Pengikut

Rabu, 8 Jun 2011

Mari ke MyDin...!!!!


Sabtu 11 Jun ini, pukul 2-4 petang, ajaklah ayah dan mak parking kereta di Tempat Letak Kereta MyDin USJ, Subang Jaya.

Mari sama-sama memeriahkan acara permainan bersama penulis dan pelukis siri Young Aisyah. Ada permainan Dam, teka silang kata, dan banyak lagi.

Jom parking kereta di MyDin.... kuuukuku^___^

Sabtu, 28 Mei 2011

Perihal selepas Anugerah Pekomik 2011..

Salam...

Satu je gambar aku boleh beri untuk menceritakan perihal tentang Anugerah Pekomik...




Bye...... heeheeeeee

Jumaat, 27 Mei 2011

REJAKARTUN week 17



Preview REJAKARTUN week 17....

Rabu, 25 Mei 2011

Anugerah Pekomik Kembali lagi...



Salam semua peminat-peminat komik tanahair...

Tanggal 28 Mei ni akan berlangsung satu upacara gilang gemilang khusus untuk semua pengkarya komik tempatan iaitu Anugerah Pekomik 2011. Acara ini akan diadakan ni auditorium Perpustakaan Negara. Tahun ini acara itu dijangka akan menjadi Anugerah Pekomik paling gilang gemilang kerana tempat anugerah berlangsung di dalam auditorium. Sama seperti acara anugerah lain seperti Anugerah Bintang Popular. Tidak percaya....?



Nampak best kan..? Oleh itu semua peminat komik yang menganggap diri anda peminat sejati komik tempatan, anda semua harus hadir untuk memberi sokongan kepada para finalis yang telah dicalonkan untuk Anugerah Pekomik 2011. Seperti tahun lepas, karya saya juga tercalon. Begitu juga dengan beberapa judul terbitan Komik-M yang lain seperti Ultra Qalif karya B-Bophairy, Babapboi karya B-Froggypapa, Budak Takraw karya B-Anshari dan lain-lain.

Karya-karya terbitan lain juga tercalon seperti Lawak Kampus(Gempakstarz), Apo?, Tan Heng Huat, Ben dan banyak karya hebat sepanjang 2010.

Jadi, pagi Sabtu ni, mari serbu ke Perpustakaan Negara untuk bertemu mata dengan artis-artis komik kesukaan anda.

Salam.... Bye..... Kuuuuukuukukukuku^____^

P/S - Maaf... Artwork Recycle... jangan marah ek.... ngeheehehehe

Ahad, 15 Mei 2011

REJAKARTUN week 16



Preview REJAKARTUN week 16...

Khamis, 12 Mei 2011

Alhamdulillah... Tercalon lagi..

Salam semua...

Untuk kali keduanya, komik saya tercalon dalam Anugerah Pekomik 2011. Untuk tahun ini ia adalah kategori Lukisan Kulit Muka Terbaik untuk karya SHOOTZ! #3. Alhamdulillah... saya rasa kaver SHOOTZ! #3 tidak akan tercalon jika tidak kerana kerja keras Saudara Zedd mewarna kaver itu. Jika diikutkan, jika menang anugerah ini, beliau lebih layak menerimanya. Tahniah Saudara Zedd. Warnaan saudara memang hebat.

Bulan Mei ini adalah bulan komik. Pelbagai aktiviti berkenaan komik akan diadakan sepanjang Bulan Komik ni. Lihat gambar di bawah untuk lihat aturcara aktiviti Bulan Komik:



Marilah sama-sama kita meriahkan Bulan Komik ni. SEMANGAT!!! SEMANGAT!!! SEMANGAT KOMIK MALAYSIA!!!!

Copy ini link dan paste kan pada address bar di atas untuk melihat pencalonan-pancalonan Anugerah Pekomik yang lain

http://anugerahpekomik.blogspot.com/2011/05/finalis-anugerah-pekomik-2011.html

Ahad, 8 Mei 2011

REJAKARTUN week 15



Preview REJAKARTUN Week 15....

Ahad, 1 Mei 2011

REJAKARTUN week 14



Preview strip REJAKARTUN week 14....

Ahad, 17 April 2011

Rejakartun Week 13



Preview REJAKARTUN week 13..

Jumaat, 15 April 2011

Siri Terbaru Young Aisyah

Salam....

Pergh....Alhamdulillah...siap juga siri terbaru Young Aisyah ni. Tajuknya adalah Tabung Raya...

Dari tajuknya sahaja pasti kawan-kawan semua dah tahu ni kisah tentang apa...tapi jangan risau...semestinya bukan cerita kitar semula dari Siri Young Aisyah - Ponteng Puasa. Kisah ini memang brand new story...lebih berkisar tentang kemeriahan Aisyah dan geng As-Syiknya menyambut raya Aidilfitri.

