Pengikut

Sabtu, 28 Mei 2011

Perihal selepas Anugerah Pekomik 2011..

Salam...

Satu je gambar aku boleh beri untuk menceritakan perihal tentang Anugerah Pekomik...




Bye...... heeheeeeee

Jumaat, 27 Mei 2011

REJAKARTUN week 17



Preview REJAKARTUN week 17....

Rabu, 25 Mei 2011

Anugerah Pekomik Kembali lagi...



Salam semua peminat-peminat komik tanahair...

Tanggal 28 Mei ni akan berlangsung satu upacara gilang gemilang khusus untuk semua pengkarya komik tempatan iaitu Anugerah Pekomik 2011. Acara ini akan diadakan ni auditorium Perpustakaan Negara. Tahun ini acara itu dijangka akan menjadi Anugerah Pekomik paling gilang gemilang kerana tempat anugerah berlangsung di dalam auditorium. Sama seperti acara anugerah lain seperti Anugerah Bintang Popular. Tidak percaya....?



Nampak best kan..? Oleh itu semua peminat komik yang menganggap diri anda peminat sejati komik tempatan, anda semua harus hadir untuk memberi sokongan kepada para finalis yang telah dicalonkan untuk Anugerah Pekomik 2011. Seperti tahun lepas, karya saya juga tercalon. Begitu juga dengan beberapa judul terbitan Komik-M yang lain seperti Ultra Qalif karya B-Bophairy, Babapboi karya B-Froggypapa, Budak Takraw karya B-Anshari dan lain-lain.

Karya-karya terbitan lain juga tercalon seperti Lawak Kampus(Gempakstarz), Apo?, Tan Heng Huat, Ben dan banyak karya hebat sepanjang 2010.

Jadi, pagi Sabtu ni, mari serbu ke Perpustakaan Negara untuk bertemu mata dengan artis-artis komik kesukaan anda.

Salam.... Bye..... Kuuuuukuukukukuku^____^

P/S - Maaf... Artwork Recycle... jangan marah ek.... ngeheehehehe

Ahad, 15 Mei 2011

REJAKARTUN week 16



Preview REJAKARTUN week 16...

Khamis, 12 Mei 2011

Alhamdulillah... Tercalon lagi..

Salam semua...

Untuk kali keduanya, komik saya tercalon dalam Anugerah Pekomik 2011. Untuk tahun ini ia adalah kategori Lukisan Kulit Muka Terbaik untuk karya SHOOTZ! #3. Alhamdulillah... saya rasa kaver SHOOTZ! #3 tidak akan tercalon jika tidak kerana kerja keras Saudara Zedd mewarna kaver itu. Jika diikutkan, jika menang anugerah ini, beliau lebih layak menerimanya. Tahniah Saudara Zedd. Warnaan saudara memang hebat.

Bulan Mei ini adalah bulan komik. Pelbagai aktiviti berkenaan komik akan diadakan sepanjang Bulan Komik ni. Lihat gambar di bawah untuk lihat aturcara aktiviti Bulan Komik:



Marilah sama-sama kita meriahkan Bulan Komik ni. SEMANGAT!!! SEMANGAT!!! SEMANGAT KOMIK MALAYSIA!!!!

Copy ini link dan paste kan pada address bar di atas untuk melihat pencalonan-pancalonan Anugerah Pekomik yang lain

http://anugerahpekomik.blogspot.com/2011/05/finalis-anugerah-pekomik-2011.html

Ahad, 8 Mei 2011

REJAKARTUN week 15



Preview REJAKARTUN Week 15....

Ahad, 1 Mei 2011

REJAKARTUN week 14



Preview strip REJAKARTUN week 14....