Pengikut

Khamis, 7 Julai 2011

PTS dah tembusi Carrefour...

Salam....

Satu berita gembira untuk semua peminat dan pembaca buku-buku PTS.



Sumber: Portal PTS - www.pts.com.my

Buku-buku PTS sekarang sudah boleh didapati di gedung pasaraya Carrefour. Berkat usaha PTS edar... buku-buku PTS berjaya tembusi pasaraya Carrefour. Kali ini apabila anda semua ke Carrefour... jangan hanya membeli-belah barang-barang dapur untuk santapan perut sahaja, tetapi beli-belah sekali buku-buku PTS untuk santapan minda anda juga.

Apa yang saya harap, Komik-M juga ada dalam buku-buku yang dijual di Carrefour. Harap ini memudahkan lagi peminat-peminat Komik-M semua untuk mendapatkan novel grafik Komik-M yang terbukti baik untuk pembacaan anda.

Buat masa sekarang hanya Carrefour WangsaMaju dan MidValley ada jual buku-buku PTS. Di masa akan datang, sudah dirancang untuk mengedarkan buku-buku PTS kepada semua cawangan gedung pasaraya Carrefour seluruh Malaysia...

Sememangnya ini satu berita gembira....

Syabas PTS...

p/s: bila la turn aku ni..... =___=~~~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan