Pengikut

Rabu, 30 Disember 2009

World Cup 2010....

Setelah 4 tahun..akhirnya world cup kembali..tahun ini ia diadakan di Afrika Selatan...pasukan manalah yang akan mengangkat piala world cup kali...teringin nak tengok Brazil kembali memenangi world cup...bilalah agaknya pasukan kebangsaan Malaysia nak main world cup...jepun dah main...Korea dah main...saya rasa ini adalah impian seluruh peminat bola sepak kebangsaan untuk melihat pasukan Malaysia bermain di world cup...walaupun tersingkir pada pusingan awal..agaknya itu pun cukup memadai...tapi kalau boleh kita hendakkan Piala world cup singgah di malaysia walaupun sekali...doakanlah impian ini tercapai...

Sempena world cup 2010 ini...komik-m membuat satu siri antologi komik tentang bola sepak..saya dah selesai lukis...lepas ini nak hantarlah...





Komik ini tentang bola sepak masa hadapan...macam mna kalau robot main bola..sebenarnya saya dah lama teringin nak lukis robot...akhirnya tercapai gak..walaupun diorang hanya bermain bola..

Sabtu, 19 Disember 2009

Me @ Comic Fiesta...

Siang tadi aku p acara yang aku tunggu2 sangat...COMIC FIESTA...meriah gak..sama cam tahun lepas je...tak de ape yang baru pun...acara paling banyak pun cosplay je...muka cosplayer tahun lepas pun ada...itu je la yang hapening...yang lain sekadar doujinshi bukak booth nak jual karya diorang...

aku rasa tahun ni comic fiesta tak best macam tahun lepas...pada CF tahun lepas la komik aku mula2 dipasarkan...ada booth pekomik sekali...dapat jual pada peminat komik...seronok..tapi tahun ni pekomik tak hapening pun...join booth dengan syarikat animasi inspedia...ada juga tempat untuk aku lukis watak komik aku kt kain rentang diorang...





Ni aku bagi la sikit gambar yang aku amik di CF..









SHOOTZ! 3 in the making UPDATED...

Aku dah siap sketch semua SHOOTZ! 3...jumlah page 100....nampaknya diorang masih belum lawan...sikit je lagi nak lawan...tak cukup m/s la...kalau satu buku 150 m/s boleh la..hihi...x pe...buku 4 nnt aku kaw2 buat diorang lawan...



Isnin, 7 Disember 2009

SHOOTZ! 3 in the making UPDATED

Sejak tulisan aku yang terakhir...ak dah sketch hampir 60 pages...tak banyak aku bleh buat sebab minggu lepas aku sibuk dengan kenduri kawin bro aku....masa sibuk-sibuk itu sempat gak aku sketch 2-3 pages...








Ni sketch untuk komik SHOOTZ! 3 nnti....masa ni diorang sedang buat latihan terakhir sebelum perlawanan mereka menntang pasukan MBL...

ak plan buku 3 diorang dah start lawan...tp ikut perkembangan semasa ini...nampaknya belum boleh lagi lah....mungkin nnti aku buat buku 4 diorang lawan 1st half...pastu buku 5 2nd half....entahlah...berkemungkinan besar buku 5 buku terakhir...tapi tak pasti lagi..sebab lepas diorang lawan ni...aku nak diorang lawan dalam pertandingan liga MSSM...bertemu dengan lawan yang mungkin lebih hebat...lebih banyak konflik...idea tu dah ada..tapi masih belum dapat nak detailkan lagi...

tengok la cmne nnti....




Terima kasih kepada member aku Shahrul Akram kerana kedatangan dia telah menyerikan lagi majlis persandingan bro aku semalam...walaupun semalam hujan sikit-sikit tp dia datang gak...orang-orang PTS ada gak aku jemput... Abang Wanzu (Editor Komik-M), Bang Alif Firdaus(Editor Komik-M), Cik Assyura(Editor Young Aisyah),Cik Ann(editor PTSPro)...tapi batang hidung sorang tak nampak...mungkin sibuk nak pindah ofis agaknya...takpelah...



Inilah dia Shahrul...dia pun lukis komik gak..lukisan dia lebih advance dari aku...Sekarang ini sedang berusaha menskecing komik dia untuk Komik-M...Mintak2 sebelum Pesta Buku 2010 siaplah komik dia...

Rabu, 2 Disember 2009

Komik SHOOTZ! 3 in the making....

Sekarang ini tgh pecah kepala nak cari idea untuk komik ke-3 aku...masa aku tgh taip blog ini aku dah sketch hampir 50 page(baru sketch kasar je)....kena fikir lagi 50 page lagi....nak tahu ke skit crita komik SHOOTZ! 3 ni? Nanti dulu ek...dalam catatan akan datang aku sertakan sekali sedikit sketch yang aku dah buat....
bye-bye....

