Pengikut

Isnin, 16 April 2012

E-Comic, komik interaktif dan Young Aisyah

Salam, Lama tak update. Mula-mula sekali aku mahu cakap yang isu terbaru E-Comic yang super-hebat dah terbit. Malangnya Hitam-Putih Cinta tiada dalam isu kali ini. Sempat hantar sebelum tarikh publish tapi tak sempat editor nak edit. Huuhuhuhuuu. Tak apa. Hitam Putih akan kembali pada isu depan. heheheee... Cover untuk isu ini sekali lagi dihasilkan oleh pekomik hebat Malaysia, Ben. Transformer Malaya tuu... Bila dah ada cover Transformers... mesti ada cerita transformers kan... KLIK LA SINI kalau nak baca.
Mesti korang tertanya kenapa isu ini komik aku tak sempat keluar? Sebenarnya aku sibuk sikit dengan 2 job penting. Kedua-dua job ini ada dateline yang sangat ketat. Pertamanya adalan komik untuk IPCC. Banyak woooo kena buat. Setelah dua kali story kena revise, alhamdulillah story ketiga diterima baik juri. Lepas siap komik, kena buat interaktif version pulak. Wouuhhh.. tertekannya. Sikit preview komik IPCC ni...
Alhamdulillah... kerja ini selesai. Job kedua adalah Young Aisyah 12: Fesyen Aisyah. Untuk pengetahuan, siri kali ini sangat berbeza dari yang sebelumnya. Kali ia penuh berwarna dan penuh warna-warni fesyen pakaian yang dipakai Aisyah Sofia n geng. heheeee.. Memandangkan sasaran tarikh terbit adalah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang akan berlangsung hujung bulan ini (27 April - 6 Mei), maka ia harus diselesaikan cepat. Sikit preview
Alhamdulillah, selesai juga. Harapnya sempatlah terbit di pesta buku nanti. Ok la.. Salam. Bye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan