Pengikut

Isnin, 31 Mei 2010

Siri Young Aisyah Indonesia dan Shootz! #3 updated..

Salam semua. Pada entri lepas agak emo sikit...sekarang dada aku dah lapang macam lapangan bola sepak...ALAMAK!!! World Cup tinggal 11 hari je lagi...korang sume camne...?Camne persiapan nak tonton World Cup pagi-pagi buta nnti?

Aik..pahal aku kisah sangat tentang World Cup ni...aku bukan tengok sangat pun....hehe...tak larat nak bangun 3-4 pagi...nanti TV yang tengok aku...bapak aku dah bising2 pasal tertidur masa tgk TV...

Ahhh...merepek lebih-lebih lak aku ni......entri kali aku nak kasi tahu yang siri Young Aisyah edisi Indonesia dah terbit...klu korang nak cari, maaf la..buku ni hanya ada di Indonesia jek...klu nak cari gak..cari edisi Malaysia punya...Akhirnya nama aku dah terpahat dalam laman web diorang...nama aku dah terbang ke luar negara...huhu..sedihnye...nama aje yang terbang je...badan ni bilalah bleh ke luar negara...apa pun, tahniah Kak Saridah kerana buku Kak Saridah berjaya tembusi pasaran Indonesia dan tahniah juga kepada editor Siri Young Aisyah ni,,Pn. Assyura kerana berjaya membawa buku ini ke luar negara...





Ni lah cover untuk Siri Young Aisyah Indonesia...Di indonesia bukan lagi Siri Young Aisyah tapi Seri Dunia Aisyah...ok tak...berbanding dengan versi Malaysia mana lagi cantik...terpulang pada korang la...

Sekarang aku nak cerita tentang perkembangan Shootz! #3 aku...sekarang sudah hampir separuh jalan nak siap...sebelum ni aku lukis satu hari satu page...sekarang ni bila dada dah lapang....tak benda lagi yang nak dirisaukan..aku akan cuba satu hari sekurang-kurangnya dua page...







Bye-bye setakat ni...Salam...

Khamis, 20 Mei 2010

Setel dah semua....

Hari ini adalah hari yang penuh dengan penyesalan dan kerugian yang telah aku lalui sepanjang hidup aku...Akibat kebodohan aku dan sikap sambil lewa aku...aku telah kerugian masa 2 tahun...tapi pada tahun ini akhirnya..segala kerunsingan yang aku hadapi sepanjang 2 tahun telah tertebus....Selama ini aku tidak sedar akan kekhilafan aku memyusahkan ramai pihak...dan selama ini aku sangka aku adalah manusia yang terbaik dalam dunia ini...sebenarnya pada mata orang lain..aku adalah manusia yang paling hina sekali....Ya Tuhan...ampunilah segala dosa aku...

Pada semua pihak yang telah aku sakiti...aku ingin meminta sejuta-juta maaf...aku akan cuba ubah diriku pada masa depan....segala nasihat yang telah dicurah aku akan cuba ikut...aku sedar bila orang marah...maknanya orang itu sebenarnya sayangkan dan ambil berat tentang kita...mereka hanya ingin kita menjadi insan yang sememangnya insan....bukan insan yang tidak berfikir panjang dalam membuat keputusan.....

Pada mereka yang tidak jemu mengambil berat tentang diriku yang hina ini...aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih banyak-banyak...aku tak tahu bagaimana aku nak balas jasa baik kalian...hanya Tuhan saja yang boleh membalas....

Maaf dan terima kasih sekali lagi....

Rabu, 5 Mei 2010

Top 50 Jualan buku-buku PTS...

Info daripada blog chairman PTS...www.universitipts.com...ini adalah top 50 jualan buku PTS bulan april...

