Pengikut

Khamis, 13 Januari 2011

Progress Shootz! #4...

Salam semua...

Apa khabar..? Sihat walafiat hendaknya...

Ni mau cerita sikit tentang perkembangan terbaru komik Shootz!..dah nak masuk siri ke-4 ni....Semasa entri ini ditulis...proses thumbnailing baru dalam 35% siap...harap diri terus dapat semangat untuk teruskan proses ni...Shootz! #4 kali agak susah bagi saya kerana banyak aksi perlu dilukis. Kena lukis hati2 agar komik nampak lebih seronok dibaca....

Di sini saya mahu kongsikan sikit video saya. Video ni adalah salat satu proses melukis komik...Penciling..Kali ni saya penciling menggunakan komputer (dah beli pen tablet..tak kan nak pakai pensel dan kertas lagi ye tak)...Ini sebenarnya saya mahu cuba lukis sepenuhnya digital...dapat ke hasil seperti manual dahulu..?



Ingat sekali mahu rakam sekali video masa inking..tapi entah apa problem..tak boleh plak...Ini hasil selepas inking...



Macam mana..? Ok tak...

Salam..bye...

Rabu, 5 Januari 2011

Redesign watak-watak Shootz!

Salam....

Nampaknya sekolah sudah bermula semula...Pada yang baru masuk darjah satu...nikmatilah kehidupan menimba ilmu ini dengan tekun dan rajin. Teringat pulak pada tahun 1992...Tahun itu aku mula2 masuk sekolah. Cam biasa la..budak2 nangis tak mau pegi sekolah...tak nak berpisah dengan mak ayah walaupun sehari beberapa jam je kt sekolah...Nak tau..masa darjah satu aku kira lembab sikit...time tu...cakap pun tak berapa betul lagi...mengeja lagi la...masuk tadika sekejap jeh...tadika kt Selangor..pastu pindah ke Negeri Sembilan....tak nak masuk tadika baru(entah kenapa aku pun tak tau)...sebab tu dalam family aku sorang je tak de gambar 'konvokesyen' tadika berbanding dengan adik-beradik lain....

Mula2 lembab...sekarang...dah habis universiti pun...Oleh itu, kekurangan yang ada pada diri jangan jadikan halangan untuk kita terus berusaha untuk berjaya....

Tak mau la nak jadi pakar motivasi lagi....

Kali ni sekadar mahu kongsi beberapa artwork pada permulaan tahun 2011 ni....



Ini watak Kayroll...ideanya mahu lukis cam stylo sikit....



Liesa...mahu jadikan dia Hip Hop Girl....



Surfian...macam Bruce Lee daaaa...main 'Nunchuck'...



Wyan...the GunSlinger...

Setakat ni je la aku sempat redesign watak-watak Shootz! ni....Nanti mahu redesign semua watak sekali...

Ok la....Salam

p/s : Sekarang ni dah start sketching Shootz! #4...tunggu yeeeee.......

Sabtu, 1 Januari 2011

Imbau Kenangan 2010....

Salam...

2010 telah berlalu pergi...2011 kini menjelma...Tahun demi tahun masa terus berlalu tanpa disedari betapa pantasnya...

Kali aku nak imbas kembali apa yang berlaku pada aku (yang aku ingat la...hihihi) sepanjang 2010 lalu...

Januari...

Sama seperti sekarang ni...kita seronok menyambut tahun baru...tapi aku gementar tentang result aku..pass ke tidak...maklum la projek tu tak berapa menjadi...Buat semberono je...Dan dalam bulan tu...member sekolah aku kahwin...tak sangka diorang dah kapel sejak dari sekolah teknik lagi...rakan sekelas pulak tu...bermakna sekarang ni (2011) hampir setahun diorang kahwin...dan aku mendapat tahu yang diorang bakal menerima 'ahli' baru...Tahniah Haszaidi dan Ayuhikmah......

