Pengikut

Khamis, 1 Julai 2010

Cara saya melukis komik...

Salam....

Entri kali cuma ingin berkongsi cara saya melukis komik...ramai gak yang bertanyakan pada saya "Bang...camne nak lukis komik?'..."Bang, saya tahu lukis tapi tak tahu nak lukis komik?"...jadi sekarang saya beritahu cara saya hasilkan satu page komik...

Mula-mula sekali...hendak buat sesuatu mesti ada alatannya....alatan yang saya gunakan...



Setelah semua alatan ada..boleh la melukis...

Sediakan kertas A4..saya guna A4 Double A...lukis border pada kertas...



saya ukur 1.5 cm pada setiap sisi....

lepas tu boleh lukis garis panel seperti yang telah ditetapkan masa proses thumbnail...




masa proses thumbnailing ni...saya habiskan semua sekali...jika satu komik 100page...saya akan buat 100 thumbnailing....ni supaya masa lukis takde la nak amik masa nak fikir nak lukis apa...kalau tak buat thumbnailing...takut nnti tiba-tiba page terlebih...dan juga nnti tiba-tiba stuck plak...kan dah buang masa....




sekarang mulalah proses melukis...untuk melukis kepala manusia..saya mula-mula lukis bulatan dan garis cross pada bulatan..ini untuk tentukan posisi mata dan hidung...



setelah berpuas hati dengan bentuk dan saiz...boleh melakar bentuk kepala seluruhnya...sekali dengan stail rambut rekaan korang sendiri



untuk melukis tangan yang sedang memegang sesuatu...korang tengoklah sendiri tangan korang...camne bentuk dan kedudukan jari korang masa memegang benda...korang tiru la tangan korang tu....



tak dapat tiru 100% pun takpe...dapat 70% pun okey la...janji tak cacat...

Berpuas hati dengan shape kepala tadi..boleh melukis mata, hidung dan mulut...lukis mata biar di garis mendatar cross...dan hidung pada line tegak...jika posisi hidung macam tak kena...boleh adjust...tak semestinya pada line menegak tu....



untuk melukis pada panel yang ada dua tiga watak...saya tetapkan dulu kedudukan watak dengan melukis bulatan...



Sekali dengan postur badan...

sama juga dengan panel yang melibatkan banyak watak...



dan lakar postur badan watak..selari dengan dialog yang akan korang letak nanti....



Siap penciling....

sekarang masa untuk inking pula...

mula saya inking lukisan yang kedudukan paling depan sekali...



yang ini saya guna pen Unipin mata 0.8...

lukis bahagian detail...menggunakan mata lebih kecil...dalam gambar saya guna 0.3...



Sekarang nak inking watak...saya guna pen mata 0.8 dulu untuk dapatkan outline karakter....garis perlahan2...take time...



Setelah itu..boleh la inking detail pada karakter seperti hidung, mulut..yang ni saya guna pen 0.3...



untuk shading..saya gunakan pan mata 0.1...garis perlahan2...jangan rushing...nntinya hasilnya tak cantik....



untuk inking kotak panel...saya gunakan pen Artline 0.6....



bagi bubble dialog...saya inking menggunakan pen mata 0.5...tidak la terlalu tebal...



pastikan yang bubble tidak terlalu besar sehingga menutupi banyak ruang...

sekarang nak inking watak yang jauh sedikit..sebelum ni inking watak dekat...

untuk watak ni...garis outline saya guna pen 0.5...



sesudah itu...inking bahagian yang detail seperti mata, hidung, mulut...dan lain-lain...gunakan 0.2 atau 0.3....



dan teruskan cara yang sama pada watak-watak lain...

tandakan X pada kawasan yang hendak dihitamkan...



Padam pensel itu dan mulakan hitamkan kawasan yang ditanda X tu...



Siap inking...



Rasanya teknik saya semua pelukis komik pro dah pakai...cuma pada yang masih baru tu...harapnya ini dapat membantu ya...?

Terima Kasih...selamat melukis....

Jumaat, 18 Jun 2010

Alhamdulillah..royalti boleh tahan...



Salam...hari ni hari paling yang ditunggu-tunggu oleh semua karyawan di Malaysia..bayaran royalti...aku pun dapat gak...klu diikutkan royalti akan PTS poskan..tapi oleh kerana takut pos tak sampai..(mana tahu posmen cilok..haha..gurau je la)..aku amik keputusan ambil sendiri kt PTS...Wahhh..memang hebat angka yang tertera...aku kira-kira sebelum ni lain...kt cek tu kuar nombor lain...

sama de lebih atau kurang dari aku yang kira...biar aku saje yang tahu ek....hihihi....tapi cek dari PTS Islamika saja...belum kira ngan Komik-M punya...nampaknya kena pergi ambil la nnti....

Alhamdulillah...memang berbaloi....

Sabtu, 12 Jun 2010

Aku di paper BH.....

Akhirnya setelah menunggu 3 minggu..akhirnya aku kuar gak kt paper Berita Harian....Phew...ok gak...walaupun muka agak serabai ngan misai janggut yang berserabut..angan-angan nak buat cam misai janggut ala-ala Tony Stark...hehe...





Ikutilah temubual bawah ni...

JARANG sukan bola baling diketengahkan sebagai tema untuk komik ataupun filem. Sukan ini boleh disifatkan tidak begitu popular untuk ditampilkan dalam sebuah cerita berbentuk drama atau filem ataupun ditampilkan dalam cerita komik.

Bagaimanapun, sukan yang kurang popular inilah yang menaikkan nama artis komik bernama Reja di kalangan peminat komik tempatan. Idea yang lahir secara spontan untuk menampilkan sukan ini dalam karya sulungnya yang diterbitkan tahun lalu mendapat sambutan ramai hingga ia disambung ke siri kedua tahun ini. Mungkin kerana sukan ini jarang diketengahkan, maka ia memberi suatu pembaharuan dalam bahan bacaan komik tempatan. Di samping itu, pemilihan watak remaja sekolah dan jalan cerita yang menarik serta memaparkan kehidupan sebenar yang dilalui golongan remaja sekolah yang aktif dalam sukan seperti ini.

Gaya lukisan Reja mempunyai sedikit ciri manga namun beliau menyeimbangkannya dengan karakter watak tempatan, misalnya penampilan gadis remaja yang bertudung.

Untuk siri Shootz yang pertama, Reja memperkenalkan kepada pembaca mengenai kisah pasukan bola baling di sebuah sekolah menengah yang prestasinya semakin merosot walaupun mereka sebelum itu adalah juara peringkat kebangsaan untuk tiga tahun berturut-turut. Kejatuhan prestasi pasukan itu hampir membuatkan kelab bola baling di sekolah itu dibubarkan. Pun begitu, kemunculan seorang pelajar baru yang berbakat dalam sukan ini memberi harapan kepada kelab ini. Lebih banyak konflik dan debaran dipaparkan Reja dalam siri kedua Shootz.

Untuk mengenali lebih dekat dengan artis komik ini, ikuti temubual bersama Di Sebalik Nama...

Bagaimana anda boleh bergiat dalam penghasilan komik?

Pada asalnya lukisan kartun adalah sekadar mengisi masa lapang serta cubaan untuk menyertai pertandingan bakat baru melukis kartun yang dianjurkan sebuah penerbitan. Cubaan saya yang pertama itu tidak membuahkan hasil, namun bagi saya itu langkah yang baik untuk mendapatkan pendedahan mengenai bidang kartun dan komik. Sekurang-kurangnya saya dapat membandingkan kelebihan atau kekurangan antara karya yang saya hasilkan dengan karya yang menjadi pilihan juri dalam pencarian bakat baru itu.

Apa langkah seterusnya selepas cubaan anda dalam pencarian bakat baru itu tidak membuahkan hasil?


Kira-kira dua tahun lalu, sepupu saya yang mengetahui mengenai kecenderungan saya dalam melukis komik memperkenalkan saya kepada kartunis Umbut. Kartunis inilah yang memberitahu saya mengenai syarikat PTS Millennia yang sedang mencari karya komik untuk diterbitkan. Selepas mendapat peluang untuk bertemu dengan pengurusan PTS, saya mengusulkan idea untuk menghasilkan komik yang mengisahkan pasukan bola baling remaja.

Dari mana datangnya idea untuk menampilkan sukan bola baling sebagai tema karya komik anda?

Tidak dinafikan, penghasilan komik berjudul Shootz ini ada mengambil inspirasi daripada komik dari Jepun mengenai pasukan bola keranjang Slamdunk yang sememangnya popular di kalangan peminat komik. Kebetulan, ketika hendak mengusulkan idea kepada PTS, saya terfikir untuk mengetengahkan sukan bola baling, walaupun ia tidak begitu popular seperti sukan bola sepak atau bola keranjang. Lagipun, saya ingin mencuba pasaran terlebih dulu dan Alhamdulillah, kerana sambutan yang menggalakkan, komik Shootz disambung siri kedua.

Apakah anda tidak bimbang dengan reaksi pembaca ketika hendak memilih sukan ini sebagai tema karya anda?

Saya tidak kisah kerana sukan bola baling juga menarik untuk ditampilkan dalam cerita komik. Apa yang pasti, elemen drama yang dipaparkan dalam karya ini berbeza. Perbezaan ini hanya dapat dilihat selepas seseorang membaca karya ini.

Adakah Shootz sudah mempunyai lingkungan pengikutnya yang tersendiri?

Boleh dikatakan begitu jugalah. Selepas Shootz siri pertama diterbit dan diedarkan, ramai yang bertanya kepada saya bila sambungannya akan disiapkan. Sebab itulah saya teruskan sambungan cerita ini dan harap ia akan terus berkesinambungan pada masa akan datang.

Adakah anda menggunakan pengalaman sendiri dalam proses menghasilkan karya ini?

Kalau diikutkan, dulu saya bukanlah seorang pemain bola baling profesional, cuma bermain sukan ini sekali-sekala ketika pendidikan jasmani di sekolah. Jadi, bila timbul idea untuk menampilkan sukan ini sebagai tema karya, saya mencari maklumat mengenai sukan ini dan membuat sedikit kajian mengenai teknik dan peraturannya. Selain membantu untuk melukis pergerakan yang biasa dilakukan pemain bola baling, saya juga ingin mengelak daripada tersalah memberi maklumat mengenai sukan ini dalam jalan cerita yang saya hasilkan.

Sepanjang anda terbabit dalam bidang ini, bagaimana anda melihat keadaan industri komik dan kartun tempatan?

Pada pandangan saya sepanjang dua tahun menceburi industri ini, selepas timbulnya idea dari syarikat PTS untuk menghasilkan siri Komik-M, saya rasa industri komik dan kartun tempatan lebih meyakinkan, terutama bagi kami yang menghasilkan karya. Sekurang-kurangnya, kebanyakan artis komik atau kartunis tahu yang mereka masih mempunyai ruang dan peluang untuk mengetengahkan karya mereka kepada orang ramai. Bukan itu saja, keadaan industri yang stabil dan kukuh dapat menggalakkan bakat baru mengetengahkan bakat dan idea mereka yang mungkin lebih segar dan mempunyai kelainan.

Sebagai artis komik, apakah cabaran yang anda hadapi dalam perjalanan karier?

Menjadi impian setiap pengkarya untuk menghasilkan sesuatu karya yang segar, unik dan lain daripada yang lain. Tapi ia bukan perkara yang mudah untuk dilaksanakan. Suatu cabaran yang sangat besar bagi seseorang artis komik untuk menghasilkan karya komik yang tersendiri dan yang paling penting, dilihat sebagai karya yang bagus di kalangan penggiat dan peminat dalam industri ini. Bagi saya, lebih membanggakan lagi bagi seseorang artis komik jika mereka mampu menjadi peneraju kepada sesuatu idea baru yang dapat mempertingkatkan lagi industri ini.

Apakah antara harapan yang ingin direalisasikan?

Saya berharap saya dapat terus bertahan dalam industri ini untuk jangka waktu yang panjang di samping menghasilkan lebih banyak karya yang berkualiti. Untuk jangka masa yang terdekat, saya bercadang untuk memperkenalkan karya yang bertemakan aksi. Setakat ini ia masih dalam proses pengukuhan idea dan jalan cerita. Jika sudah sempurna nanti, Insyaallah ia dapat diterbitkan.

Selasa, 8 Jun 2010

Review filem bulan Mei....

Salam...ketemu lagi...

rasanya cam semua dah tahu tentang tragedi baru-baru ini berkenaan dengan kekejaman Israel...Memang frust giler dengan Israel ni...dah la bantuan langsung tak sampai...semua barangan dirampas...malah ada jugak yang menjadi korban....Kejam sungguh Israel..Lagi satu dah la menumpang tanah orang..pastu buat sekatan yang melampau cam itu tempat diorang sendiri...Kapal bantuan kedua Rachel Corrie pun menimpa malang yang sama...tapi Alhamdulillah takde nyawa terkorban...harapnya semua para sukarelawan tidak patah semangat untuk teruskan perjuangan membantu rakyat Palestin..

Entri kali cuma hendak bagi sikit ulasan perbadi tentang filem-filem yang aku tengok bulan Mei lepas...awal bulan aku tengok Iron Man 2...pastu Nightmare of the Elm Street dan baru-baru ni Shrek 4....

Iron Man 2..