1. Alexander Adalah Zulqarnain
2. Hidangan Terbaik Dunia - Jawa
3. Cita Rasa Malaysia - Kelantan
4, Projek Diet Ain Maisarah
5. Aminah: Bunga Kaum Quraisy
6. Law Of Connection - Edisi Bahasa Melayu
7. Senangnya Memasak Nasi
8. Senangnya Memasak Mi, Mihun & Kuetiau
9. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung
10. Aku Mahu Superbibik
11. Dahsyatnya Doa Ibu
12. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah
13. Urus Bisnes Dengan Google
14. The Magic Of Thinking Big - Edisi Bahasa Melayu
15. Tukar Sekolah Lagi!
16. Meja Runding: Dari Konflik Ke Solusi Strategik
17. Senangnya Memasak Ayam
18. Senangnya Memasak Daging
19. Cita Rasa Malaysia - Johor
20. Senangnya Memasak Ikan
21. Usahawan Cilik: Coklat Ataupun Strawberi?
22. Usahawan Cilik: Jutawan 3R
23. Senangnya Memasak Sayur
24. S Untuk...
25. Senangnya Memasak Kuih-Muih Minum Petang
26. Miss Epal
27. Young Aisyah: Summer Camp
28. Senangnya Memasak Sambal & Sos
29. Agenda Yahudi Menakluk Dunia
30. Senangnya Memasak Kerabu & Salad
31. Hidup Tenang Walaupun Berhutang - Edisi Kemas Kini
32. Keranamu Aku Cemburu
33. Kamus Al-Quran
34. Siapa Lebih Popular?
35. Buat Duit Dengan Tadika
36. Magnet Rezeki Dengan Solat Duha
37. Biografi Muhammad bin Abdullah - Hard Cover Edisi 2010
38. Buat Duit Dengan Jaga Budak
39. How To Win Friends & Influence People - Edisi Bahasa Melayu
40. Aku, Dia & Gosip
41. Menjadi Remaja Smart Studi: Belajar Saat Akhir
42. Usahawan: Kaya Wang Kaya Iman
43. Dahsyatnya Qiamullail
44. Koleksi 33 Kisah Sejarah Melayu
45. Si Monster Cilik
46. Travelog Cinta Abadi
47. Tip Jana Wang Dari Rumah
48. Diari Mat Despatch
49. Senangnya Memasak Makanan Barat
50. Geng Genius: Rakit Terpantas

Yang sendeng adalah buku2 yang aku penah terlibat melukis ilustrasi...alhamdullillah...semua buku yang ada ilustrasi daripada aku yang lastest termasuk dalam top 50...mungkin sebab kesemuanya adalah buku baru terbit...sebab ia laku keras....

Isnin, 12 April 2010

Iron Man akan 'meletup'

Aiihhhh...tak sabarnya nak tunggu tayangan filem yang komfom akan jd filem terblockbuster la tahun ni...dengan kehebatan filem pertamanya..yang pasti filem kedua mesti lagi BABOOM!!! punya..harapnya filem kedua ni tak seperti Transformers Revenge of the Fallen...memang hebat dari segi visualnya...tp pendekatan storynya lebih kepada seksual..walaupun tak melampau tapi cam tak kena ar...TF kan satu nama yang terkenal bagi kanak-kanak...kenapalah Micheal Bay boleh mengarah filem jadi camtu...apa pun filem itu memang best..aku tengok 6 kali kat wayang..pastu beli DVD original lagi...hardcore tak aku...?hehehe....

Berbalik kepada filem Iron Man akan datang ni...aku dah tengok trailer kedua dia...fuhh...memang BABOOM!!! habis...yang aku paling suka part penghabisan tu...Tony Stark telah menghasilkan suit Iron Man versi mudah alih...dari sebesar briefcase je boleh transform jd suit Iron Man.....sememangnya diorang nak wat filem ni mesra komiknya....



Sempena dengan keterujaan aku menantikan tayangan filem ini..aku dah lukis satu artwork Iron Man...tak cantik mana tp ok lah....



TAK SABARRRRNYYEERRR AKUU!!!!!

BOOMMMBAAAMMMMMKKKAABBOOOOOMM!!!!!

Selasa, 6 April 2010

Shootz! #3 updated..dan komik antologi...

Semenjak 2-3 minggu ni...entah..serba rasa tak kena...nak lukis..lukis sikit rileks...rasa cam malas sangat..skang ni progress untuk Shootz! #3 dihentikan sementara(sementara jek..jangan gabra..akan disambung gak)..untuk aku habiskan artwork untuk majalah pendidik..4 page berwarna...untuk antologi Komik-M...Aku, Kau dan Cinta..berkemungkinan 20 page..klu Editor Bang Wanzu approved proposal yang aku hantar siang tadi...

Setakat ni progress Shootz! #3 dah sampai 30%...and still encounting....





Ni lakaran watak untuk komik antologi Aku, Kau dan Cinta...



Minta2 Bang Wanzu editor cemerlang tu approved proposal aku tu...pening gak aku brainstorming idea nak buat komik ni....

bye...

Isnin, 29 Mac 2010

Dua tiga hari aku di PBAKL 2010....

19 hingga 28 Mac dulu...berlangsungnya pesta buku terbesar di Malaysia...Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Memang aku tertunggu-tunggu pesta buku kali ini. Sebab aku boleh melihat wajah-wajah riang pembeli komik aku. Laku keras gak la komik aku. Bang Wanzu berkata padaku sudah beberapa kali top-up komik aku. Terima kasih bebanyak sangat..ibarat setinggi gunung Everest aku ucapkan pada yang membeli komik. aku. ENJOY THE BOOK!!!

Entri kali aku nak bagi ringkasan liputan pesta buku yang aku hadiri...walaupun aku hanya datang pada 19,2o,21,27 dan 28 Mac aje....


Pada 19 Mac..Jumaat...
Plan aku hanya nak datang nak cari tempat kt mana booth PTS...sebab tahun lepas tak tahu lak ada dewan kt seberang sungai...setelah datang...Fuuahhh...ramai giler datang..Tak caya..tgk bawah ni....



Betul tak kata aku...baru 1st day..dah ramai gitu.


Aku jalan2 nak cari nak letak Komik-M..jumpa gak. Pastu terserempak la dengan editor Komik-M yang cemerlang..Bang Wanzu. Tiba-tiba Bang Wanzu suruh aku duduk kt meja pentas utama booth pts...memandangkan hari tu takde aktiviti kt pentas...maka berlangsung acara tak rasmi...bersama Pekomik Reja...Lama gak aku duduk situ...tapi bukan aku duduk kosong je...ramai gak yang datang nak minta otograf...ada nak otograf pada Komik ShootZ! aku..ada gak pada Nomik Young Aisyah...memang tak menang tangan...





'Acara' tu berlangsung sampai pukul 3 lebih gak...penat nk layan peminat ni...

Apapun...korang sume memang BEST!!!

20 Mac..Sabtu..

Pada hari ini barulah ada acara rasmi melibatkan aku...sesi bertemu dan bermesra dengan penulis siri Young Aisyah. Lebih memeriahkan..Kak Saridah pun ada. Setahun sudah tak berjumpa dengan penulis yang hebat ini. Di atas pentas Kak Idah menceritakan pada aku pengalamannya semasa ditemuramah oleh pengacara segmen Buku@kidsontwo...yang telah ke udara pada pagi 7 Mac haari tu...Memang best.

Lebih memeranjatkan lagi, kitorang sempat berkenalan dengan seorang budak perempuan yang dikatakan telah memiliki 200 lebih judul buku PTS..termasuk semua siri Young Aisyah...Namanya Adik Hanan...Ni wajah comelnya....



Terima kasih Adik Hanan...adik memang the Baboom..!!!(maksudnya best la)



Hari ni gak aku dapat gak bersua muka dengan antara pekomik feveret aku..Pac..memang seronok berborak dengan mamat sorang ni...ada gak dua tiga membernya yang join sekali minum2 kt kedai mamak...diorang memang best...juga bersama dengan presiden Pekomik Encik Azhar yang bersemangat waja memperjuangkan komik tempatan....





