Pengikut

Isnin, 10 September 2012

Gajet terbaru.

Salam semua.

Ini aku nak review satu gajet terbaru aku beli. Aku belinya minggu lepas.

Sebenarnya aku tak pandai review gajet-gajet ni memandang aku tak berapa mahir pun pasal android, apps banyak-banyak ni.. tapi aku hanya beri pandangan peribadi aku sahaja ya.

Samsung Galaxy Note 10.1.


Sebelum Note 10.1 keluar, ada Galaxy Note. Ada plan nak sambar Galaxy Note. Tapi keadaan tak mengizinkan. Tapi selepas surf-sirf internet, tertengok satu video tentang Galaxy Note 10.1 ni. Aku tertarik sebab ia macam Galaxy Note tapi saiz besar punya macam Tab 10.1. 

Siap ada S-pen. Bolehlah aku melukis atas tablet ni. 

Kemudian aku baca pula spec. Ada photoshop sekali. Waahhh.. makin menggila la aku nak sambar tablet ini jugak. Sejak dari saat itu aku nekad, aku nak beli Note 10.1 bila dah sampai kat Malaysia. 

Galaxy Note 10.1 sudah pun dijual di luar negara pertengahan bulan Ogos. Masuk pasaran Malaysia awal bulan September. Selama dua minggu aku menunggu berita bila la Note 10.1 masuk Malaysia. Lalu ada berita mengatakan ia akan dilancarkan di Malaysia pada 5 September. Punyalah tak sabar, aku pergi ke Low Yatt hari Isnin 3 September.

Dan.....

Note 10.1 sudah pun dijual. 

Apa lagi... aku sambarlah. hehehee...
 
Aku beli dengan harga RM2,170.



Pandangan aku tentang tablet ini...

Memang AUSEMMM!!!

Aku boleh melukis dalam Note 10.1 ni.


Ini contoh thumbnail yang aku lukis menggunakan Photoshop Touch.

Photoshop Touch hampir nak sama dengan Photoshop kat PC. Boleh edit... saturate... cut.. fill.. lasso tool... zoom in.. zoom out...

Perghhhhhh...!!

Ausem la...

Mungkin belum boleh sampai melukis komik sepenuhnya kat Note 10.1. Pressure S-Pen belum aku kuasai lagi. 
 
Tapi belum berlatih.. belum tahu kan... Hehehehe...

Antara yang best pasal Note 10.1 ini, ia boleh menjalankan dua Apps dalam satu screen. Contoh korang boleh tengok video sambil surf internet dengan mode Multiscreen


Di atas ni contoh aku tengok video sambil belek-belek galeri gambar tanpa mengganggu kelancaran video.

Jadi mata korang boleh lihat dua benda pada satu masa la. Sebelah mata tengok video, sebelah lagi surf internet. hahahahaa.

Pasal kamera pada aku ok la gambarnya. Kamera belakang dengan 5 megapixel dan kamera depan 1.9 megapixel.

Kemudian korang boleh edit terus video dengan apps VideoMaker dalam Note 10.1 ni.

Pasal lain-lain seperti prosessor 1.4 Ghz... RAM 2GB... mantap jugalah. 

Apps pun mungkin lebih kurang sama macam Galaxy Tab dan tablet lain.
 
Ini pandangan peribadi aku sahaja. 
 
Apa yang aku tertarik pada Note 10.1 ni, ia ada S-Pen. Itu sahaja. Mungkin budak lukis-lukis macam aku tertarik la dengan Note 10.1 ni.

Pada yang lain aku tak tahulah. Tak nak ambil tahu pun. hehehee

Korang boleh klik video di bawah untuk lihat lebih banyak kelebihan Note 10.1 ni.


Salam.

Jumpa lain masa. ^____^

5 ulasan:

  1. Balasan
    1. Boleh la untuk bukan penggila gajet macam aku.. ^^

      Padam
  2. Wah, teringin nak benda ni sejak tengok iklan Mona Lisa tu! (tapi tak kerja lagi la pulak) T__T

    BalasPadam