Pengikut

Khamis, 1 Julai 2010

Cara saya melukis komik...

Salam....

Entri kali cuma ingin berkongsi cara saya melukis komik...ramai gak yang bertanyakan pada saya "Bang...camne nak lukis komik?'..."Bang, saya tahu lukis tapi tak tahu nak lukis komik?"...jadi sekarang saya beritahu cara saya hasilkan satu page komik...

Mula-mula sekali...hendak buat sesuatu mesti ada alatannya....alatan yang saya gunakan...



Setelah semua alatan ada..boleh la melukis...

Sediakan kertas A4..saya guna A4 Double A...lukis border pada kertas...



saya ukur 1.5 cm pada setiap sisi....

lepas tu boleh lukis garis panel seperti yang telah ditetapkan masa proses thumbnail...




masa proses thumbnailing ni...saya habiskan semua sekali...jika satu komik 100page...saya akan buat 100 thumbnailing....ni supaya masa lukis takde la nak amik masa nak fikir nak lukis apa...kalau tak buat thumbnailing...takut nnti tiba-tiba page terlebih...dan juga nnti tiba-tiba stuck plak...kan dah buang masa....




sekarang mulalah proses melukis...untuk melukis kepala manusia..saya mula-mula lukis bulatan dan garis cross pada bulatan..ini untuk tentukan posisi mata dan hidung...



setelah berpuas hati dengan bentuk dan saiz...boleh melakar bentuk kepala seluruhnya...sekali dengan stail rambut rekaan korang sendiri



untuk melukis tangan yang sedang memegang sesuatu...korang tengoklah sendiri tangan korang...camne bentuk dan kedudukan jari korang masa memegang benda...korang tiru la tangan korang tu....



tak dapat tiru 100% pun takpe...dapat 70% pun okey la...janji tak cacat...

Berpuas hati dengan shape kepala tadi..boleh melukis mata, hidung dan mulut...lukis mata biar di garis mendatar cross...dan hidung pada line tegak...jika posisi hidung macam tak kena...boleh adjust...tak semestinya pada line menegak tu....



untuk melukis pada panel yang ada dua tiga watak...saya tetapkan dulu kedudukan watak dengan melukis bulatan...



Sekali dengan postur badan...

sama juga dengan panel yang melibatkan banyak watak...



dan lakar postur badan watak..selari dengan dialog yang akan korang letak nanti....



Siap penciling....

sekarang masa untuk inking pula...

mula saya inking lukisan yang kedudukan paling depan sekali...



yang ini saya guna pen Unipin mata 0.8...

lukis bahagian detail...menggunakan mata lebih kecil...dalam gambar saya guna 0.3...



Sekarang nak inking watak...saya guna pen mata 0.8 dulu untuk dapatkan outline karakter....garis perlahan2...take time...



Setelah itu..boleh la inking detail pada karakter seperti hidung, mulut..yang ni saya guna pen 0.3...



untuk shading..saya gunakan pan mata 0.1...garis perlahan2...jangan rushing...nntinya hasilnya tak cantik....



untuk inking kotak panel...saya gunakan pen Artline 0.6....



bagi bubble dialog...saya inking menggunakan pen mata 0.5...tidak la terlalu tebal...



pastikan yang bubble tidak terlalu besar sehingga menutupi banyak ruang...

sekarang nak inking watak yang jauh sedikit..sebelum ni inking watak dekat...

untuk watak ni...garis outline saya guna pen 0.5...



sesudah itu...inking bahagian yang detail seperti mata, hidung, mulut...dan lain-lain...gunakan 0.2 atau 0.3....



dan teruskan cara yang sama pada watak-watak lain...

tandakan X pada kawasan yang hendak dihitamkan...



Padam pensel itu dan mulakan hitamkan kawasan yang ditanda X tu...



Siap inking...



Rasanya teknik saya semua pelukis komik pro dah pakai...cuma pada yang masih baru tu...harapnya ini dapat membantu ya...?

Terima Kasih...selamat melukis....

23 ulasan:

  1. wah... teruja dibuatnya selepas menbaca entri ini... semua info menarik ini sangat membantu... terima kasih En.Reja (^____^)

    BalasPadam
  2. hahahaha! awesome!!! its seems like i wanna read it again and again.... anyway, thanks alot reja... may ALLAH blessing you..

    BalasPadam
  3. You're welcome...

    Hope this entry can be a good guideline to anyone who want to start drawing comics....

    BalasPadam
  4. caantik sangat

    BalasPadam
  5. wah!!!!! smat tul......thankz mr reja...

    BalasPadam
  6. smat la mr reja!!!!!! cantik bangat lorh......time kasih sbb bg panduan....

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum,En.Reja.

    Camane nak isi dialog apabila nak hantar kat editor????

    BalasPadam
  8. Waalaikumsalam Aiman...ada dua cara...manual atau digital...manual...ambil kertas kosong...lapikkan atas artwork(komik)..kemudian tulis dialog pada tempat yang dikehendaki...
    Digital- scan artwork...bukak Photoshop dan tulis lah dialog...

    BalasPadam
  9. ooo.. kalau nak hantarkan komik jikalau kita dah siap buat komik tersebut?

    BalasPadam
  10. Salam mr. Reja,

    Sy cuma nk tau kt mane sy bleh dpatkan screen tone utk comic. Da lama cr xjumpe2 lg2 sbelah utara? Help me..

    BalasPadam
  11. Salam kembali Ariza...
    Sebenarnya dah lama mencari screentone... tapi tak jumpa... jadi saya buat sendiri screentone menggunakan photoshop... step2 nya boleh tengok di video dalam Facebook saya... search Reja Mus...

    BalasPadam
  12. macam mane kita nak hantar komik
    kalau dah siap?
    syarat-syarat lain ada tak?

    BalasPadam
  13. kalau dah siap... hantar saja... tak de syarat2.. nanti bila dah hantar... tahulah apa syarat2 tu nanti....

    BalasPadam
  14. Selain hitamkan dengan marker, boleh hitamkan secara Digital?

    BalasPadam
  15. Um...PTS terima penhantaran karya komik ke? Jika ya, boleh sertakan sekali detail-detail seperti alamat atau sebagainya?

    BalasPadam
  16. Malumat untuk menghubungi PTS boleh didapati di laman sesawang www.pts.com.my

    BalasPadam
  17. Wah,sangat2 membantu,,,aku saya cuba,thanks ye..:)

    BalasPadam
  18. Ia sangat membantu saya untuk melukis komik.Thanks...

    BalasPadam
  19. Bolehla ...bolehla

    BalasPadam
  20. thank gile... sayang En.Reja..text ni byak mbtu.. tp klu 100% lukisan tangan tnpa mggnakan tknologi cm na lak? nk lkis corak2 bga @ bntuk2 mnrik utk ltar blkang .. bleh tjuk cra2nya.. dn klau draw perlu ke gnakan kdua2 page?

    BalasPadam
  21. Sama-sama... Seronok bila ada yang dapat manfaat dari entri ini.

    Nak lukis tangan tanpa teknologi.. guna sahaja cermin.

    Soalan lain tak faham. Ejaan tak lengkap susah nak baca.. heheeee

    Masa lukis komik tak usah guna kedua-dua belah muka surat.. Sebelah mukasurat sahaja

    BalasPadam