Pengikut

Rabu, 29 Disember 2010

Jalan-jalan di Alor Setar, Kedah Darul Aman....

Salam...

Apa habaq semua..? Sihat noooo...Ni mau habaq sikit satu cerita niiii...

Eh...eh...awat cakap utara pulak ni.

Changing mood...

Ok...

Salam..Apa khabar semua...Sihat..?

Hari tu aku dan rakan2 Pekomik telah merantau merentasi beberapa buah negeri untuk sampai ke utara semenanjung Malaysia. Kitorang pegi Alor Setar, Kedah untuk menghadiri jemputan kedai buku POPULAR untuk mempromosi Komik-M sempena pameran buku yang dianjurkan oleh POPULAR. Dua bulan lalu sudah teruja hendak pegi ke sana setelah En Alif emel pada kami tentang pameran buku itu. Dan lagi menggembirakan...segala pembelanjaan pengangkutan dan penginapan ditanggung oleh PTS dan POPULAR...Jadi...kami hanya datang je..hehehe...

Terima kasih banyak-banyak teramat sangat.


Memang teruja sangat mahu pegi sana. Satu sebab tak penah pegi sampai Kedah sana...Kedua tak penah naik tren pegi jauh2. Jadi..gitu la terujanya.

Masa pegi terpaksa pilih tiket seat..Cadangnya mahu pilih yang katil. Maklumlah..bertolak pukul 9 malam....sampai pukul 7 pagi esoknya..uihhh...10 jam jalan...terduduk 10 jam sampai kematu sikit punggung..Tidur pun tak rasa selesa..kerana tempat seatnya agak sempit sikit bagi saya...hahaha...Nak nikmati permandangan di luar tak boleh...sebab..tak nampak...silau cahaya dalam tren pada tingkap...jadi rasa cam terkurung la...Nasib baik ada TV...tapi TV pun sekadar memapar kan kehebatan KTM dan sejarah KTM...ada jugak la tayang telemovie...cite KEM 505...boleh la...tapi itu je la cite yang ada...apa nak buat...layan je la...



Dah sampai Alor Setar...hmmmm..aku bayangkan stesen Alor Setar macam KL Sentral...ataupun cam stesen LRT...sebab Alor Setar ibu negeri Kedah..bandar...jadi..mestilah stesen grand2 sikit...tapi sampai je...cam stesen lama daaaa....kami pun berjalan mencari kedai makan untuk sarapan...tapi Alor Setar cam tidur je...memang lengang sangat...jadi terpaksa sarapan di KFC...

Sesudah makan kami jalan2...Ada banyak bangunan2 lama di Alor Setar...jadi kami tak lepaskan peluang bergambar...













Selepas selesai 'photoshoot', kami pun ambil keputusan untuk cari hotel tempat kami menginap...di StarCity Hotel...tak pasti adakah ini hotel 5 bintang...? Tapi biliknya kira ok la..TV ada astro (walaupun tak semua ada)...air cond senang nak control...kunci pakai kad...memang best la...tapi apasal pihak POPULAR pi tempah hotel jauh sangat dari tempat pameran buku tu...Yang kelakarnya...ada hotel sebelah je dari Mall pameran buku tu...tempah je la situ...tak yah kami nak pusing2 jalan nak cari...kitorang bukannya tahu sangat jalan kt Alor Setaq tu...Nasib baik Froggypapa ikut. Beliau telah membeli Iphone baru...jadi beliau boleh tgk GPS nak tahu kedudukan hotel tu...Thanks Froggy..





Dan malam tu kami sempat buat sedikit video sketsa...memang kelakar sangat..nantikan bila dah siap sikit masa lagi(froggy....Cepat upload!!!!!!)...

video

Esoknya kami bersiap2 nak balik...semasa keluar kami buat lagi sesi photoshoot..ada beberapa tempat yang menarik untuk photoshoot...





Dan ada beberapa gambar yang aku telah edit supaya nampak lagi menarik...









Dan pada pukul 2....bermula acara yang ditunggu-tunggu...kami terkejut kerana pihak POPULAR langusng tidak plan apa-apa untuk jayakan acara ni...jadi kami menggunakan daya kreativiti kami untuk jadikan acara ini lebih meriah..Alhamdulillah...sambutan yang diberikan rakyat Alor Setar amat memberansangkan...masa yang diberi hanyalah 45 minit je..tapi disebabkan sambutan yang AWESOME...acara kami berlangsung 1 jam setengah...HEBATKAN KAMI..!...saya pun tak sangka saya boleh mengacarakan sikit2 bersama dengan Bophairy,Jas dan Froggypapa...memang best acara tu...

Ini aku upload beberapa gambar untuk memperlihatkan betapa AWESOMEnya acara itu...

















Lepas habis acara..kami tak tahu nak buat apa dah sebab tren 'pukul 9'...fikir punya fikir...kami pun layanlah movie Janin...sebab itu la antara crite yang ada selain Tron, Ngangkung, dan Aku Masih Dara...critanya tidak mengecewakan tetapi endingnya cam tak best sikit...aku bagi 3/5 bintang.

Terima kasih yang teramat sangat tidak terhingga kepada Saudara Suffian Shahari kepada memberikan sedikit 'sponsor' kepada kami sepanjang kami berada di Alor Setar ni..InsyaAllah jika ada lagi acara sebegini...cuba2 la cari masa yek ikut kitorang....heheheh....



Setelah selesai layan movie...kami masih terfikir apa nak dibuat...nak makan perut aku memang tak boleh tampung...asyik2 tahan nak keluar je...hihih...jadi kami pun jalanlah ke tren...tunggu je 2 jam kt sana...

Tetapi sampai disana...sesuatu yang memeranjatkan kami berlaku....Tren yang kami ingat sampai pukul 9 malam rupanya adalah tren pukul 7.40 malam...tercungap2 kami menahan kejutan...apa jadi kalau kami pergi makan selepas layan movie atau pergi jalan2 Pekan Rabu selepas layan movie...atau kami layan movie Tron...konfom tren terlepas....

Masa balik kami pilih tiket katil...huuaaahhh...selesanya...terasa cam dibuai semasa tidur...cam ni baru seronok pi jalan2 jauh2....HAHAHAHA...!!!!



Dalam 5.30 pagi...sampai la kami balik KL....



Bye...Salam...

Rabu, 15 Disember 2010

I'll be at Comic Fiesta 2010...



Salam..

Bila sudah sampai hujung tahun..ada satu acara yang sangat dinantikan oleh peminat0peminat komik manga Malaysia..Comic Fiesta...CF 2010 adalah kali ketiga aku hadiri sejak tahun 2008. Pada tahun itu adalah CF 2008 paling bermakna bukan sebab kali pertama aku pegi Sunway Pyramid..tapi sebab masa tu kali pertama buku komik ku Shootz! #1 dijual. Di kedai belum ada lagi (rasanyalah) tapi dijual kat CF...Alhamdulillah jualan masa tu amat memberansangkan. Terima kasih pada yang membelinya pada masa tu. Pada kali itu gak kali pertama sign autograph...Fuiyoo..sign autograph...memang best.

Setahun selepas itu CF 2009 aku pegi gak...tapi bagi aku cam kurang UUUMMPHHH...sebab komik-m tak dijual...Booth Komik-M pun takde..tak macam pada CF2008...time CF2008 tu Pekomik ada bukak Booth..jadi pihak Komik-M ambil kesempatan jual komik-komik Komik-M kt situ. Malangnya pada CF2009 pekomik bukak booth dalam booth syarikat animasi Inspedia..tapi kira seronok gak la..dapat gak merasa main game dalam tu...

Ok la salam...
See you at CF 2010...aku akan berada di sana hari sabtu....18/12/2010 di Berjaya Times Square...

Ahad, 5 Disember 2010

Filemik pertama seumpamanya...

Salam semua...

Hari dalam sejarah dunia perfileman Malaysia, terhasil sebuah filem yang sememangnya sungguh unik. Belum pernah terfikir oleh mana-mana pengarah filem terkenal Malaysia. Filem terunik yang dimaksudkan adalah Filemik. Apa kejadah 'Filemik'. Filemik adalah gabungan dua unsur seni iaitu seni filem dan seni komik. Maka jadilah Filemik. Har..har..har...best tak?


video


Dan satu lagi sejarah tercipta dalam hidup aku, aku berlakon. Bukan setakat berlakon drama je...semua aksi stunt dilakukan oleh aku sendiri. Hebat tak?

Fuah...setelah serlibat dalam penggambaran ini, baru aku faham kenapa pelakon meminta bayaran yang agak tinggi. Penat wooooo...asyik2 kena re-take je...bayangkan la...filem ni hanyalah 7-8 minit (ceh....7-8 minit je..poyo je la mamat ni)...WEI..SAPE NYIBUK TU!!!!...kacau je aku nak tulis...mana tadi...ahh ye...filem 7-8 minit je..penggambaran mengambil masa 2 hari...hari pertama memang banyak silap besar...silapnya sku silap pilih seluar. Seluar jean aku agak ketat sikit kt bahagian kelangkang...jadi nak buat stunt tu susah sikit. Lagi..silap amik syot...hahhahaah..kelakar betul...punyalah syok sendiri amik syot...tertangkap beg2 kitorang enterprem sekali...rosak filem.

Jadi pengarah ambil keputusan besok je la sambung. Jadi besoknya penggambaran dilakukan di lokasi yang amat AWESOME sekali...ada tasik...bukit2 sikit..memang cantik la...jadi kitorang makin semangat nak mula penggambaran. Setelah meneliti kesilapan sebelum ini, penggambaran berjalan begitu lancar sekali...Alhamdulillah...perancangan ambil masa dalam sebulan..dihabiskan dalam masa 2-3 jam je penggambaran..Memang best pengalaman ini...takkan aku lupakan...

Ok la..Salam...

Jumaat, 26 November 2010

Siri terbaru dan akan datang..

Salam semua...

Akhirnya siri komik solo aku Shootz! #3 siap dicetak minggu ni...InsyaAllah dalam 2 minggu sampai la kedai...Juga ingin dikongsi judul yang bakal terbit bulan Disember 2010 dan bulan Januari 2011...

baru siap cetak...



bakal terbit Disember 2010...



bakal terbit Januari 2011...

Jumaat, 29 Oktober 2010

TERGEMPAR..!!! TERGEMPAR..!!!

Salam semua...

Akhirnya setelah hampir dua minggu hantar ilustrasi cover untuk komik solo ketiga aku..SHOOTZ! #3...terwarna juga akhirnya...




Sememang inilah cover terbaik dalam siri SHOOTZ! setakat ini...terima kasih yang teramat sangat buat saudara Zedd kerana sudi mewarna ilustrasi saya yang tidak seberapa ini. Melihat warnaan saudara pada ilustrasi ini...tiada perkataan yang keluar dari mulut..hanyalah mulut ternganga dan mata terbeliak gembira melihat ilustrasi cover yang sangat AWESOME...

Harapnya akan datang saudara sudi lagi mewarna cover SHOOTZ! akan datang...InsyaAllah dalam 2 minggu...buku akan siap keluar kilang...

Rabu, 20 Oktober 2010

Poster Shootz! #3...

Salam semua,

Sudah agak lama tidak update blog ini. Sebenarnya tidak ada apa pun yang hendak dituliskan, bak kata seniman agung negara, Allahyarham P.Ramlee...HANTAM SAJALAH...maklumlah..bulan ni astro ada kempen nak mengenang P.Ramlee...filem2 beliau memang tak lapuk dek zaman...dari zaman dulu sampai sekarang masih syok menonton... harap dah lepas tahun 2020.. rakyat Malaysia masih kenal siapa P.Ramlee...

Entry kali nak spoiler sikit lukisan poster untuk komik Shootz! #3 akan datang(wahhh...berposter plak..poyo je aku..hihihih...)..entry lalu ada trailer..kali ada poster plak....



Watak ini akan beri cabaran pada pasukan Sri Pangsun dalam perlawanan mereka nanti....dapatkan Shootz! #3 bila dah keluar nanti...

bye...salam..

Sabtu, 18 September 2010

Komik Lawak Geng As-Syik...

Salam...

Hari ini sudah raya kelapan kita sambut...camne keadaan perut kawan-kawan semua...? Masih leh bertahan lagi ke nak menyambut makanan yang telah dihancurkan oleh gigi geraham korang tu..? Adakah perut anda semakin membesar seperti perut ibu anda mengandung anda dulu...? Hahaha...gini la tiap-tiap sambut raya...makan..makan..makan... walaupun dah makan kenyang-kenyang kt rumah pertama, kedua, ketiga tadi....tuan rumah masih menjemput untuk melantak lauk-pauk atas meja diorang tu...hahaha..itu zaman saya bebudak dulu...tak kira rumah kita kenal tak kenal..main serbu je..janji dapat 'kacing-kacing' lumayan...

Entri kali cuma nak bagi preview sikit komik buku aktiviti Young Aisyah akan datang ni... Sesaja buat kartun lawak ni...entah la lawak ke tak...hahaha...aku gelak seorang diri...HAHAHAHAHA...!!!!



InsyaAllah kesemua artwork ini akan siap hujung bulan ni..lepas tu terus buat komik untuk Siri Young Aisyah #8 pula...

Salam....

Jumaat, 3 September 2010

Selamat Hari Raya...



Bulan Ramadan sudah tinggal beberapa 'meter' nak sampai ke garisan penamat...Diharap Ramadan tahun ini dapat memberikan seribu kenikmatan sama ada duniawi dan akhirat nanti...Semoga tahun depan dapat bertemu jodoh lagi dengan Ramadan...Ya Allah, panjangkan umurku, keluargaku dan semua hambamu agar dapat bertemu dengan Ramadan-Mu yang penuh dengan keberkatan..Amin..

Akhirnya...Selamat Hari Raya...beribu kemaafan dipohon andai ada kesalahan yang disedari atau tidak disedari zahir dan batin...

Rabu, 1 September 2010

Shootz! #3 dah siap....

Fuah...setelah hampir setahun komik Shootz!#2 terbit..akhirnya komik solo ketiga aku Shootz! #3 siap...nak bagi sikit spoiler...ada watak baru...watak lama kembali...persoalan yang sekian lama terpendam terjawab...itu je la...nak bagi lebihtak syiok plak...hehehe...

Dan buat kali pertamanya ada trailer untuk Shootz! #3 ni...ala simple2 jek...tak reti sangat yang wat yang grand2...

video

Dapatkannya di pasaran bila dah keluar nanti....

Rabu, 18 Ogos 2010

Screentoning....!!!!

Fuhhhh...habis gak peringkat melukis komik solo aku ke-3...Shootz! #3...Mulai hari ni kerja screentoning dan dialog akan dimulakan...jika ikut perancangan...insya-Allah..minggu depan siap la....

video

Isnin, 9 Ogos 2010

Video tutorial inking.....

video

Salam...

Di atas adalah video cara meng'inking' salah satu page Shootz! #3...Ini mungkin dapat jelaskan lagi tentang penggunaan pelbagai mata pen dalam melukis komik...Enjoy...

Harapnya dapat membantu...

Khamis, 5 Ogos 2010

Dedicated to Palestine


Salam...

Artwork terbaru ni adalah ilustrasi untuk cover buku siri Geng Genius yang terbaru akan datang...Editornya beritahu yang buku ni didedikasi untuk rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman tentera Zionis di Gaza setelah sekian lama...May Allah bless them all and help us against these most heinous race in the world...

Jumaat, 30 Julai 2010

Artwork terbaru....



Salam....

Tak de ape nak ditulis...so aku letak je la artwork untuk peminat2 Young Aisyah...amacam colouring ni...biasa je kan...nothing baboom pun...masih belajar nak colour ni...harap dapat capai tahap colourist2 pro....

Rabu, 28 Julai 2010

Komik baru bulan ini...

Salam semua...

Sekarang sudah sampai akhir bulan tujuh..lagi 3 hari nak masuk bulan 8..pastu lagi beberapa minggu nak puasa...sebulan lepas tu nak raya...rasa sekejap jek...baru itu hari sambut tahun baru...entahla kenapa akhir-akhir rasa sekejap sangat...adakah pada masa kini kita terlalu sibuk dengan kerja seharian sampai tak sedar..eh dah petang...ataupun kita leka melayan angan-angan sampai tak sedar...eh, dah petang....

Apapun bulan ini memang bulan agaknya sibuk la bagi saya...sampai ada tiga projek kena disiapkan...setiap satu ada cabarannya tersendiri...satu nak komik berwarna...satu lagi kena reskecing balik...dan satu susah nak cari idea...projek yang saya maksudkan adalah

1) Shootz! #3 (sampai sekarang tak siap-siap lagi...ada dalam 10% lagi)
2) Antologi Aku,Kau dan Sekolah (dah siap)
3) Komik buku aktiviti Aisyah (Full color...baru siap dalam 20%)...

