Pengikut

Isnin, 31 Oktober 2011

REJAKARTUN week 25



Preview REJAKARTUN week 25

Jumaat, 28 Oktober 2011

Conteng-conteng

Salam...

Sebenarnya tiada apa yang special yang mahu dikongsikan. Hanya beberapa contengan je yang mahu dikongsi.



Di atas adalah Fan-art untuk Pekomik Bophairy untuk komik terbaru beliau, Opie dan Jaja. Opie dan Jaja ni sudah beberapa kali keluar dalam beberapa siri antologi Komik-M. Jadi untuk menambah koleksi portfolio beliau, beliau buat satu komik terus Opie dan Jaja ni dengan 50++ muka surat tambahan.

Tercoolest la, Bro....





Ini adalah Batman.

Sekarang sudah keluar game Batman terbaru, Batman: Arkham City, sequel kepada Batman: Arkham Asylum. Belum main lagi tapi sudah tengok walkthroughnya di Youtube.

Memang tercoolest.

Storynya sangat awesome. Enviromentnya pula makin besar. Twistnya sangat awesome. Korang tak kan sangka twisntnya sangat memeranjatkan. Gameplaynya sama seperti Batman: Arkham Asylum cuma ada beberapa penambahan yang awesome. Endingnya juga terbaik.

Dan ada beberapa hint aku dapat tengok untuk games sequelnya.

Terbaiklahhh....

Tak sabar menunggu game Batman ni versi PC.

Sekian.

Jumpa lagi.

Khamis, 20 Oktober 2011

Iklan Gangter mahu luaskan tanah jajahan..... Ampang mari.....!!!!!



Wahai penduduk-penduduk Ampang...

Ini satu amaran....

Tanggal 29hb Oktober ini...

Satu kejadian akan berlaku....

Satu kuasa besar dan menggerunkan akan menyerang tempat anda....

Mereka ni ganas.... gerun..... ghairah(?)... eh.... gorgeous.....

Mereka akan menyerang anda dengan sepuas hati mereka......

Takut....?

Datanglah menyelamatkan diri di Carrefour Ampang(dekat rumah aku je ni).....

WAAHAHAHAHAHAHAHA.....

Rabu, 19 Oktober 2011

REJAKARTUN week 24



Preview REJAKARTUN week 24..

Rabu, 5 Oktober 2011

Pengaruh manga.....

Salam semua....

Saja mahu kongsikan satu perkara yang bagi aku kira menariklah...

Dalam dunia komik, siapa yang tidak kenal gaya Manga. Manga yang asalnya dari negara matahari terbit Jepun, sudah tersebar ke seluruh dunia. Bukan sahaja manganya terjual seluruh dunia, bahkan gaya lukisan manga juga tersebar dan diambil dijadikan asas melukis komik oleh pekomik seluruh dunia.

Lebih menarik, pekomik Islam juga tertarik dengan gaya Manga ini dan ambil gaya ini sebagai gaya lukisan mereka.

Manga dan Anime yang terkenal dengan aksi yang hebat dan juga tidak lari dari lukisan wanita-wanita seksi. Disebabkan ini, di Malaysia Manga sudah menjadi satu bacaan kelas bawahan sahaja. Ibu bapa menganggap Manga ini memberi pengaruh buruk kepada anak-anak.

Tidak dinafikan kebanyakkan Manga macam 'wajib' memaparkan wanita-wanita seksi dalam Manga mereka. Ini merupakan salah satu main attraction kepada pembaca manga.

Saya kata kebanyakkan... bukan semua. Kenapa bukan semua..?

Sebab ada pekomik yang mengambil gaya lukisan Manga ini sebagai asas namun dimasukkan unsur Islamik dalam karya. Maka timbullah istilah Manga-Islamic.

Sudah banyak karya Manga-Islamic. Beberapa contoh boleh dibacakan dalam ARTIKEL ini.

Jadi, para ibu bapa. Jangan menganggap komik ini suatu bacaan yang sia-sia. Kami juga seorang penulis yang mahu memberi pengajaran dan berkongsi apa yang kami rasa kepada pembaca kami. Jangan kerana sikit kesilapan segelintir, terus menghukum semua.

Salam...

Jumpa lagi

Isnin, 3 Oktober 2011

REJAKARTUN week 23



Preview Rejakartun week 23