Sebelum tayangan filem..memang berkobar-kobar..teruja sangat..sama perasaannya masa menunggu filem TF 2 tahun lepas...harapnya Iron Man 2 ni lebih meletup dari filem pertama..tapi malangnya lepas keluar dewan cinema..rasa kekecewaan timbul..filem ni kurang BABOOM nya seperti yang diharapkan....kurang action...rasanya ada tiga scene jek yang ada Iron Man beraksi..pertama kt Litar Monaco..battle ngan whirplash tu..kedua bila dia gaduh dengan Rhodey(Rhodey pakai suit Iron Man Mark II)..ketiga..final battle..lawan ngan upgraded Whirplash bersama War Machine..satu lagi..sequence battle terlalu singkat..tak puas tengok...

critanya lak lebih tentang masalah peribadi...ingatkan jalan crita lebih membawa kepada perkembangan watak Iron Man sendiri..tapi ia lebih kepada watak Tony sendiri...tunjuk la apa Iron Man dah buat sampai Tony katakan yang dia dah 'swasta'kan keamanan dunia....

Dan aku paling tak suka bila watak superhero ni dijadikan nakal...bukan dijadikan 'dark' bermaksud jadi jahat..ganas...tapi nakal..berperangai buruk...masa scene Tony mabuk2 pakai suit...kencing dalam suit...menyampah betul...sama cam filem Spiderman 3..dalam Spiderman 3 bila dia dah pakai Black suit tu bukan dia jadi jahat..tapi nakal...tak kena langsung..dalam animasi Spiderman the animated series...dalam episod yang dia dah dalam pengaruh Symbiote tu..Spidey jadi lebih ganas...tapi dalam Spiderman 3 dia just nakal jek...

Keseluruhannya..filem ni nak best sangat tak la...tapi boleh tahan la...kasi 3/5 bintang jek....

Nightmare of the Elm Street..

Filem hanyalah remake kepada filem thriller Freddy Kruiger yang popular suatu ketika dulu...Aku tak tengok filem yang dulu-dulu tu...jadi aku tak tahu sangat tentang watak Freddy...tapi apa yang aku leh katakan..agak memuaskan la..walaupun jalan crita leh dikatakan agak klise...tentang Freddy nak balas dendam atas perbuatan mak bapak budak-budak yang menuduh dia lakukan benda tak senonoh terhadap anak diorang...diorang kurung dan bakar Freddy sampai mati..sebab itu rupa dia cacat...Tapi masalahnya filem langsung tak crita camne dia boleh membunuh orang dalam mimpi...ingatkan nak crita sikit bagaimana dia boleh dapat kuasa boleh masuk mimpi orang dan bunuh...mungkin dia amalkan sesuatu ke yang memboleh dia bunuh melalui mimpi...

pastu pada hampir penghujung tu..timbul sikit kemusykilan...boleh lak pompuan bawak Freddy kuar dari mimpi dia...pastu dia bunuh Freddy tu....Freddy dah mati...klu dia leh bawak Freeddy kuar...maknanya cam Freddy hidup balik la....musykil..musykil...

Lagi satu...watak Freddy tak brapa ganas dan seram dari segi rupa...rasanya Freddy dulu hidung dia besar sikit dan mancung ke bawah...tapi Freddy cam orang cina...

Boleh tahan la filem ni...aku bagi 3.5/5 bintang....

Shrek 4...

Filem paling kelakar yang aku pernah tengok...kali pertama aku gelak sakan bila tengok filem ni...tak yah kira jalan crita...jalan crita pun agak biasa...tapi plotnya memang kelakar...memang best filem ni....

Aku bagi 4.5/5 bintang.....

Crita sikit tentang Shootz! #3...Nah..tunjuk sikit satu page yang baru siap semalam....

Isnin, 31 Mei 2010

Siri Young Aisyah Indonesia dan Shootz! #3 updated..

Salam semua. Pada entri lepas agak emo sikit...sekarang dada aku dah lapang macam lapangan bola sepak...ALAMAK!!! World Cup tinggal 11 hari je lagi...korang sume camne...?Camne persiapan nak tonton World Cup pagi-pagi buta nnti?

Aik..pahal aku kisah sangat tentang World Cup ni...aku bukan tengok sangat pun....hehe...tak larat nak bangun 3-4 pagi...nanti TV yang tengok aku...bapak aku dah bising2 pasal tertidur masa tgk TV...

Ahhh...merepek lebih-lebih lak aku ni......entri kali aku nak kasi tahu yang siri Young Aisyah edisi Indonesia dah terbit...klu korang nak cari, maaf la..buku ni hanya ada di Indonesia jek...klu nak cari gak..cari edisi Malaysia punya...Akhirnya nama aku dah terpahat dalam laman web diorang...nama aku dah terbang ke luar negara...huhu..sedihnye...nama aje yang terbang je...badan ni bilalah bleh ke luar negara...apa pun, tahniah Kak Saridah kerana buku Kak Saridah berjaya tembusi pasaran Indonesia dan tahniah juga kepada editor Siri Young Aisyah ni,,Pn. Assyura kerana berjaya membawa buku ini ke luar negara...