Aisyah juga nanti akan dapat hadiah tau. Berkat pengorbanan dia, dia mendapat ganjaran yang Aisyah langsung tidak jangka. Hahahaha...

InsyaAllah...siri ini disasarkan terbit sempena Ramadhan tahun ni. Jangan terlepas memilikinya nanti.

Bye...salam...

Preview...











Isnin, 11 April 2011

Preview REJAKARTUN



Preview strip REJAKARTUN week 12.....

Jumaat, 8 April 2011

Jemputan 'RUMAH TERBUKA'



Salam...

Dengan sukacitanya..saya ingin menjemput tuan-tuan/puan-puan, kawan-kawan, follower dan pengikut saya sekalian ke 'RUMAH TERBUKA' kami di PWTC bermula 22 April sehingga 1 Mei...pelbagai 'juadah' disediakan untuk santapan minda anda...ada juadah lama...dan ada juadah baru..pasti semuanya enak-enak belaka. Hmmmmmm...sedap...

Selain itu, kami juga sediakan 'duit raya' istimewa untuk para hadirin. Kami memberikan 30% 'duit raya' untuk semua jenis juadah. Klik pada iklan di atas untuk tahu kaedah nak dapatkan 'duit raya' istimewa ini.

Datang....jangan tak datang...tiada lagi alasan untuk tidak memberikan senaman pada minda anda agar sentiasa cerdas...

Terima kasih...

Ahad, 3 April 2011

Preview...



Preview strip komik REJAKARTUN chapter 11....

Sabtu, 26 Mac 2011

Strip REJAKARTUN



Dah 2 minggu tidak upload strip terkini REJAKARTUN untuk U8comic...pada yang masih tertunggu strip terkini..ini sedikit spoiler...Terima kasih pada semua yang masih terus menikmati komik saya di U8comic....

Rabu, 9 Mac 2011

Mendesain baju pulak..?




Salam semua...

Gambar di atas adalah sekadar desain baju dengan ilustrasi komik Shootz! aku...Kenapa aku buat desain...?

Sebenarnya siang tadi aku jalan2 dengan kawan hendak membeli baju di kedai Uniqlo di Bukit Bintang...kedai jual baju dengan desain anime......punya semangat hendak beli...tapi sayang...sudah ada desain yang berkenan di hati...saiz pula yang buat hal...boleh pulak saiz paling besar XL je...dah tahu ramai rakyat Malaysia bersaiz X++++L...asal tak letak saiz besar...putus harapan...tak dapat hendak bersama dengan Vegeta....huhuhu...

Tapi...aku ada back-up plan...di seberang jalan ada kedai jual baju DC comic...macam-macam baju desain Superman dan seangkatannya ada dalam tu....tapi harga mak aihhhh...boleh tahan la...tapi sebab mahu menambah bilangan baju yang sudah berkurangan...aku belilah...dah lama nak beli baju camni....



Jadi untuk menebus kekecewaan tak dapat beli baju anime...aku dengan sengaja mendesain baju ini...guna ilustrasi komik aku...Nahhh..amik ko...!!!!

Amacam...gempak tak...?

Hahahaha...jika ada fulus yang mencukupi...mahu je aku buat baju ni.....tengok la camne....insyaAllah....

OK la...Salam..byee....

Isnin, 28 Februari 2011

Lagi progress Shootz! 4...

Salam semua...

Sudah lama saya meng'update' blog...tak de cite apa sangat hendak dikongsi. Ini sebenarnya pun macam terpaksa update blog. Senyap sunyi je blog tanpa cite apa2. Ada cite pun bukanlah menarik sangat pun untuk dikongsi. kang korang kata 'ek eleh...itu pun mahu cerite ka..." Jadi saya senyap je la....mungkin untuk tahu 'aktiviti terkini'....layari wall Facebook saya. Adalah beberapa gambar yang diupload untuk tatapan korang.

Tapi kali ni..gambar yang aku nak letak kt sini special sikit. Tak boleh letak di Facebook...nanti ada orang mengata...hehehe...

Sebenarnya aku buat sikit eksperimen....subjeknya adalah...skill melukis....eksperimen nak lukis potret...Ini potret pun rasanya nilainya tak tinggi pun...cikai2 je...tak tau la ada rupa orangnya ke tak.... dan orang yang aku lukis tu pun bukan sebarangan orang...tak boleh kasi tau sape dia...takut diorang marah...jadi aku bagi mata diorang je la....





Korang boleh nampak kan? Kedua-dua adalah perempuan..Nape lukis perempuan..? Entah...aku pun tak pasti kenapa...Cuma feelingnya lain sikit dari lukis lelaki....hehehehe....

ok tak...? Kalau tak ok...akan berusaha lagi sampai ok....HAHAHAHAHA....!!!!!

