Pengikut

Jumaat, 23 September 2011

Sangat gila...!! HUAARRRRGHH!!!!

Salam...

Sekali lagi dalam tahun ni aku tidak percaya dengan apa yang dah berlaku.

Setiap tahun ada satu pertandingan komik yang boleh dikatakan antara pertandingan komik terbesar dalam Malaysia kerana menawarkan hadiah wang yang agak lumayan. Pertandingan itu dinamakan Intellectual Property Creator Competition 2011 (IPCC 2011).

Ramai pekomik mengimpikan untuk memenangi pertandingan ini. Pelbagai benda boleh dilakukan dengan duit itu untuk membawa komik kita ke tahap yang lebih tinggi.

Untuk IPCC 2011 ini, saya team up dengan kawan, Shahrul Akram masuk. Untuk projek ini, komik ditulis oleh saya dan dilukis oleh Shahrul.

Setelah proposal dihantar, satu pitching diadakan untuk memilih 20 penyertaan daripada 40 finalis.

Semasa pitching yang diadakan, pitching kami pada aku tidaklah begitu meyakinkan. Banyak juga persoalan tentang konsep komik kami yang juri bangkitkan. Jadi aku tidak jangka akan menang. Rasa yakin nak menang... 0%.....setelah melihat banyak penyertaan lain yang lebih hebat.

Tapi....

Pengumuman hari ini...



KAMI BERJAYA!!!!!!!

Sangat tidak percaya. Tidak percaya kami yang masih rookie dalam bidang ni boleh terpilih antara 17 yang terpilih (kurang 3 kerana yang lain tidak mencapai standard... rasanyalah).

RM20,000.....

wouh.... besar juga jumlah ni...

Dapat duit ini bukan bermakna kami boleh enjoy. Banyak kerja harus dilakukan untuk mengesahkan kami mendapat RM20,000 itu.

Moga kami berjaya...

Alhamdulillah...



3 ulasan:

  1. Tahniah Reja dan rakan! :D
    All the best!

    BalasPadam
  2. Terima kasih...
    InsyaAllah... ini bukan janji... ini amanah... heheee

    BalasPadam
  3. Tahniah Encik Reja!Hari tu baru je saya tengok video Encik berlakon jadi gangster >_<.

    BalasPadam