Ni lah cover untuk Siri Young Aisyah Indonesia...Di indonesia bukan lagi Siri Young Aisyah tapi Seri Dunia Aisyah...ok tak...berbanding dengan versi Malaysia mana lagi cantik...terpulang pada korang la...

Sekarang aku nak cerita tentang perkembangan Shootz! #3 aku...sekarang sudah hampir separuh jalan nak siap...sebelum ni aku lukis satu hari satu page...sekarang ni bila dada dah lapang....tak benda lagi yang nak dirisaukan..aku akan cuba satu hari sekurang-kurangnya dua page...







Bye-bye setakat ni...Salam...

Khamis, 20 Mei 2010

Setel dah semua....

Hari ini adalah hari yang penuh dengan penyesalan dan kerugian yang telah aku lalui sepanjang hidup aku...Akibat kebodohan aku dan sikap sambil lewa aku...aku telah kerugian masa 2 tahun...tapi pada tahun ini akhirnya..segala kerunsingan yang aku hadapi sepanjang 2 tahun telah tertebus....Selama ini aku tidak sedar akan kekhilafan aku memyusahkan ramai pihak...dan selama ini aku sangka aku adalah manusia yang terbaik dalam dunia ini...sebenarnya pada mata orang lain..aku adalah manusia yang paling hina sekali....Ya Tuhan...ampunilah segala dosa aku...

Pada semua pihak yang telah aku sakiti...aku ingin meminta sejuta-juta maaf...aku akan cuba ubah diriku pada masa depan....segala nasihat yang telah dicurah aku akan cuba ikut...aku sedar bila orang marah...maknanya orang itu sebenarnya sayangkan dan ambil berat tentang kita...mereka hanya ingin kita menjadi insan yang sememangnya insan....bukan insan yang tidak berfikir panjang dalam membuat keputusan.....

Pada mereka yang tidak jemu mengambil berat tentang diriku yang hina ini...aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih banyak-banyak...aku tak tahu bagaimana aku nak balas jasa baik kalian...hanya Tuhan saja yang boleh membalas....

Maaf dan terima kasih sekali lagi....

Rabu, 5 Mei 2010

Top 50 Jualan buku-buku PTS...

Info daripada blog chairman PTS...www.universitipts.com...ini adalah top 50 jualan buku PTS bulan april...

1. Alexander Adalah Zulqarnain
2. Hidangan Terbaik Dunia - Jawa
3. Cita Rasa Malaysia - Kelantan
4, Projek Diet Ain Maisarah
5. Aminah: Bunga Kaum Quraisy
6. Law Of Connection - Edisi Bahasa Melayu
7. Senangnya Memasak Nasi
8. Senangnya Memasak Mi, Mihun & Kuetiau
9. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung
10. Aku Mahu Superbibik
11. Dahsyatnya Doa Ibu
12. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah
13. Urus Bisnes Dengan Google
14. The Magic Of Thinking Big - Edisi Bahasa Melayu
15. Tukar Sekolah Lagi!
16. Meja Runding: Dari Konflik Ke Solusi Strategik
17. Senangnya Memasak Ayam
18. Senangnya Memasak Daging
19. Cita Rasa Malaysia - Johor
20. Senangnya Memasak Ikan
21. Usahawan Cilik: Coklat Ataupun Strawberi?
22. Usahawan Cilik: Jutawan 3R
23. Senangnya Memasak Sayur
24. S Untuk...
25. Senangnya Memasak Kuih-Muih Minum Petang
26. Miss Epal
27. Young Aisyah: Summer Camp
28. Senangnya Memasak Sambal & Sos
29. Agenda Yahudi Menakluk Dunia
30. Senangnya Memasak Kerabu & Salad
31. Hidup Tenang Walaupun Berhutang - Edisi Kemas Kini
32. Keranamu Aku Cemburu
33. Kamus Al-Quran
34. Siapa Lebih Popular?
35. Buat Duit Dengan Tadika
36. Magnet Rezeki Dengan Solat Duha
37. Biografi Muhammad bin Abdullah - Hard Cover Edisi 2010
38. Buat Duit Dengan Jaga Budak
39. How To Win Friends & Influence People - Edisi Bahasa Melayu
40. Aku, Dia & Gosip
41. Menjadi Remaja Smart Studi: Belajar Saat Akhir
42. Usahawan: Kaya Wang Kaya Iman
43. Dahsyatnya Qiamullail
44. Koleksi 33 Kisah Sejarah Melayu
45. Si Monster Cilik
46. Travelog Cinta Abadi
47. Tip Jana Wang Dari Rumah
48. Diari Mat Despatch
49. Senangnya Memasak Makanan Barat
50. Geng Genius: Rakit Terpantas

Yang sendeng adalah buku2 yang aku penah terlibat melukis ilustrasi...alhamdullillah...semua buku yang ada ilustrasi daripada aku yang lastest termasuk dalam top 50...mungkin sebab kesemuanya adalah buku baru terbit...sebab ia laku keras....

Isnin, 12 April 2010

Iron Man akan 'meletup'

Aiihhhh...tak sabarnya nak tunggu tayangan filem yang komfom akan jd filem terblockbuster la tahun ni...dengan kehebatan filem pertamanya..yang pasti filem kedua mesti lagi BABOOM!!! punya..harapnya filem kedua ni tak seperti Transformers Revenge of the Fallen...memang hebat dari segi visualnya...tp pendekatan storynya lebih kepada seksual..walaupun tak melampau tapi cam tak kena ar...TF kan satu nama yang terkenal bagi kanak-kanak...kenapalah Micheal Bay boleh mengarah filem jadi camtu...apa pun filem itu memang best..aku tengok 6 kali kat wayang..pastu beli DVD original lagi...hardcore tak aku...?hehehe....

Berbalik kepada filem Iron Man akan datang ni...aku dah tengok trailer kedua dia...fuhh...memang BABOOM!!! habis...yang aku paling suka part penghabisan tu...Tony Stark telah menghasilkan suit Iron Man versi mudah alih...dari sebesar briefcase je boleh transform jd suit Iron Man.....sememangnya diorang nak wat filem ni mesra komiknya....



Sempena dengan keterujaan aku menantikan tayangan filem ini..aku dah lukis satu artwork Iron Man...tak cantik mana tp ok lah....



TAK SABARRRRNYYEERRR AKUU!!!!!

BOOMMMBAAAMMMMMKKKAABBOOOOOMM!!!!!

Selasa, 6 April 2010

Shootz! #3 updated..dan komik antologi...

Semenjak 2-3 minggu ni...entah..serba rasa tak kena...nak lukis..lukis sikit rileks...rasa cam malas sangat..skang ni progress untuk Shootz! #3 dihentikan sementara(sementara jek..jangan gabra..akan disambung gak)..untuk aku habiskan artwork untuk majalah pendidik..4 page berwarna...untuk antologi Komik-M...Aku, Kau dan Cinta..berkemungkinan 20 page..klu Editor Bang Wanzu approved proposal yang aku hantar siang tadi...

Setakat ni progress Shootz! #3 dah sampai 30%...and still encounting....





Ni lakaran watak untuk komik antologi Aku, Kau dan Cinta...



Minta2 Bang Wanzu editor cemerlang tu approved proposal aku tu...pening gak aku brainstorming idea nak buat komik ni....

bye...

Isnin, 29 Mac 2010

Dua tiga hari aku di PBAKL 2010....

19 hingga 28 Mac dulu...berlangsungnya pesta buku terbesar di Malaysia...Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Memang aku tertunggu-tunggu pesta buku kali ini. Sebab aku boleh melihat wajah-wajah riang pembeli komik aku. Laku keras gak la komik aku. Bang Wanzu berkata padaku sudah beberapa kali top-up komik aku. Terima kasih bebanyak sangat..ibarat setinggi gunung Everest aku ucapkan pada yang membeli komik. aku. ENJOY THE BOOK!!!

Entri kali aku nak bagi ringkasan liputan pesta buku yang aku hadiri...walaupun aku hanya datang pada 19,2o,21,27 dan 28 Mac aje....


Pada 19 Mac..Jumaat...
Plan aku hanya nak datang nak cari tempat kt mana booth PTS...sebab tahun lepas tak tahu lak ada dewan kt seberang sungai...setelah datang...Fuuahhh...ramai giler datang..Tak caya..tgk bawah ni....



Betul tak kata aku...baru 1st day..dah ramai gitu.


Aku jalan2 nak cari nak letak Komik-M..jumpa gak. Pastu terserempak la dengan editor Komik-M yang cemerlang..Bang Wanzu. Tiba-tiba Bang Wanzu suruh aku duduk kt meja pentas utama booth pts...memandangkan hari tu takde aktiviti kt pentas...maka berlangsung acara tak rasmi...bersama Pekomik Reja...Lama gak aku duduk situ...tapi bukan aku duduk kosong je...ramai gak yang datang nak minta otograf...ada nak otograf pada Komik ShootZ! aku..ada gak pada Nomik Young Aisyah...memang tak menang tangan...





'Acara' tu berlangsung sampai pukul 3 lebih gak...penat nk layan peminat ni...

Apapun...korang sume memang BEST!!!

20 Mac..Sabtu..

Pada hari ini barulah ada acara rasmi melibatkan aku...sesi bertemu dan bermesra dengan penulis siri Young Aisyah. Lebih memeriahkan..Kak Saridah pun ada. Setahun sudah tak berjumpa dengan penulis yang hebat ini. Di atas pentas Kak Idah menceritakan pada aku pengalamannya semasa ditemuramah oleh pengacara segmen Buku@kidsontwo...yang telah ke udara pada pagi 7 Mac haari tu...Memang best.

Lebih memeranjatkan lagi, kitorang sempat berkenalan dengan seorang budak perempuan yang dikatakan telah memiliki 200 lebih judul buku PTS..termasuk semua siri Young Aisyah...Namanya Adik Hanan...Ni wajah comelnya....



Terima kasih Adik Hanan...adik memang the Baboom..!!!(maksudnya best la)



Hari ni gak aku dapat gak bersua muka dengan antara pekomik feveret aku..Pac..memang seronok berborak dengan mamat sorang ni...ada gak dua tiga membernya yang join sekali minum2 kt kedai mamak...diorang memang best...juga bersama dengan presiden Pekomik Encik Azhar yang bersemangat waja memperjuangkan komik tempatan....





21 Mac..Ahad..

Aku datang lagi...agaknya budak PTS tu dah jenuh tgk aku..hari2 nak datang..apa ke hal...(ni hanyalah sangkaan aku jek..hihi..)Hari ni pun cam biasa aku datang hanya nak tengok sape yang beli komik aku..walaupun hari ni bukan hari aku nak bagi otograf...tapi ada staff bagitahu aku ada la dua tiga orang nak jumpa aku..nak minta otograf aku...terima kasih kerana beli komik aku lagi..(berapa nak terima kasih daaa)

Hari ni gak..friend FB aku, Suffian datang ke booth PTS..nak jumpa ngan sume pekomik-m..sanggup datang dari PD...Pian..ko memang peminat hardcore komik-m...


pada hari ni gak dapat bersua muka dengan gadis pekomik yang memang berpotensi besar...Lavendra...dan juga friend FB aku..Cik Al'Aina...bersama dengan ahli2 RevGang diorang..Aman Wan, Foner, Nazry dan Afiq...







Sepanjang acara Gegar bersama artis komik-m..datang pula krew TV9 nak buat liputan tentang pesta buku ni...Krew TV9 ini telah dijemput khas oleh pihak PTS untuk mempromosikan lagi brand komik-m ni..maklumlah TV9 banyak ditonton oleh budak2..memang kena dengan target market komik-m...Lebih mengujakan..dapat berjumpa dengan awek mamat bertelinga astro yang terkenal dengan tagline 'lu pikirlah sendiri'..Cik Irma Hasmie...dan pelakon cilik (Sebenarnya bukan cilik bermaksud budak2 tapi tingginya sama dengan tinggi budak sekolah) pelakon cili padi...Tam...datang menghangatkan lagi booth PtS...

Dengan rendah hati...mereka bersama dengan pekomik2 RevGang memeriahkan acara gegar komik-m dengan melukis sedikit gambar pada semua...lukisan dorang..boleh la.....






27 Mac..Sabtu...

Hiarghhh...!!!!

Aku turun lagi...kali ni aku datang awal..huhu..terlepas anime Detevtive Conan..dah dua kali miss anime ni....ni sume kerana acara komik-m start pukul 12 tghari...aku memang tak mahu terlepas acara ni...

Aku bertemu dengan pekomik Meon..Jas..juga pekomik Langkamaya..Hafiz..dan juga pekomik Ardh..Che Ayiemz...acara komik-m memang sibuk..macam semut nak kerumun gula...ramai datang nak tengok demo live pekomik2 lukis komik...pastu tak semena2 aku pun terlibat sama padahal aku punya esok....tp bukan duduk semeja dengan pekomik2 ni..cuma buat demo lukis kt white board je...



Lepas siap..hos acara panggil la sape2 yang kering hati lukis balik karakter komik yang aku lukis...akhirnya ada gak sorang budak lelaki yang kering hatinya...slack la tak tahu namanya....









Akhirnya..dapat gak berpeluang bergambar dengan artis dan kru kawan 9..happenig beb...



28 Mac..Ahad...

Hari terakhir Pesta Buku. Memang sesak giler..rasanya gaji dah masyuk...ramai la yang datang nak beli buku...Di booth PTS..jangan dipertikaikan lagi..sentiasa sesak..

Setelah rehat kejap di booth PTS(penat bawak motor bawah matahari terik)..aku gerak ke acara paling ditunggu..Pekomikon 2010...tp sedih arr..tak ramai yang datang...masa ni sume publisher mempromote produk komik masing2..termasuk komik-m...



Pukul 3...tibalah giliran aku nak bg otograf...bersama dengan pekomik Sitrahaslee, pekomik Bop dan pekomik Aviltone...kami bermesra dengan sume peminat...tapi sayangnya satu otograf pun tak buat..sebab sume buku aku dah sold out..tinggal 2 je...tu letak atas meja depan aku nak show off kt ornag....aku hanya lukis..bukan lukis karakter komik aku..tp aku lukis karakter Ultra Qalif..salah satu watak dalam komiknya..Utra Qalif...entah..aku rasa cam malas nak lukis karakter aku...boring...





Setelah habis acara tu..aku terus gerak ke dewn kedah/johor untuk acara Anugerah Pekomik 2010...sepanjang acara memang meriah...dimulakan dengan montaj Anugerah Pekomik yang mantap...ada persembahan oleh Nik Jidan Basking dan Pyanhabib yang kelakar habis...deklamasi sajak tentang suar dalam....haha....




Masa yang ditunggu telah tiba..pengumumna pemenang Anugerah Pekomik 2010...ini dia senarai pemenang Anugerah Pekomik 2010...(Di ambil dari pergh.com)

1 - Kartun Satu Muka Terbaik (Best Loose Cartoon)

Pemenang: Jungle Jokes, Gila-Gila oleh Jaafar Taib


2. Siri Komik Kartun Terbaik (Best Comic Series).

Pemenang: Tiga Dara Pingitan, Gila-Gila oleh Cabai


3. Komik SuratKhabar Terbaik (Best Comic in News Paper).

Pemenang: Hanya Satu, Berita Harian oleh Jayaputra

4. Anugerah Berus Emas PeKOMIK (Special PeKOMIK Award)
- Raja Hamzah


5. Penerbit Terbaik (Best Publisher)
Pemenang: GempakStarz


6. Lukisan Kulit Muka Terbaik (Best Cover).

Pemenang: Popcorn#2 oleh Puppeteer

7. Ilustrator traditional /digital Terbaik (Best Painted Artist).

Pemenang: Silent Revolution oleh Puppeteer


8. Warnaan Terbaik (Best Colourist).

Pemenang: Maid Maiden oleh Sunny


9. Komik Amatur terbaik (self-publish zine/doujin) (Best Amateur Comic Artist).

Pemenang: Love Letter oleh Chin Yew


10. Majalah Komik Terbaik (Best Comic Magazine).

Pemenang: Popcorn


11. Pelukis komik antarabangsa/Pelukis komik online (International comic artist/online comic artist)

Pemenang: Bumble Bee oleh Chee

12. Penulis Terbaik (Best Writer):

Pemenang: Scary Ever After oleh John Ho


13. Siri Mini Komik Terbaik (Best Comic Mini Series).

Pemenang: Makan Malam, Gempak#239 oleh Scho


14. Komik Baru Terbaik (Best New Comic).

Pemenang: Scary Ever After oleh John Ho


15. PeKOMIK (Pelukis Komik)Terbaik (Best Comic Artist) ): warna atau hitam putih:

Pemenang: Silent Revolution oleh Puppeteer


16. Komik Terbaik (Best Comic).

Pemenang: TwinX#2 oleh Pac

Paling tak dijangkakan..my feveret pekomik Pac dengan mahakarya TwinX berjaya menangi Anugerah Pekomik 2010 Komik Terbaik...Bangga betul aku sebagai salah sorang pekomik Komik-M..Ini menunjukkan yang komik terbitan Komik-M bukan sekadar komik picisan...bukan komik amatur seperti yang disangkakan orang....walaupun tahun lepas komik terbitan Komik-M gak yang menang..tapi tahun lepas ada kontroversi sikit..jadi keterujaan tak terasa sangat...

Aku tak menang..dikalahkan oleh penulis John Ho...Sape dia sebenarnya...apa pun biarlah..bukan rezeki aku tahun ni...mungkin tahun2 akan mendatang rezeki aku akan tiba gak...



Pac...ko telah menaikkan semangat aku untuk terus menghasilkan komik yang lebih baik...harap masa akan datang aku dapat kalahkan ko....ko jaga....