagai gaya lukisan mereka.

Manga dan Anime yang terkenal dengan aksi yang hebat dan juga tidak lari dari lukisan wanita-wanita seksi. Disebabkan ini, di Malaysia Manga sudah menjadi satu bacaan kelas bawahan sahaja. Ibu bapa menganggap Manga ini memberi pengaruh buruk kepada anak-anak.

Tidak dinafikan kebanyakkan Manga macam 'wajib' memaparkan wanita-wanita seksi dalam Manga mereka. Ini merupakan salah satu main attraction kepada pembaca manga.

Saya kata kebanyakkan... bukan semua. Kenapa bukan semua..?

Sebab ada pekomik yang mengambil gaya lukisan Manga ini sebagai asas namun dimasukkan unsur Islamik dalam karya. Maka timbullah istilah Manga-Islamic.

Sudah banyak karya Manga-Islamic. Beberapa contoh boleh dibacakan dalam ARTIKEL ini.

Jadi, para ibu bapa. Jangan menganggap komik ini suatu bacaan yang sia-sia. Kami juga seorang penulis yang mahu memberi pengajaran dan berkongsi apa yang kami rasa kepada pembaca kami. Jangan kerana sikit kesilapan segelintir, terus menghukum semua.

Salam...

Jumpa lagi

Isnin, 3 Oktober 2011

REJAKARTUN week 23



Preview Rejakartun week 23

Rabu, 28 September 2011

REJAKARTUN week 22



Preview REJAKARTUN week 22.....

Preview Shootz! #4

Salam...

Shootz! #4 sekarang dalam proses final editing. InsyaAllah minggu depan akan masuk printing.

Terima kasih pada semua yang terus menyokong Shootz! dan Komik-M..

Sini saya mahu berikan sedikit preview Shootz! #4.


Saya beri 10 mukasurat pertama komik ini untuk mengubat debaran korang. Muahmuahmuahmuahhhh....


Mana boleh lebih2... tak syiokkkk arrr...!!! heheeeee



















Namun... ini bukanlah layout sebenar komik ini. Beberapa dialog dan bubble dialog akan diubahsuai melalui proses editing yang dilakukan editor.

Terima kasih sekali lagi.. Harap korang enjoy bile baca komik keseluruhannya nanti...

Jumpa lagi...

Salam..