Berbalik pada topik yang bertajuk di atas....progress Shootz! semakin kencang...sekarang sudah suku perjalanan....aku akan cuba cepatkan lagi momentum supaya cepat siap...





Ya...kali ni memang totally 100% digital...bukan apa...digital ni senang sikit...bukan boleh kasi cepat..tapi mudah...mudah...mana2 lakaran yang sama...copy je...nak buat garisan...line cantik....dan kertas pun 'bersih' je....Hahahaha!!!!

OK la...salam perpisahan untuk kali ni....
Salam...Bye...

Selasa, 15 Februari 2011

Salam Maulidur Rasul....

Salam...

Hari Valentine's Day dan hari Maulidur Rasul bersebelahan...? Tahun ni seperti menguji tahap keimanan kita terhadap Rasul Allah yang membawa seribu rahmat seluruh alam.

Apakah kita harus menyambut hari yang pada dasarnya seperti bagus untuk meraikan orang yang tersayang...menghargai pasangan masing2...

Atau

menyambut hari keputeraan seorang rasul yang amat menyayangi kita sehingga hari akhirat?

Tetapi ramai yang hanya memikirkan keseronokan duniawi yang singkat.

Kononnya mahu menunjukkan betapa kasih dan cinta terhadap pasangan sampai merelakan segalanya. Tapi bila dah 'berisi'.....yang jantan entah ke mana...yang betina entah ke mana....yang derita...bayi yang tidak berdosa.....

Ada ke tidak hari Valentine's ni...aku tetap keseorangan(apa aku merepek pulak ni)...namun aku masih ada keluarga yang amat menyayangiku dan aku sayangkan mereka.....

Salam Maulud Rasul 1432H.....

Khamis, 13 Januari 2011

Progress Shootz! #4...

Salam semua...

Apa khabar..? Sihat walafiat hendaknya...

Ni mau cerita sikit tentang perkembangan terbaru komik Shootz!..dah nak masuk siri ke-4 ni....Semasa entri ini ditulis...proses thumbnailing baru dalam 35% siap...harap diri terus dapat semangat untuk teruskan proses ni...Shootz! #4 kali agak susah bagi saya kerana banyak aksi perlu dilukis. Kena lukis hati2 agar komik nampak lebih seronok dibaca....

Di sini saya mahu kongsikan sikit video saya. Video ni adalah salat satu proses melukis komik...Penciling..Kali ni saya penciling menggunakan komputer (dah beli pen tablet..tak kan nak pakai pensel dan kertas lagi ye tak)...Ini sebenarnya saya mahu cuba lukis sepenuhnya digital...dapat ke hasil seperti manual dahulu..?



Ingat sekali mahu rakam sekali video masa inking..tapi entah apa problem..tak boleh plak...Ini hasil selepas inking...



Macam mana..? Ok tak...

Salam..bye...

Rabu, 5 Januari 2011

Redesign watak-watak Shootz!

Salam....

Nampaknya sekolah sudah bermula semula...Pada yang baru masuk darjah satu...nikmatilah kehidupan menimba ilmu ini dengan tekun dan rajin. Teringat pulak pada tahun 1992...Tahun itu aku mula2 masuk sekolah. Cam biasa la..budak2 nangis tak mau pegi sekolah...tak nak berpisah dengan mak ayah walaupun sehari beberapa jam je kt sekolah...Nak tau..masa darjah satu aku kira lembab sikit...time tu...cakap pun tak berapa betul lagi...mengeja lagi la...masuk tadika sekejap jeh...tadika kt Selangor..pastu pindah ke Negeri Sembilan....tak nak masuk tadika baru(entah kenapa aku pun tak tau)...sebab tu dalam family aku sorang je tak de gambar 'konvokesyen' tadika berbanding dengan adik-beradik lain....

Mula2 lembab...sekarang...dah habis universiti pun...Oleh itu, kekurangan yang ada pada diri jangan jadikan halangan untuk kita terus berusaha untuk berjaya....

Tak mau la nak jadi pakar motivasi lagi....

Kali ni sekadar mahu kongsi beberapa artwork pada permulaan tahun 2011 ni....



Ini watak Kayroll...ideanya mahu lukis cam stylo sikit....



Liesa...mahu jadikan dia Hip Hop Girl....



Surfian...macam Bruce Lee daaaa...main 'Nunchuck'...



Wyan...the GunSlinger...

Setakat ni je la aku sempat redesign watak-watak Shootz! ni....Nanti mahu redesign semua watak sekali...

Ok la....Salam

p/s : Sekarang ni dah start sketching Shootz! #4...tunggu yeeeee.......

Sabtu, 1 Januari 2011

Imbau Kenangan 2010....

Salam...

2010 telah berlalu pergi...2011 kini menjelma...Tahun demi tahun masa terus berlalu tanpa disedari betapa pantasnya...

Kali aku nak imbas kembali apa yang berlaku pada aku (yang aku ingat la...hihihi) sepanjang 2010 lalu...

Januari...

Sama seperti sekarang ni...kita seronok menyambut tahun baru...tapi aku gementar tentang result aku..pass ke tidak...maklum la projek tu tak berapa menjadi...Buat semberono je...Dan dalam bulan tu...member sekolah aku kahwin...tak sangka diorang dah kapel sejak dari sekolah teknik lagi...rakan sekelas pulak tu...bermakna sekarang ni (2011) hampir setahun diorang kahwin...dan aku mendapat tahu yang diorang bakal menerima 'ahli' baru...Tahniah Haszaidi dan Ayuhikmah......

Beberapa hari selepas itu...result aku keluar...ARRGHHHH..!!!! Geram aku....Aku fail....jadi aku terpaksa repeat balik...Tapi Alhamdulillah setelah diberi tunjuk ajar yang betul dari pensyarah...aku berjaya habiskan projek...

Pada hujung bulan...Aku, Foner dan Jas pergi ke Johor Bahru untuk promosi Komik-M di Angsana JB....memang AWESOME acara tu....Itulah kali pertama aku jumpa team gabungan penulis dan pelukis berbakat Nazry dan Afiq Salam Feeqry...Sesungguhnya aku sangat mengagumi dan cemburukan mereka kerana mereka sangat produktif dan mampu hasilkan story yang BEST dan MANTAP...

Mac....

Bulan ni berlangsung acara pesta buku terbesar di Malaysia..PESTA BUKU ANTARABANGSA 2010...dan juga acara PEKOMIKON 2010...tahun itu adalah PEKOMIKON paling bermakna kerana aku tersenarai dalam finalis ANUGERAH PEKOMIK 2010 dalam kategori PENULIS TERBAIK.....walaupun tak menang tapi syukur kerana karya ku kini dipandang oleh ramai pihak....

Jun...

Bulan ni paling aku tunggu-tunggu...

ROYALTI......

Berdebar-debar nak tahu berapa aku dapat hasil aku melukis sepanjang tahun 2009 walaupun dengan tekanan study yang sangat menikam kalbu...namun ini cita-citaku...ingin melukis komik..jadi aku dapat gak bahagikan masa study dan lukis....dalam hujung bulan...cek royalti akhirnya ada di tangan...WOOOHHH....angkanya memang hebat....tak sangka aku dapat hasil sebegini hebat angkanya....ALHAMDULILLAH

Ogos...

Akhirnya aku GRAD....walaupun banyak dugaan yang berlaku...extend setahun...akhirnya penyeksaan berakhir...ALHAMDULILLAH...result pun boleh tahan..sederhana je..

November...

Akhirnya setelah setahun...SHOOTZ! #3 pun terbit....FFUUAAAHHH....lega..siap gak...tapi agak tension sikit dengan pengedarannya...ramai peminat merungut pada saya buku belum sampai...jenuh nak menjawab...ALHAMDULILLAH...maklum balas yang saya dapat adalah sangat memberansangkan...Terima Kasih pada semua yang membeli...

Disember...

Bulan paling happening tahun ini....22hb dan 24hb aku hadiri PESTA BUKU KANAK-KANAK 2010...sambutan memang hebat....terutamanya pada 24hb..semasa promosi siri YOUNG AISYAH....memang meriah...ada maskot AISYAH...acaca lukis atas belon..teka buku...teka lukisan...tak sangka aku boleh handle acara sebegini...aku rasa aku boleh buat jika ada lagi acara sebegini...

Dan pada 24-26hb...aku, Bophairy, Jas, Froggypapa pergi ke Kedah. Pertama kali sampai Kedah...naik tren..10 jam duduk...memang best sepanjang 2 hari tu...




Tahun 2010 banyak best dan banyak tak best...tapi 2011 akan lebih banyak cabaran yang terpaksa aku hadapi untuk aku lebih berjaya....

SELAMAT TAHUN BARU 2011....


Dan juga nak sertakan beberapa hasil karya aku sepanjang 2010...

YOUNG AISYAH - CUTI SEKOLAH
GENG GENIUS - RAKIT TERPANTAS
YOUNG AISYAH - SUMMER CAMP
AKU, KAU DAN CINTA
AKU, KAU DAN SEKOLAH
AKU, KAU DAN FACEBOOK
YOUNG AISYAH - OPERASI 3K
YOUNG AISYAH - CATATAN AKTIVITI AISYAH
SHOOTZ! #3
GENG GENIUS - MISI KITA


Salam...Bye...