21 Mac..Ahad..

Aku datang lagi...agaknya budak PTS tu dah jenuh tgk aku..hari2 nak datang..apa ke hal...(ni hanyalah sangkaan aku jek..hihi..)Hari ni pun cam biasa aku datang hanya nak tengok sape yang beli komik aku..walaupun hari ni bukan hari aku nak bagi otograf...tapi ada staff bagitahu aku ada la dua tiga orang nak jumpa aku..nak minta otograf aku...terima kasih kerana beli komik aku lagi..(berapa nak terima kasih daaa)

Hari ni gak..friend FB aku, Suffian datang ke booth PTS..nak jumpa ngan sume pekomik-m..sanggup datang dari PD...Pian..ko memang peminat hardcore komik-m...


pada hari ni gak dapat bersua muka dengan gadis pekomik yang memang berpotensi besar...Lavendra...dan juga friend FB aku..Cik Al'Aina...bersama dengan ahli2 RevGang diorang..Aman Wan, Foner, Nazry dan Afiq...







Sepanjang acara Gegar bersama artis komik-m..datang pula krew TV9 nak buat liputan tentang pesta buku ni...Krew TV9 ini telah dijemput khas oleh pihak PTS untuk mempromosikan lagi brand komik-m ni..maklumlah TV9 banyak ditonton oleh budak2..memang kena dengan target market komik-m...Lebih mengujakan..dapat berjumpa dengan awek mamat bertelinga astro yang terkenal dengan tagline 'lu pikirlah sendiri'..Cik Irma Hasmie...dan pelakon cilik (Sebenarnya bukan cilik bermaksud budak2 tapi tingginya sama dengan tinggi budak sekolah) pelakon cili padi...Tam...datang menghangatkan lagi booth PtS...

Dengan rendah hati...mereka bersama dengan pekomik2 RevGang memeriahkan acara gegar komik-m dengan melukis sedikit gambar pada semua...lukisan dorang..boleh la.....






27 Mac..Sabtu...

Hiarghhh...!!!!

Aku turun lagi...kali ni aku datang awal..huhu..terlepas anime Detevtive Conan..dah dua kali miss anime ni....ni sume kerana acara komik-m start pukul 12 tghari...aku memang tak mahu terlepas acara ni...

Aku bertemu dengan pekomik Meon..Jas..juga pekomik Langkamaya..Hafiz..dan juga pekomik Ardh..Che Ayiemz...acara komik-m memang sibuk..macam semut nak kerumun gula...ramai datang nak tengok demo live pekomik2 lukis komik...pastu tak semena2 aku pun terlibat sama padahal aku punya esok....tp bukan duduk semeja dengan pekomik2 ni..cuma buat demo lukis kt white board je...



Lepas siap..hos acara panggil la sape2 yang kering hati lukis balik karakter komik yang aku lukis...akhirnya ada gak sorang budak lelaki yang kering hatinya...slack la tak tahu namanya....









Akhirnya..dapat gak berpeluang bergambar dengan artis dan kru kawan 9..happenig beb...



28 Mac..Ahad...

Hari terakhir Pesta Buku. Memang sesak giler..rasanya gaji dah masyuk...ramai la yang datang nak beli buku...Di booth PTS..jangan dipertikaikan lagi..sentiasa sesak..

Setelah rehat kejap di booth PTS(penat bawak motor bawah matahari terik)..aku gerak ke acara paling ditunggu..Pekomikon 2010...tp sedih arr..tak ramai yang datang...masa ni sume publisher mempromote produk komik masing2..termasuk komik-m...



Pukul 3...tibalah giliran aku nak bg otograf...bersama dengan pekomik Sitrahaslee, pekomik Bop dan pekomik Aviltone...kami bermesra dengan sume peminat...tapi sayangnya satu otograf pun tak buat..sebab sume buku aku dah sold out..tinggal 2 je...tu letak atas meja depan aku nak show off kt ornag....aku hanya lukis..bukan lukis karakter komik aku..tp aku lukis karakter Ultra Qalif..salah satu watak dalam komiknya..Utra Qalif...entah..aku rasa cam malas nak lukis karakter aku...boring...





Setelah habis acara tu..aku terus gerak ke dewn kedah/johor untuk acara Anugerah Pekomik 2010...sepanjang acara memang meriah...dimulakan dengan montaj Anugerah Pekomik yang mantap...ada persembahan oleh Nik Jidan Basking dan Pyanhabib yang kelakar habis...deklamasi sajak tentang suar dalam....haha....




Masa yang ditunggu telah tiba..pengumumna pemenang Anugerah Pekomik 2010...ini dia senarai pemenang Anugerah Pekomik 2010...(Di ambil dari pergh.com)

1 - Kartun Satu Muka Terbaik (Best Loose Cartoon)

Pemenang: Jungle Jokes, Gila-Gila oleh Jaafar Taib


2. Siri Komik Kartun Terbaik (Best Comic Series).

Pemenang: Tiga Dara Pingitan, Gila-Gila oleh Cabai


3. Komik SuratKhabar Terbaik (Best Comic in News Paper).

Pemenang: Hanya Satu, Berita Harian oleh Jayaputra

4. Anugerah Berus Emas PeKOMIK (Special PeKOMIK Award)
- Raja Hamzah


5. Penerbit Terbaik (Best Publisher)
Pemenang: GempakStarz


6. Lukisan Kulit Muka Terbaik (Best Cover).

Pemenang: Popcorn#2 oleh Puppeteer

7. Ilustrator traditional /digital Terbaik (Best Painted Artist).

Pemenang: Silent Revolution oleh Puppeteer


8. Warnaan Terbaik (Best Colourist).

Pemenang: Maid Maiden oleh Sunny


9. Komik Amatur terbaik (self-publish zine/doujin) (Best Amateur Comic Artist).

Pemenang: Love Letter oleh Chin Yew


10. Majalah Komik Terbaik (Best Comic Magazine).

Pemenang: Popcorn


11. Pelukis komik antarabangsa/Pelukis komik online (International comic artist/online comic artist)

Pemenang: Bumble Bee oleh Chee

12. Penulis Terbaik (Best Writer):

Pemenang: Scary Ever After oleh John Ho


13. Siri Mini Komik Terbaik (Best Comic Mini Series).

Pemenang: Makan Malam, Gempak#239 oleh Scho


14. Komik Baru Terbaik (Best New Comic).

Pemenang: Scary Ever After oleh John Ho


15. PeKOMIK (Pelukis Komik)Terbaik (Best Comic Artist) ): warna atau hitam putih:

Pemenang: Silent Revolution oleh Puppeteer


16. Komik Terbaik (Best Comic).

Pemenang: TwinX#2 oleh Pac

Paling tak dijangkakan..my feveret pekomik Pac dengan mahakarya TwinX berjaya menangi Anugerah Pekomik 2010 Komik Terbaik...Bangga betul aku sebagai salah sorang pekomik Komik-M..Ini menunjukkan yang komik terbitan Komik-M bukan sekadar komik picisan...bukan komik amatur seperti yang disangkakan orang....walaupun tahun lepas komik terbitan Komik-M gak yang menang..tapi tahun lepas ada kontroversi sikit..jadi keterujaan tak terasa sangat...

Aku tak menang..dikalahkan oleh penulis John Ho...Sape dia sebenarnya...apa pun biarlah..bukan rezeki aku tahun ni...mungkin tahun2 akan mendatang rezeki aku akan tiba gak...



Pac...ko telah menaikkan semangat aku untuk terus menghasilkan komik yang lebih baik...harap masa akan datang aku dapat kalahkan ko....ko jaga....

Ahad, 28 Februari 2010

Aku antara Finalist Anugerah Pekomik 2010!!!

Aku rasa cam x percaya...(aku tumbuk muka aku...ouchh!!)..ini bukan mimpi...aku antara finalis anugerah yg ditunggu para pekomik...Anugerah Pekomik 2010 dalam kategori Penulis Terbaik....aku tak sangka betul...komik aku dipandang oleh pihak Pekomik dan memilih karya aku jadi finalis...finalis2 lain hebat...Sitrahaslee..pekomik Takaza...komik dakwah....Pac..pekomik otai karyanya TwinX...komik sci-fi yg hebat...Puyuh..antara pekomik maha otai....dan John Ho....

Aku tak mahu letakkan harapan yg tinggi untuk menang...betullah kata artis...jg finalis dah cukup bangga....(tipulah aku kata tak mahu menang..aku mesti mahu menang)

Keputusan pemenang akan ditentukan ahli-ahli panel yg arif tentang komik dan diumumkan pada Pekomikon di Pesta Buku Antarabangsa 2010 pada 28 Mac...

MAY THE BEST WIN!!!

http://anugerahpekomik.blogspot.com/2010/02/finalis-pencalonan-anugerah-pekomik.html

Khamis, 25 Februari 2010

Rabu, 24 Februari 2010

AKAN TERBIT!!! Siri Young Aisyah terbaru....

Salam sejahtera...

Kali ni saya nak khabarkan bahawa siri nomik Young Terbaru akan terbit dalam bulan Mac nnti...tapi kalau hendak beli murah...belilah di Pesta Buku Antarabangsa 2010 di PWTC bermula 19-28 Mac 2010....pelbagai aktiviti dijalankan di booth PTS pada pesta buku nnti...sesi bertemu penulis siri Young Aisyah juga ada...bestnya...tak sabar hendak jumpa peminat2 siri Young Aisyah ni....



Kisah Young Aisyah kali ni berkisarkan tentang Aisyah dan geng As-syik menyertai aktiviti perkhemahan di dalam hutan...Apa aktiviti2 yang akan geng As-syik tempuhi sepanjang perkhemahan ini? Dapatkannya di pasaran nnti....

Komik kali ni nampak lebih baik dari siri2 sebelumnya....rasanya lebih kemas...nampak comel(comel ke?)...entah la...apa pandangan korang semua...?tak tahu rupanya...lihat blog saya yg lepas...saya sertakan preview komik....

Apapun saya akan teruskan perbaiki kelemahan yg ada supaya siri akan datang akan jadi lebih baik dari sebelumnya....


Apa? risau sesak di booth PTS cam tahun lepas...jangan risau...pihak PTS sudah fikirkan masalah ini..jadi booth PTS akan berada di Dewan Tun Abdul Razak 2 (seberang sungai)..booth no. C11-C25...besar kan booth nye...harapnya tak sesak lagi cam tahun lepas...maklumlah PTS sudah banyak peminatnya....

Babai..Jumpa lagi di Pesta Buku AntaraBangsa nnti....

Selasa, 16 Februari 2010

SHOOTZ! 3 in the making..UPDATED...

Salam, semua yg melawati blog ni...lama gak tak update blog...rasa malas sangat nak update walaupun selalu bukak blog sendiri..just nak tengok blog yang aku follow ada update tak... tak ada cerita la mau dikongsi...

Sekarang aku just nak apdate sikit komik SHOOTZ! 3 aku....dah lebih 20 page dilukis...tapi ada beberapa page kena redo...sebab bila tengok balik lukisan...cam ada rasa tak kena jek...

ni sedikit update lukisan komik SHOOTZ! 3....





Baik...adios...

Isnin, 1 Februari 2010

Komik-M di Plaza Angsana....


Pada 30/1/2010, aku pegi ke JB. Buat apa? Aku dok KL wat pe nak pi JB? Jauh tu....malas aku nak pegi...tapi disebabkan ada orang tumpangkan..aku pi la....thanx Abg Alif kerana tumpangkan dan hantar balik rumah.....Di sinun...kami, Foner, Abg Wanzu, Jas telah singgah ke sebuah kedai buku di Plaza Angsana..sempena Program bersama artis2 Komik-M...Meriah gak...(kredit untuk Abg Alif kerana petah bercakap masa tu dan tarik perhatian orang ramai kat sana)..ramai gak yg mintak autigraf kitorang...tp kt acara tu ada segmen lukis karikatur...aku mana pandai lukis karikatur...jd lain muka orang tu..aku gak yg malu...tapi aku sempat lukis sorang..

disebabkan aku tak mahu lukis karikatur...aku menyibuk diri melukis karakter dalam komik aku...siap dengan toner yang baru dibeli sehari sebelum...ingat nak eksperimen sikit lukis pakai toner tu...ok gak..lukisan jd mantap sikit la....3 lukisan sempat dilukis...1 bagi kt orang..1 Nazry (Aviasi Fantasi) amik...1 lagi simpan....




Masa aku dah siap lukis karakter komik aku...cincai2 aje...yg tu aku bagi kt Nazry...