Fuh...penat juga jadi artis komik...mata pun layu asyik ngadap PC...memandang skill saya dah upgrade sikit...leh inking guna PC je...hehe...harap ini dapat mudah sikit kerja selain dapat berjimat....

Ini artwork untuk Antologi Aku,Kau dan Sekolah...





ini artwork Buku aktiviti Young Aisyah...





Bye..ketemu lagi lain kali..salam...

Khamis, 1 Julai 2010

Cara saya melukis komik...

Salam....

Entri kali cuma ingin berkongsi cara saya melukis komik...ramai gak yang bertanyakan pada saya "Bang...camne nak lukis komik?'..."Bang, saya tahu lukis tapi tak tahu nak lukis komik?"...jadi sekarang saya beritahu cara saya hasilkan satu page komik...

Mula-mula sekali...hendak buat sesuatu mesti ada alatannya....alatan yang saya gunakan...



Setelah semua alatan ada..boleh la melukis...

Sediakan kertas A4..saya guna A4 Double A...lukis border pada kertas...



saya ukur 1.5 cm pada setiap sisi....

lepas tu boleh lukis garis panel seperti yang telah ditetapkan masa proses thumbnail...




masa proses thumbnailing ni...saya habiskan semua sekali...jika satu komik 100page...saya akan buat 100 thumbnailing....ni supaya masa lukis takde la nak amik masa nak fikir nak lukis apa...kalau tak buat thumbnailing...takut nnti tiba-tiba page terlebih...dan juga nnti tiba-tiba stuck plak...kan dah buang masa....




sekarang mulalah proses melukis...untuk melukis kepala manusia..saya mula-mula lukis bulatan dan garis cross pada bulatan..ini untuk tentukan posisi mata dan hidung...



setelah berpuas hati dengan bentuk dan saiz...boleh melakar bentuk kepala seluruhnya...sekali dengan stail rambut rekaan korang sendiri



untuk melukis tangan yang sedang memegang sesuatu...korang tengoklah sendiri tangan korang...camne bentuk dan kedudukan jari korang masa memegang benda...korang tiru la tangan korang tu....



tak dapat tiru 100% pun takpe...dapat 70% pun okey la...janji tak cacat...

Berpuas hati dengan shape kepala tadi..boleh melukis mata, hidung dan mulut...lukis mata biar di garis mendatar cross...dan hidung pada line tegak...jika posisi hidung macam tak kena...boleh adjust...tak semestinya pada line menegak tu....



untuk melukis pada panel yang ada dua tiga watak...saya tetapkan dulu kedudukan watak dengan melukis bulatan...



Sekali dengan postur badan...

sama juga dengan panel yang melibatkan banyak watak...



dan lakar postur badan watak..selari dengan dialog yang akan korang letak nanti....



Siap penciling....

sekarang masa untuk inking pula...

mula saya inking lukisan yang kedudukan paling depan sekali...



yang ini saya guna pen Unipin mata 0.8...

lukis bahagian detail...menggunakan mata lebih kecil...dalam gambar saya guna 0.3...



Sekarang nak inking watak...saya guna pen mata 0.8 dulu untuk dapatkan outline karakter....garis perlahan2...take time...



Setelah itu..boleh la inking detail pada karakter seperti hidung, mulut..yang ni saya guna pen 0.3...



untuk shading..saya gunakan pan mata 0.1...garis perlahan2...jangan rushing...nntinya hasilnya tak cantik....



untuk inking kotak panel...saya gunakan pen Artline 0.6....



bagi bubble dialog...saya inking menggunakan pen mata 0.5...tidak la terlalu tebal...



pastikan yang bubble tidak terlalu besar sehingga menutupi banyak ruang...

sekarang nak inking watak yang jauh sedikit..sebelum ni inking watak dekat...

untuk watak ni...garis outline saya guna pen 0.5...



sesudah itu...inking bahagian yang detail seperti mata, hidung, mulut...dan lain-lain...gunakan 0.2 atau 0.3....



dan teruskan cara yang sama pada watak-watak lain...

tandakan X pada kawasan yang hendak dihitamkan...



Padam pensel itu dan mulakan hitamkan kawasan yang ditanda X tu...



Siap inking...



Rasanya teknik saya semua pelukis komik pro dah pakai...cuma pada yang masih baru tu...harapnya ini dapat membantu ya...?

Terima Kasih...selamat melukis....