Pengikut

Jumaat, 10 Ogos 2012

Akhirnya... ada entry baru.


Salam semua... Nampak semakin bersawang blog ini. Tengok tarikh terakhir entry, bulan April lalu. Perghh.. hampir 4 bulan blog bersawang.

Sebenarnya sudah lama tidak mengusik blog bukan apa. Nak kata sibuk... tak juga.. sebenarnya sekarang ni aku sangat lapang. Tiada apa kerja setakat ini melainkan mencari idea untuk komik My E-Comic untuk isu depan. Dan satu lagi.. maklumlah tengah puasa. Lapar..... Otak agak beku nak melukis. Tapi aku ada 2 projek yang sedang menunggu kelulusan. 2 projek itu ialah:

1) Shootz! #5 
2) Young Aisyah the comic 

InsyaAllah jika diluluskan bulan ini, maka bulan depan dan seterusnya sibuklah. Target mahu siapkan kedua-dua projek ini sebelum penghujung tahun 2012. Tahun depan sebelum pesta buku mesti terbit kedua-duanya.

Shootz! #5 ini korang tahulah komik apa kan. Ia sambungan Shootz! #4 terdahulu. Maaflah kalau aku mula sambung Shootz! #5 ini lambat sangat. Kalau tidak disebabkan projek special tu.. mesti dah siap sekarang ini.

Young Aisyah the comic pula ialah aku ambil watak dari novel Young Aisyah karya Saridah Hamid dan aku buatkan komik sepenuhnya. Alaaa... macam siri Dear Yayah. Mula-mula novel.. lepas itu terbit Dear Yayah the comic. Dalam perancangan, Young Aisyah the comic adalah kompilasi komik-komik pendek. Cerita-cerita ringan yang disasarkan kepada pembaca lingkungan 7-12 tahun. Sebelum ini aku ada terfikir nak buat cerita panjang. Tapi payah benar nak cari cerita. Huhuuuu TT___TT

Tapi aku akan berusaha untuk fikirkan satu cerita panjang one-shot. Itu dah menjadi antara target aku. Selain Shootz!, aku juga mahu buat siri komik lain.


Ohh ya,

Juga ingin nak kongsi kegembiraan bercampur kedebaran. Senarai ranking penerima royalti sudah keluar.

Alhamdulillah.

Nama aku tersenarai lagi untuk tahun ini. Aku di tangga ke 25.

TAK PERCAYA?




Terima kasih kepada korang semua kerana menyokong karya-karya aku. Sokongan kalian sangat bererti bagi aku. Hanya Allah yang dapat membalas. Aku mendoakan para penyokong karya-karya aku agar sentiasa dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat Allah.


Ehhh... lagi seminggu nak raya.

Nak komik raya?

Sekarang sudah terbit My E-Comic terbaru... 


Memandang hampir nak raya ini... nak buat ucapan sikit.

Aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada keluarga, sedara mara, sahabat handai, rakan-rakan pekomik, editor Komik-M, editor PTS Islamika, editor My-E-Comic dan para penyokong karya-karya aku. MAAF ZAHIR DAN BATIN.



Jumpa lagi.

Salam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan