Pengikut

Sabtu, 11 Ogos 2012

Kemusykilan saiz seluar

Salam semua....

Lagi seminggu nak raya..... Baju raya sudah ada beli.....? Warna apa........? Jenama apa....?

Aku...? Aku kemungkinan baju melayu pakai tahun lepas punya tahun lepas punya tahun lepas. Heeheheee. 

Selagi boleh pakai, pakai je la kan. Tak payah banyak-banyak. Lagipun baju melayu itu pakai masa sembahyang jumaat je. Sesekali pakai bila ada majlis tahlil arwah atau majlis doa selamat. 

Cuma yang dibeli adalah baju t-shirt dan seluar jalan. 

Bajunya belum beli lagi. Angan-angan nak beli baju yang stailo sikit. Tapi selera fashion aku sangat hampeh. Tak tahu nak beli baju apa. Nanti petang ni keluar la cari di Times Square. 

Seluar yang beli pun seluar jeans. Beli pun kat Carrefour je. Seluar jeans aku ada ini ada satu sahaja. Seluar itulah yang aku pakai bila keluar.  Miskin betulkan aku? Heehehehe

Dan sepasang kasut.



Cuma aku ada sedikit kemusykilan. 

Masa aku beli seluar jeans semalam, aku angkat seluar saiz 40(bukan saiz sebenar)..

Eleehhhh~~ nak cover-cover pula. Cakap je la memang kau angkat saiz 40. 

Diam laa!!!!!

Aku pun pergi test la. 

Tapi... errrrgghhhhh!!!!

Ketat nak mampus. 

Eihhhh... tak kan la aku makin besar? Aku tengok cermin badan aku tak de perubahan banyak pun. Makin tough ada la. Hahahahaha.. Seluar tahun lepas pun masih muat lagi. Saiz 38 pula tu.

Pelik betul aku. Pastu aku angkat saiz 44. (Amik kau.)

Erggghhhh~~~

Ketat juga. Aihhhh... ini makin pelik ni. Saiz 44 pun ketat. What ta hell?

Tak kan aku ambil seluar saiz 44 versi perempuan punya?

Ni yang aku frust. Ni yang rasa nak pekena SDII ni.

Kemudian aku try angkat seluar jean saiz 40 yang jenama lain.

Haaa... boleh pun pakai. 

So... apa ke hal saiz 40 jenama INI boleh pakai saiz 40 jenama ITU tak boleh pakai? 

Tak kan la salah ukur...?

Tak kan jahit seluar JANJI SIAP?

Alaaaa... beli pun kat Carrefour. Jenama pun entah apa-apa entah.  

Lain kali aku hiraukan je saiz ukuran itu. Aku beli janji boleh pakai sudah. Selagi aku yakin saiz aku tak berubah.... aku happy dengan badan aku.

So.. korang kalau beli baju seluar kat supermarket... jangan kisah sangat no. saiz tu. Kalau seluar lama masih boleh pakai... maknanya badan korang tak berubah la tu. Beli je mana yang muat dipakai. 

Ini pengalaman aku je semata-mata. Mungkin di supermarket lain memang ikut ukuran betul.

Jumpa lagi.

Salam.
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan