Pengikut

Sabtu, 18 September 2010

Komik Lawak Geng As-Syik...

Salam...

Hari ini sudah raya kelapan kita sambut...camne keadaan perut kawan-kawan semua...? Masih leh bertahan lagi ke nak menyambut makanan yang telah dihancurkan oleh gigi geraham korang tu..? Adakah perut anda semakin membesar seperti perut ibu anda mengandung anda dulu...? Hahaha...gini la tiap-tiap sambut raya...makan..makan..makan... walaupun dah makan kenyang-kenyang kt rumah pertama, kedua, ketiga tadi....tuan rumah masih menjemput untuk melantak lauk-pauk atas meja diorang tu...hahaha..itu zaman saya bebudak dulu...tak kira rumah kita kenal tak kenal..main serbu je..janji dapat 'kacing-kacing' lumayan...

Entri kali cuma nak bagi preview sikit komik buku aktiviti Young Aisyah akan datang ni... Sesaja buat kartun lawak ni...entah la lawak ke tak...hahaha...aku gelak seorang diri...HAHAHAHAHA...!!!!



InsyaAllah kesemua artwork ini akan siap hujung bulan ni..lepas tu terus buat komik untuk Siri Young Aisyah #8 pula...

Salam....

Jumaat, 3 September 2010

Selamat Hari Raya...



Bulan Ramadan sudah tinggal beberapa 'meter' nak sampai ke garisan penamat...Diharap Ramadan tahun ini dapat memberikan seribu kenikmatan sama ada duniawi dan akhirat nanti...Semoga tahun depan dapat bertemu jodoh lagi dengan Ramadan...Ya Allah, panjangkan umurku, keluargaku dan semua hambamu agar dapat bertemu dengan Ramadan-Mu yang penuh dengan keberkatan..Amin..

Akhirnya...Selamat Hari Raya...beribu kemaafan dipohon andai ada kesalahan yang disedari atau tidak disedari zahir dan batin...

Rabu, 1 September 2010

Shootz! #3 dah siap....

Fuah...setelah hampir setahun komik Shootz!#2 terbit..akhirnya komik solo ketiga aku Shootz! #3 siap...nak bagi sikit spoiler...ada watak baru...watak lama kembali...persoalan yang sekian lama terpendam terjawab...itu je la...nak bagi lebihtak syiok plak...hehehe...

Dan buat kali pertamanya ada trailer untuk Shootz! #3 ni...ala simple2 jek...tak reti sangat yang wat yang grand2...



Dapatkannya di pasaran bila dah keluar nanti....