Pengikut

Ahad, 5 Disember 2010

Filemik pertama seumpamanya...

Salam semua...

Hari dalam sejarah dunia perfileman Malaysia, terhasil sebuah filem yang sememangnya sungguh unik. Belum pernah terfikir oleh mana-mana pengarah filem terkenal Malaysia. Filem terunik yang dimaksudkan adalah Filemik. Apa kejadah 'Filemik'. Filemik adalah gabungan dua unsur seni iaitu seni filem dan seni komik. Maka jadilah Filemik. Har..har..har...best tak?





Dan satu lagi sejarah tercipta dalam hidup aku, aku berlakon. Bukan setakat berlakon drama je...semua aksi stunt dilakukan oleh aku sendiri. Hebat tak?

Fuah...setelah serlibat dalam penggambaran ini, baru aku faham kenapa pelakon meminta bayaran yang agak tinggi. Penat wooooo...asyik2 kena re-take je...bayangkan la...filem ni hanyalah 7-8 minit (ceh....7-8 minit je..poyo je la mamat ni)...WEI..SAPE NYIBUK TU!!!!...kacau je aku nak tulis...mana tadi...ahh ye...filem 7-8 minit je..penggambaran mengambil masa 2 hari...hari pertama memang banyak silap besar...silapnya sku silap pilih seluar. Seluar jean aku agak ketat sikit kt bahagian kelangkang...jadi nak buat stunt tu susah sikit. Lagi..silap amik syot...hahhahaah..kelakar betul...punyalah syok sendiri amik syot...tertangkap beg2 kitorang enterprem sekali...rosak filem.

Jadi pengarah ambil keputusan besok je la sambung. Jadi besoknya penggambaran dilakukan di lokasi yang amat AWESOME sekali...ada tasik...bukit2 sikit..memang cantik la...jadi kitorang makin semangat nak mula penggambaran. Setelah meneliti kesilapan sebelum ini, penggambaran berjalan begitu lancar sekali...Alhamdulillah...perancangan ambil masa dalam sebulan..dihabiskan dalam masa 2-3 jam je penggambaran..Memang best pengalaman ini...takkan aku lupakan...

Ok la..Salam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan