Pengikut

Rabu, 5 Oktober 2011

Pengaruh manga.....

Salam semua....

Saja mahu kongsikan satu perkara yang bagi aku kira menariklah...

Dalam dunia komik, siapa yang tidak kenal gaya Manga. Manga yang asalnya dari negara matahari terbit Jepun, sudah tersebar ke seluruh dunia. Bukan sahaja manganya terjual seluruh dunia, bahkan gaya lukisan manga juga tersebar dan diambil dijadikan asas melukis komik oleh pekomik seluruh dunia.

Lebih menarik, pekomik Islam juga tertarik dengan gaya Manga ini dan ambil gaya ini sebagai gaya lukisan mereka.

Manga dan Anime yang terkenal dengan aksi yang hebat dan juga tidak lari dari lukisan wanita-wanita seksi. Disebabkan ini, di Malaysia Manga sudah menjadi satu bacaan kelas bawahan sahaja. Ibu bapa menganggap Manga ini memberi pengaruh buruk kepada anak-anak.

Tidak dinafikan kebanyakkan Manga macam 'wajib' memaparkan wanita-wanita seksi dalam Manga mereka. Ini merupakan salah satu main attraction kepada pembaca manga.

Saya kata kebanyakkan... bukan semua. Kenapa bukan semua..?

Sebab ada pekomik yang mengambil gaya lukisan Manga ini sebagai asas namun dimasukkan unsur Islamik dalam karya. Maka timbullah istilah Manga-Islamic.

Sudah banyak karya Manga-Islamic. Beberapa contoh boleh dibacakan dalam ARTIKEL ini.

Jadi, para ibu bapa. Jangan menganggap komik ini suatu bacaan yang sia-sia. Kami juga seorang penulis yang mahu memberi pengajaran dan berkongsi apa yang kami rasa kepada pembaca kami. Jangan kerana sikit kesilapan segelintir, terus menghukum semua.

Salam...

Jumpa lagi

3 ulasan:

  1. nice one. tapi pendek sangatla entri ko ni reja. bantaila kaw-kaw lagi.

    BalasPadam
  2. hahaha... bab2 penulisan ni aku memang hampeh... heeee

    BalasPadam