Ahad, 15 November 2009

2012..beshhh....

jumaat hari tu aku p tgnok filem 2012....best giler....tgnok diorang musnahkan bumi membuatkan aku rasa yang bumi betul-betul nak musnah...sampai aku terbayang masa tngok wayang tu tiba-tiba bumi bergegar...

sebelum aku tngok...aku fikir yang crita ini mengisahkan tentang hari kiamat...hari kiamat betul-betul....camne manusia berusaha untuk menyelamatkan diri daripada kemusnahan bumi....aku ingat pada ending crita ini bumi betul-betul musnah dan manusia terbang ke angkasa lepas untuk mencari planet yang baru untuk mulakan tamadun baru...rupa2nya ia kisah bencana alam yang kira biasa juga...kisah bencana alam yang disebabkan oleh kerakusan manusia....

Filem ini boleh dikatakan hampir 80% menggunakan teknologi CGI...bila tengok CGI tu..nampak betul2 real...boleh dilihat runtuhnya pencakar2 langit di Amerika, Paris,Vegas menyembah bumi...

apa-apapun crita memang besh...aku bagi bintang 4/5....

Komik kedua dah terbit....

Komik kedua aku SHOOTZ! 2 dah siap terbit....kali ni cepat lak...masa aku hantar SHOOTZ! 1 dulu dalam 3 bulan baru terbit...kali ini tak sampai dua bulan dah terbit....syabas komik-m atas kerja keras anda....dapatkan di pasaran sekarang..belilah kedua-dua buku sekali hihihi....

Khamis, 12 November 2009

Young Aisyah 6

Siri baru Young Aisyah akan diterbitkan.Kali ni cerita berkisar tentang cuti sekolah...maklumlah dah akhir tahunkan...exam final dah habis...kecuali budak2 yang amik SPM...Ganbatte untuk sesiapa yang amik SPM..teringat aku dulu masa amik SPM...gabra ooo...macam2 aku fikir masa tu....last-last soalannya boleh aku jawab...berkat latihan berterusan yang aku buat...SPM aku kira cemerlang jugak la....

dah la crita pasal aku...aku nak bagi sikit preview untuk Siri Young Aisyah ke-6 ni...crita pasal cuti sekolah...bagi budak lelaki yang belum 'potong'..bersedialah....inilah masa ramai budak2 laki di'potong'....tapi jangan risau...tak sakit (bagi yang 'potong' pakai doktorlah..tapi malu sebab ada jururawat perempuan...eeeee)..bagi yang 'potong' pakai tok mudim...entahlah camne sebab aku 'potong' dulu pakai doktor...entah dibius ke tak..wallahualam....rasanya tok mudim tak macam tok mudim dulu...mesti ada teknologi yang dia pakai....sakit mesti cam digigit semut je....

Ok la...harap anda semua dapatkan Young Aisyah siri 6 ini dipasaran kelak....

Khamis, 5 November 2009

Young Aisyah terbang ke Indonesia....

Daripada sumber yang dipercayai...khabarnya siri Young Aisyah akan dilesenkan oelh penerbit buku Indonesia...namun selepas membaca blog penulis siri ini...siri Young Aisyah akan dilesenkan oleh syarikat penerbitan, Gramedia...Adakah Gramedia ini syarikat buku besar kat sana ek..? Agaknya ya la kot..kalau tak, takkan diorang nak lesen buku dari luar negara kalau diorang tak da ongkosnya...eheh..terindon plak aku...apa-apa pun aku rasa bangga dan happy gak la sebab komik-komik aku dalam siri Young Aisyah ini akan dibaca oleh pembaca-pembaca di sana....Tahniah gak kpada Kak Idah sebab buku tulisan Kak Idah berjaya masuk ke pasaran Indonesia....

untuk cerita lebih lanjut...korang boleh klik ke blog ini....
aisyahsofia-sah.blogspot.com

Rabu, 28 Oktober 2009

Komik kedua...!

Buku kedua sudah diprufkan....rasanya dalam awal bulan 12 dah keluar agaknya...

Ini cover untuk Shootz!#2



Colourist untuk cover saya rasa oleh Saudara Ajif(tengok style color lebih kurang sama je)..Thanx Saudara Ajif....

Saya letak sikit Preview untuk Shootz! #2....





Jangan lupa dapatkannya..!!!!!

blog aku baru siap...!!!

Salam....aku baru buka blog....aku sebenarnya tak pandai nak tulis-tulis ni..tp aku tulis je la apa yang terbuku di hati ini. aku baru siapkan komik kedua aku....buku komik pertama aku Shootz! #1 dah keluar tahun lepas...dengar crita sambutan amat2 mengglakkan...thanx pada yang membelinya....buku aku diterbitkan oleh PTS publication..bawah department Komik-M singkatan bagi Komik Malaysia...aku rasa komik malaysia banyak potensi untuk dibawa ke luar negara...mungkin peluang belum ada lagi...dalam komik-m sudah lebih 10 komik dah diterbitkan...uih..sambutan bukan main..ada yang diulang cetak beberapa kali untuk memenuhi permintaan peminat....

Aku gak buat komik untuk Siri Young Aisyah..bekerjasama dengan penulis Saridah Hamid....sekarang sudah jilid ke-5...sekarang hendak masuk ke-6...ingatkan lepas siapkan komik Shootz! #2 aku boleh rilek jap...boleh aku tumpu untuk aku punya studi...tapi kena siapkan gak....insyaallah dalam hujung tahun tahun terbitlah..
Bye-bye la setakat ini......CIIIAAWWW!!!!