Pengikut

Khamis, 23 Ogos 2012

Akan terbit dalam masa terdekat.

Salam Aidilfitri.

Apa macam raya tahun ni...? Apa cerita collection duit raya? hahahaha...

Apa daaa... Mula-mula dah tanya pasal duit. Mata duitan sungguh... ^^

Raya ini bukan semata-mata untuk kumpul duit raya. Seperti yang dikuliahkan oleh ustaz-ustaz, hari raya ini adalah hari untuk meraikan kemenangan kita melawan hawa nafsu selama sebulan dan kembali kepada fitrah.

Juga hari raya ini juga hari untuk kita rapatkan silaturahim sesama saudara jauh yang setahun sekali inilah baru jumpa. Jadi bila dah jumpa jumpa saudara-saudara yang mak ayah kita je yang kenal, cubalah rapat-rapatkan. Hahahaaa

Duit raya ni rasanya hanyalah adat semata-mata. Kalau dah dibagi, jangan lupa ucapkan terima kasih.

Sudahlah cerita pasal hari raya. Di Facebook tak habis-habis cerita pasal raya. Raya hanya untuk budak-budak. hahahah..

Kali ini aku nak cerita pasal karya-karya aku yang akan terbit dalam masa terdekat. InsyaAllah akan terbit awal bulan September nanti.

Ada dua karya aku yang akan terbit itu.

1) Antologi: Aku, Kau dan Ibu
2) Young Aisyah: Hari Fesyen

Previem sikit komik Aku, Kau dan Ibu.





 Komik Ibu ini berkisarkan tentang kerja-kerja para Ibu seharian. Apa Ibu selalu buat? Bacalah nanti. 
Heheheee


Preview Young Aisyah: Hari Fesyen.










Young Aisyah: Hari Fesyen berkisarkan tentang fesyen terkini yang sesuai untuk seorang muslimah. Banyak ilustrasi fesyen terkini aku lukis.

Pening kepala tau.

Susahnya lukis baju. hahaha

Nanti belillah ya. Duit raya itu lepas simpan sikit dalam bank, apa salahnya beli buku. Kan membaca jambatan ilmu. Kan kan kan?

Ok la.

Jumpa lagi. 

Dah baca entry... pergilah sambung beraya. ^^

Salam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan