Pengikut

Khamis, 12 Mei 2011

Alhamdulillah... Tercalon lagi..

Salam semua...

Untuk kali keduanya, komik saya tercalon dalam Anugerah Pekomik 2011. Untuk tahun ini ia adalah kategori Lukisan Kulit Muka Terbaik untuk karya SHOOTZ! #3. Alhamdulillah... saya rasa kaver SHOOTZ! #3 tidak akan tercalon jika tidak kerana kerja keras Saudara Zedd mewarna kaver itu. Jika diikutkan, jika menang anugerah ini, beliau lebih layak menerimanya. Tahniah Saudara Zedd. Warnaan saudara memang hebat.

Bulan Mei ini adalah bulan komik. Pelbagai aktiviti berkenaan komik akan diadakan sepanjang Bulan Komik ni. Lihat gambar di bawah untuk lihat aturcara aktiviti Bulan Komik:



Marilah sama-sama kita meriahkan Bulan Komik ni. SEMANGAT!!! SEMANGAT!!! SEMANGAT KOMIK MALAYSIA!!!!

Copy ini link dan paste kan pada address bar di atas untuk melihat pencalonan-pancalonan Anugerah Pekomik yang lain

http://anugerahpekomik.blogspot.com/2011/05/finalis-anugerah-pekomik-2011.html

2 ulasan:

  1. SaLaM aBG ReJa...

    WaH!~ TaHNiaH Ye... MGa MeNaNG aWarD Tu.... (^_____^)V

    BalasPadam
  2. Terima kasih... Insya-Allah.. Amin

    BalasPadam