Pengikut

Ahad, 28 Februari 2010

Aku antara Finalist Anugerah Pekomik 2010!!!

Aku rasa cam x percaya...(aku tumbuk muka aku...ouchh!!)..ini bukan mimpi...aku antara finalis anugerah yg ditunggu para pekomik...Anugerah Pekomik 2010 dalam kategori Penulis Terbaik....aku tak sangka betul...komik aku dipandang oleh pihak Pekomik dan memilih karya aku jadi finalis...finalis2 lain hebat...Sitrahaslee..pekomik Takaza...komik dakwah....Pac..pekomik otai karyanya TwinX...komik sci-fi yg hebat...Puyuh..antara pekomik maha otai....dan John Ho....

Aku tak mahu letakkan harapan yg tinggi untuk menang...betullah kata artis...jg finalis dah cukup bangga....(tipulah aku kata tak mahu menang..aku mesti mahu menang)

Keputusan pemenang akan ditentukan ahli-ahli panel yg arif tentang komik dan diumumkan pada Pekomikon di Pesta Buku Antarabangsa 2010 pada 28 Mac...

MAY THE BEST WIN!!!

http://anugerahpekomik.blogspot.com/2010/02/finalis-pencalonan-anugerah-pekomik.html

Khamis, 25 Februari 2010

Rabu, 24 Februari 2010

AKAN TERBIT!!! Siri Young Aisyah terbaru....

Salam sejahtera...

Kali ni saya nak khabarkan bahawa siri nomik Young Terbaru akan terbit dalam bulan Mac nnti...tapi kalau hendak beli murah...belilah di Pesta Buku Antarabangsa 2010 di PWTC bermula 19-28 Mac 2010....pelbagai aktiviti dijalankan di booth PTS pada pesta buku nnti...sesi bertemu penulis siri Young Aisyah juga ada...bestnya...tak sabar hendak jumpa peminat2 siri Young Aisyah ni....



Kisah Young Aisyah kali ni berkisarkan tentang Aisyah dan geng As-syik menyertai aktiviti perkhemahan di dalam hutan...Apa aktiviti2 yang akan geng As-syik tempuhi sepanjang perkhemahan ini? Dapatkannya di pasaran nnti....

Komik kali ni nampak lebih baik dari siri2 sebelumnya....rasanya lebih kemas...nampak comel(comel ke?)...entah la...apa pandangan korang semua...?tak tahu rupanya...lihat blog saya yg lepas...saya sertakan preview komik....

Apapun saya akan teruskan perbaiki kelemahan yg ada supaya siri akan datang akan jadi lebih baik dari sebelumnya....


Apa? risau sesak di booth PTS cam tahun lepas...jangan risau...pihak PTS sudah fikirkan masalah ini..jadi booth PTS akan berada di Dewan Tun Abdul Razak 2 (seberang sungai)..booth no. C11-C25...besar kan booth nye...harapnya tak sesak lagi cam tahun lepas...maklumlah PTS sudah banyak peminatnya....

Babai..Jumpa lagi di Pesta Buku AntaraBangsa nnti....

Selasa, 16 Februari 2010

SHOOTZ! 3 in the making..UPDATED...

Salam, semua yg melawati blog ni...lama gak tak update blog...rasa malas sangat nak update walaupun selalu bukak blog sendiri..just nak tengok blog yang aku follow ada update tak... tak ada cerita la mau dikongsi...

Sekarang aku just nak apdate sikit komik SHOOTZ! 3 aku....dah lebih 20 page dilukis...tapi ada beberapa page kena redo...sebab bila tengok balik lukisan...cam ada rasa tak kena jek...

ni sedikit update lukisan komik SHOOTZ! 3....





Baik...adios...

Isnin, 1 Februari 2010

Komik-M di Plaza Angsana....


Pada 30/1/2010, aku pegi ke JB. Buat apa? Aku dok KL wat pe nak pi JB? Jauh tu....malas aku nak pegi...tapi disebabkan ada orang tumpangkan..aku pi la....thanx Abg Alif kerana tumpangkan dan hantar balik rumah.....Di sinun...kami, Foner, Abg Wanzu, Jas telah singgah ke sebuah kedai buku di Plaza Angsana..sempena Program bersama artis2 Komik-M...Meriah gak...(kredit untuk Abg Alif kerana petah bercakap masa tu dan tarik perhatian orang ramai kat sana)..ramai gak yg mintak autigraf kitorang...tp kt acara tu ada segmen lukis karikatur...aku mana pandai lukis karikatur...jd lain muka orang tu..aku gak yg malu...tapi aku sempat lukis sorang..

disebabkan aku tak mahu lukis karikatur...aku menyibuk diri melukis karakter dalam komik aku...siap dengan toner yang baru dibeli sehari sebelum...ingat nak eksperimen sikit lukis pakai toner tu...ok gak..lukisan jd mantap sikit la....3 lukisan sempat dilukis...1 bagi kt orang..1 Nazry (Aviasi Fantasi) amik...1 lagi simpan....




Masa aku dah siap lukis karakter komik aku...cincai2 aje...yg tu aku bagi kt Nazry...