Beberapa hari selepas itu...result aku keluar...ARRGHHHH..!!!! Geram aku....Aku fail....jadi aku terpaksa repeat balik...Tapi Alhamdulillah setelah diberi tunjuk ajar yang betul dari pensyarah...aku berjaya habiskan projek...

Pada hujung bulan...Aku, Foner dan Jas pergi ke Johor Bahru untuk promosi Komik-M di Angsana JB....memang AWESOME acara tu....Itulah kali pertama aku jumpa team gabungan penulis dan pelukis berbakat Nazry dan Afiq Salam Feeqry...Sesungguhnya aku sangat mengagumi dan cemburukan mereka kerana mereka sangat produktif dan mampu hasilkan story yang BEST dan MANTAP...

Mac....

Bulan ni berlangsung acara pesta buku terbesar di Malaysia..PESTA BUKU ANTARABANGSA 2010...dan juga acara PEKOMIKON 2010...tahun itu adalah PEKOMIKON paling bermakna kerana aku tersenarai dalam finalis ANUGERAH PEKOMIK 2010 dalam kategori PENULIS TERBAIK.....walaupun tak menang tapi syukur kerana karya ku kini dipandang oleh ramai pihak....

Jun...

Bulan ni paling aku tunggu-tunggu...

ROYALTI......

Berdebar-debar nak tahu berapa aku dapat hasil aku melukis sepanjang tahun 2009 walaupun dengan tekanan study yang sangat menikam kalbu...namun ini cita-citaku...ingin melukis komik..jadi aku dapat gak bahagikan masa study dan lukis....dalam hujung bulan...cek royalti akhirnya ada di tangan...WOOOHHH....angkanya memang hebat....tak sangka aku dapat hasil sebegini hebat angkanya....ALHAMDULILLAH

Ogos...

Akhirnya aku GRAD....walaupun banyak dugaan yang berlaku...extend setahun...akhirnya penyeksaan berakhir...ALHAMDULILLAH...result pun boleh tahan..sederhana je..

November...

Akhirnya setelah setahun...SHOOTZ! #3 pun terbit....FFUUAAAHHH....lega..siap gak...tapi agak tension sikit dengan pengedarannya...ramai peminat merungut pada saya buku belum sampai...jenuh nak menjawab...ALHAMDULILLAH...maklum balas yang saya dapat adalah sangat memberansangkan...Terima Kasih pada semua yang membeli...

Disember...

Bulan paling happening tahun ini....22hb dan 24hb aku hadiri PESTA BUKU KANAK-KANAK 2010...sambutan memang hebat....terutamanya pada 24hb..semasa promosi siri YOUNG AISYAH....memang meriah...ada maskot AISYAH...acaca lukis atas belon..teka buku...teka lukisan...tak sangka aku boleh handle acara sebegini...aku rasa aku boleh buat jika ada lagi acara sebegini...

Dan pada 24-26hb...aku, Bophairy, Jas, Froggypapa pergi ke Kedah. Pertama kali sampai Kedah...naik tren..10 jam duduk...memang best sepanjang 2 hari tu...




Tahun 2010 banyak best dan banyak tak best...tapi 2011 akan lebih banyak cabaran yang terpaksa aku hadapi untuk aku lebih berjaya....

SELAMAT TAHUN BARU 2011....


Dan juga nak sertakan beberapa hasil karya aku sepanjang 2010...

YOUNG AISYAH - CUTI SEKOLAH
GENG GENIUS - RAKIT TERPANTAS
YOUNG AISYAH - SUMMER CAMP
AKU, KAU DAN CINTA
AKU, KAU DAN SEKOLAH
AKU, KAU DAN FACEBOOK
YOUNG AISYAH - OPERASI 3K
YOUNG AISYAH - CATATAN AKTIVITI AISYAH
SHOOTZ! #3
GENG GENIUS - MISI KITA


Salam...Bye...